Scroll to top

3 Tanda Hard Disk Anda Mula Rosak

No comments

Adakah hard disk anda mula rosak? Kali ini saya akan kongsikan cara untuk check hard disk anda. Dan yang penting, anda boleh buat sendiri di rumah.

Purata jangka hayat untuk sesebuah hard disk dalam lingkungan 5 ke 10 tahun. Jangka hayat hard disk juga boleh menurun, jika ia kerap didedahkan kepada kepanasan, dan juga hentakan daripada luar.

 

Tanda Hard Disk Anda Dah Mula Rosak

Untuk kebanyakan kes, hard disk rosak secara perlahan, jadi ia cukup untuk memberikan anda masa yang cukup untuk anda mengalihkan data anda ke tempat yang lebih selamat. Dan menggantikan hard disk dengan yang baru sebelum ia rosak sepenuhnya.

Tapi, macam mana nak tahu yang hard disk dah mula rosak? Jom saya terangkan!

 

      1. Komputer mula perlahan, kerap freeze dan kerap bluescreen
        3 masalah besar untuk komputer boleh disebabkan oleh pelbagai jenis masalah dan hard disk merupakan salah satu puncanya. Jika masalah ini terjadi setelah anda baru sahaja install Windows yang baru, berkemungkinan ianya berpunca daripada hardware yang bermasalah, terutama sekali adalah hard disk yang dah mula rosak.

        Untuk mengecualikan hard disk sebagai punca, ada software yang boleh digunakan untuk memastikan hard disk di dalam keadaan yang baik, iaitu CrystalDiskInfo. Software ini menggunakan data yang telah dikumpulkan oleh S.M.A.R.T. (Self-Monitoring, Analysis, and Reporting Technology). Anda hanya perlu ke Tab Disk dan pilih hard disk yang anda mahu scan. Kemudian anda akan dapat lihat health status hard disk anda.

        Jika hard disk anda sudah berada didalam keadaan yang baik, anda boleh teruskan untuk format sahaja untuk mengelakkan masalah yang di atas. Pastikan data anda telah  dibackup terlebih dahulu sebelum anda format semula laptop anda.

      2. Data Rosak Dan Bad Sector yang Sangat Banyak

        Data yang rosak boleh muncul dalam pelbagai cara. Jika anda ada nampak mana mana simptom ini, ia juga bermakna hard disk anda dah mula rosak:

        – Kerap muncul error popup ketika membuka, mengalih atau menyimpan fail
        – Fail tak boleh dibuka atau hilang
        – Windows kerap crash

        Data anda boleh rosak ketika data dicipta atau ketika data disimpan. ia juga boleh disebabkan oleh virus yang menganggu, atau ia juga boleh disebabkan adanya bad sector pada hard disk anda.

        Jika ada fail yang anda baru sahaja simpan, dan ia hilang, lebih baik anda mula proses mengalihkan data anda ke tempat yang selamat agar data-data anda sentiasa selamat. Dan tukar ke hard disk yang baru.

      3. Hard Disk Mengeluarkan Bunyi

        Jika anda dengar bunyi aneh daripada hard disk, ini bermakna anda sudah berada di dalam bahaya. Bunyi ‘klik’ yang berulang kali atau lebih dikenali sebagai click of death yang berpunca daripada jejari hard disk yang mencuba untuk write data, dan gagal dan cuba untuk mengulangi proses yang sama berulang kali.

        Jika anda lambat, berkemungkinan anda akan kehilangan semua data anda selamanya.

 

Macam Mana Kalau Tak Sempat Backup?

Mungkin ada yang dah pernah hadapi masalah seperti ini, dan macam mana dengan data di dalam tu? Kebiasaannya kalau tak boleh diakses, hanya Data Recovery Centre yang boleh cuba untuk membuka hard disk dan mendapatkan data yang ada di dalam.

Post a Comment