

Perkara yang kita mahukan sebagai pengguna laptop adalah supaya laptop tak slow, lembab dan berharap laptop akan menjadi lebih laju.
Dari pengalaman saya, kebanyakan masa bila mereka nak gunakan laptop, mereka selalu cakap laptop slow, lembap, hang, nak open program ambil masa dan bermacam-macam lagi aduan lain.
Ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan supaya laptop tak slow dan lembab. Jom kita tengok 5 langkah supaya laptop anda tak slow dan lembab.
1. Upgrade ke Solid State Drive (SSD)

Seperti yang anda tahu SSD kini sedang hangat di pasaran. SSD adalah solution terbaik supaya laptop tak slow dan lembab. Ia merupakan media storage yang terpantas pada masa ini, dengan 10 kali ganda lebih laju berbanding tradisional storage media iaitu hard disk (HDD).
Saiz kapasiti adalah lebih kecil berbanding hard disk tetapi sangat laju. Saya recommend anda untuk guna SSD 120GB @ 240GB untuk dijadikan storage utama (install OS dan software) dan hard disk lama dijadikan secondary storage (simpan file movie dan kerja).
Jangan jadi macam saya. Tu sebab saya nak berkongsi dengan anda semua yang ada masalah macam saya, apa yang anda boleh buat hari ini, sekarang supaya anda boleh elak kesilapan saya dulu.
2. Lakukan disk cleanup secara berkala

Disk cleanup merupakan program yang telah di install sekali dalam Windows anda. Disk Cleanup ini boleh digunakan supaya laptop tak slow dan lembab.
Kegunaan Disk Cleanup adalah untuk delete Temporary Internet Files, Download Programs Files dan Offline Webpages. Disk Cleanup juga membolehkan anda untuk kosongkan Recycle Bin, Delete Temporary Files dan Thumbnails.
Fail-fail tersebut akan memakan space hard disk anda kalau tak dibersihkan dan boleh mengganggu performance laptop.
3. Sentiasa scan file untuk protect laptop dari virus & malware

Tiada apa yang boleh memperlahankan laptop anda selain daripada virus dan malware. Sebaik sahaja hard disk anda telah dibersihkan (disk cleanup), gunakan anti virus untuk scan keseluruhan hard disk laptop supaya laptop anda tak slow dan lembab.
Download perisian anti virus percuma dari internet atau anda boleh beli perisian anti virus yang berbayar dari kedai laptop ataupun beli secara online. Sekarang semuanya di hujung jari anda.
Anda boleh juga buat 5 langkah ini untuk elak laptop anda dari dijangkiti virus dan malware.
4. Tambah memory (RAM)

Salah satu pilihan yang mudah dan berpatutan supaya laptop tak slow dan lembab adalah upgrade / tambah kapasiti RAM laptop anda.
Dengan menambah beberapa gigabyte RAM, anda boleh meningkatkan lagi jumlah aplikasi yang boleh disimpan dalam memori dan dapat mengelakkan simptom laptop hang dan lag bila buka banyak program serentak.
5. Format Windows 7/8/10 yang baru

Langkah yang terakhir yang anda boleh lakukan supaya laptop anda tak slow dan lembab adalah dengan format semula hard disk laptop anda dan install Windows baru.
Selalunya Windows yang baru di install tak ada masalah sekiranya anda buat Format Clean. Yang paling penting hard disk tersebut tak ada masalah lain seperti corrupt atau pun 'health' hard disk bawah 100%.
Kalau 'kesihatan' hard disk bawah 100%, ada kemungkinan laptop anda masih slow walaupun dah di format. Jadi, jika anda nak hantar laptop untuk format, pastikan mereka check dahulu condition hard disk anda sama anda ok atau pun tak.
NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICES?

Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Services’
Waktu perniagaan
Sabtu – Khamis: 9am – 9pm
Jumaat: 9am – 12.30pm, 2.30pm – 9pm
Cuti: Cuti AM