

Tahukah anda, ada cara untuk meningkatkan prestasi laptop anda? Meskipun laptop anda sudah lama?
Sekarang, ramai pengguna laptop masih lagi menggunakan laptop yang lama kerana tidak mahu mengeluarkan duit semata-mata untuk beli laptop yang baru. Ada yang rasa laptop dari zaman belajar dulu sudah memadai untuk digunakan.
Ada juga yang guna laptop yang diwariskan oleh abang-abang atau kakak-kakak yang sambung ke pengajian tinggi lebih awal. Selagi laptop boleh on, selagi tu jugak akan terus gunakan laptop.
Bila umur laptop meningkat, kebiasaannya ia akan memberi kesan pada prestasi laptop. Sebab semakin banyak bahaya yang boleh terdedah pada laptop tersebut. Laptop boleh jadi overheat, lembab, virus, storage penuh dan pelbagai masalah lagi.
Bila ada banyak masalah, kepala pun boleh jadi serabut, tambahan lagi, kalau kerja pun masih pending, dan laptop pun buat hal.
Bertenang, kami akan kongsikan 5 cara untuk meningkatkan prestasi laptop anda supaya anda boleh teruskan menggunakan laptop lama tanpa masalah.

Cara untuk meningkatkan prestasi laptop anda yang pertama sekali adalah masalah storan selalu penuh, lagi-lagi jika kapasiti storan laptop adalah rendah seperti 320GB dan kebawah. Satu cara yang mudah dan percuma adalah dengan menggunakan cloud storage seperti Google Drive, DropBox, OneDrive dan banyak lagi.
Dengan cloud storage, anda tidak lagi perlu membeli external hard disk untuk menyimpan fail-fail dan data-data anda. Anda hanya perlu upload fail-fail anda ke cloud storage, dan ianya tersedia untuk diakses bila-bila masa, cuma sambungan internet diperlukan.
Tetapi kekurangannya adalah, kapasiti cloud storage adalah terhad, jika anda memerlukan ruang yang lebih besar, anda perlu untuk membayar untuk mendapatkan storan yang lebih besar.

Buang fail dalam laptop, adalah satu cara untuk meningkatkan prestasi laptop anda. Cuba anda ke Desktop, dan buka fail Recycle Bin anda. Ada fail disitu? Ataupun dah kosong?
Tahukah anda? Walaupun fail anda berada di dalam Recycle Bin, fail tersebut tetap akan memakan ruang storage hard disk anda. Dan kesannya adalah ia boleh menyebabkan laptop menjadi lebih berat. Jika anda tidak lagi memerlukan fail tersebut, anda boleh terus untuk mengosongkannya.
Selain itu, fail sementara dan juga fail cache turut memakan ruang storage pada laptop anda. Oleh kerana fail-fail ini hidden atau tersembunyi, jarang pengguna laptop perasan kehadiran mereka. Untuk membuang fail sementara dan tersembunyi ini, anda boleh menggunakan software yang disediakan oleh Microsoft iaitu Disk Cleanup.

Virus dan malware bukanlah sesuatu yang asing lagi untuk pengguna laptop. Terdapat pelbagai jenis virus yang telah diciptakan, dan apabila ia memasuk sesebuah laptop, performance laptop akan mula turun, kerana virus memakan ruangan laptop disamping bekerja tanpa pengetahuan penggguna.
Cara untuk meningkatkan prestasi laptop anda yang berkait dengan virus adalah penggunaan antivirus. Antivirus adalah satu software perlindungan yang melindungi dan mencegah semua seranggan virus yang mempunyai pelbagai jenis tugas.
Jika anda terfikir untuk menggunakan beberapa antivirus untuk keselamatan yang lebih padu, baik anda berhenti sebab hanya satu antivirus yang diperlukan di dalam laptop. Kalau tak, boleh jadi lagi berat laptop tu.

Satu cara yang paling popular untuk meningkatkan prestasi laptop anda adalah dengan reformat semula laptop. Reformat ini adalah proses mengosongkan hard disk dan memasukkan semula Windows yang baru, dengan harapan, prestasi laptop akan mningkat dan menjadi lebih laju.
Format ini tidak memerlukan kos yang tinggi, anda boleh walk in ke mana-mana kedai yang berdekatan. Kalau anda ada ilmu format, maka ianya lebih baik, anda boleh lakukannya sendirian tanpa perlu menunggu setelah hantar ke kedai.

Cadangan lazim untuk meningkatkan prestasi laptop anda adalah dengan menambahkan jumlah RAM yang ada pada laptop. Tetapi ianya juga bergantung kepada processor dan juga jenis hard disk yang digunakan. Jika jumlah RAM anda 2GB, maknanya ia terlalu rendah dan ia boleh menyebabkan laptop anda lebih perlahan untuk multitasking.
Untuk pengguna biasa, 4GB merupakan jumlah yang ideal dan sesuai, cukup untuk anda multitasking tanpa masalah lembab. Jika anda gunakan laptop untuk kerja yang berat dan juga gaming, sekurang-kurangnya anda memerlukan 8GB RAM atau lebih, jika laptop anda dapat menampung saiz RAM yang besar.

Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Services’
Waktu perniagaan
Sabtu – Khamis: 9am – 9pm
Jumaat: 9am – 12.30pm, 2.30pm – 9pm
Cuti: Cuti AM