3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard.

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Sebagai pengguna laptop, anda wajib tahu tanda laptop anda ada masalah motherboard. Kenapa? Supaya kita dapat mengelakkan masalah ini terjadi pada laptop kita.

Motherboard adalah komponen utama untuk sebuah laptop. Dan biasanya benda ni yang paling mahal kalau nak tukar.

Sebab ia menyambungkan semua komponen-komponen penting seperti processor, graphic chipset, keyboard, touchpad, speaker, dvd rom, usb port, kipas, audio jack, charger port, heatsink, hard disk, dan skrin.

Tu sebab namanya motherboard = papan ibu, semua komponen lain akan connect kat motherboard. Istilah lain yang biasa orang lain panggil ialah Mobo.

Cuba bayangkan kereta anda tanpa enjin, anda rasa kereta tu boleh bergerak tak?

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Sama juga seperti laptop tanpa motherboard. Tanpa motherboard laptop tak boleh berfungsi.

Kalau motherboard rosak macam mana nak guna laptop tu? Memang terasa nak hempuk je laptop tu kan?

Tapi macam mana nak tahu laptop anda ada masalah motherboard @ dah rosak?

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Ada beberapa tanda yang boleh anda kenal pasti. Ada 3 tanda laptop anda ada masalah motherboard. Nak tahu apa tandanya? Jom!

  • Laptop tak boleh ON
  • Laptop boleh ON tapi tak ada display (skrin gelap)
  • Laptop autoshutdown atau autorestart kurang dari 30 minit.

1. Laptop tak boleh ON

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Apa maksud laptop tak boleh on?

Anda cucuk cable charger pada laptop dan tekan butang power on. Tapi laptop tak boleh on (lampu langsung tak menyala).

Ada kemungkinan charger anda rosak. Jadi, cuba tukar charger lain (pastikan voltage sama) dan on semula. 

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Kalau masih tak boleh on kemungkinan besar ia adalah tanda laptop anda ada masalah motherboard.

Antara sebab kenapa motherboard boleh rosak ialah berlaku shortage.

Pertama, pakai charger yang tak sama voltage. Kalau voltage lebih dari yang sepatutnya, mobo boleh rosak.

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Kedua, guna laptop ketika petir (dan laptop tengah sambung dengan charger). Dan laptop tiba-tiba terpadam. Mobo boleh shortage sebab high voltage yang berpunca dari petir.

2. Laptop boleh ON tapi tak ada display (skrin gelap)

Apa maksud laptop boleh on tapi tak ada display?

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Anda dah cucuk cable charger pada laptop dan tekan butang power on, lampu pada laptop menyala tapi display pada skrin tak keluar (hitam, gelap, blank).

Untuk pastikan memang betul masalah motherboard, cuba 2 cara kat bawah ni.

Pertama, anda cabut RAM, bersihkan dan pasang balik. Sebab ada kemungkinan RAM 'kotor' dan beri kesan pada display.

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Kalau masih tak boleh, cucuk cable external monitor pada laptop. Kalau ada display pada external monitor, maksudnya skrin laptop anda yang rosak.

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Tapi, kalau masih tak ada display pada external monitor ia juga merupakan tanda laptop anda ada masalah motherboard.

Kenapa boleh jadi macam ni?

Graphic chipset kat motherboard dah rosak sebab overheat (suhu laptop terlampau panas). Sebab komponen elektronik memang sensitif pada suhu yang tinggi.

Kalau graphic chipset yang berfungsi untuk mengeluarkan display pada laptop dah rosak, memang patut la tak ada display walaupun boleh on.

Ada juga kemungkinan komponen elektronik lain kat motherboard dah rosak. 

Apa yang menyebabkan laptop overheating?

Aliran udara laptop dah tersumbat disebabkan HABUK yang terperangkap dalam laptop. Jadi, udara panas tak boleh keluar.

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Kedua, kipas pada laptop tak berfungsi dengan baik, bilah kipas laptop patah atau pun dah rosak.

Thermal paste yang dah kering juga boleh menjadi faktor kenapa laptop anda overheat.

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

3. Laptop autoshutdown (tiba-tiba terpadam) kurang dari 30 minit

Autoshutdown tu macam mana?

Masa anda sedang guna laptop untuk buat kerja, streaming movie, layan YouTube dan lain-lain kerja, tiba-tiba je laptop tu terpadam sendiri (berapa lama sebelum terpadam sendiri bergantung pada laptop).

Kalau jadi macam ni, tu sebenarnya tanda laptop anda ada masalah motherboard. Tapi secara khususnya, pada graphic chipset. Sebab graphic chipset inilah yang mengeluarkan paparan pada laptop anda.

Mungkin boleh diselamatkan, mungkin tak. 

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Kalau anda biarkan dan tak ambil tindakan untuk servis laptop anda, lama kelamaan laptop ​anda langsung tak ada display walaupun boleh on (macam point no 2).

1 sebab utama kenapa laptop tiba-tiba terpadam.

Komponen elektronik macam graphic chipset memang sensitif pada suhu yang tinggi.

Bila sistem laptop detect suhu tinggi dari biasa (overheat), sistem precaution laptop akan automatic shutdown laptop untuk elakkan kerosakan yang lebih teruk pada komponen.

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Kenapa pula suhu laptop anda tinggi dari biasa?

Kemungkinan anda tak pernah servis laptop (servis Clean Dust) dan tak pernah tukar thermal paste yang dah kering. Jadi laptop boleh overheat. Saya dah terangkan pada point no 2. 

Dah tahu kenapa laptop tiba-tiba terpadam? Sebab laptop panas sangat!

​Download aplikasi Speccy

Kesimpulannya, motherboard dan komponen elektronik amat sensitif terhadap habuk dan suhu yang melampau.

Anda perlu kerap monitor suhu laptop supaya boleh elakkan dari berlaku kerosakan yang lebih serius.

Untuk membantu anda monitor suhu laptop, download aplikasi Speccy.

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Macam mana nak download? Buka browser anda, taip 'speccy' pada search bar, tekan butang enter dan klik pada website Piriform atau hanya tekan link dibawah ini. 

Download Speccy di sini.​​​

Anda download, install dan monitor suhu laptop anda. Kalau terlalu tinggi, cepat-cepat dapatkan nasihat dari pakar untuk elakkan kerosakan pada motherboard.

NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICES?

3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard

Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Services’

Waktu perniagaan
Sabtu – Khamis: 9am – 9pm
Jumaat: 9am – 12.30pm, 2.30pm – 9pm
Cuti: Cuti AM

Kena beli laptop baru ke kalau dah jadi macam ni?

Kalau ada nampak tanda laptop anda ada masalah motherboard, jangan risau. Masih ada harapan laptop boleh elok dan boleh guna macam biasa. Jangan pula terus beli laptop baru.

KLIK butang SHARE kat bawah ini untuk berkongsi dengan kawan-kawan anda.