7 Penyelesaian Untuk Masalah Motherboard  (Tak Boleh ON, Tak Ada Display dan Auto Shutdown).

penyelesaian-untuk-masalah-motherboard

Saya yakin laptop anda mungkin ada masalah motherboard atau laptop anda tunjukkan simptom auto shutdown. TU sebab anda sampai kat sini untuk cari penyelesaian untuk masalah motherboard. Betul tak?

Dah baca artikel sebelum ini mengenai 3 Tanda Laptop Anda Ada Masalah Motherboard? Kalau belum baca lagi, klik SINI.

So, dalam blog post kali ini, saya akan terangkan apa yang anda boleh buat dan pilihan yang ada untuk selesaikan masalah yang anda hadapi sekarang ini.

Supaya anda boleh guna semula laptop anda macam biasa, tanpa perlu keluarkan duit yang banyak untuk beli laptop baru.

Saya faham keperluan laptop pada zaman milenia.

Ramai antara kita sangat-sangat perlukan laptop sebab nak cari rezeki, buat bisnes, buat paperwork, tender, kerja office, penulis dan sebagainya.

Kalau laptop dah rosak @ hampir nak rosak, susah kita nanti.

Laptop saya pun pernah rosak jugak!

Sebab saya sendiri pernah hadapi situasi macam anda : laptop slow, panas (overheat),​ dan bila dah teruk sangat, laptop boleh on (lampu menyala) tapi skrin gelap, tak ada display.

Banyak kerja tertangguh sebab laptop buat hal.

Jangan jadi macam saya. Tu sebab saya nak berkongsi dengan anda semua yang ada masalah macam saya, apa yang anda boleh buat hari ini, sekarang supaya anda boleh elak kesilapan saya dulu.

Sebelum tu anda boleh cuba langkah kat bawah ini untuk 'confirm'kan motherboard laptop anda yang ada masalah @ rosak, bukan masalah lain.

Laptop tak boleh ON

penyelesaian-untuk-masalah-motherboard

Untuk laptop tak boleh on langsung, cuba ikut langkah di bawah:

Cabut bateri dari laptop.

Plug in charger ke laptop anda dan tekan butang on. Kalau tak ada lampu menyala @ tak boleh on, buat langkah no 3.

Tukar charger lama dengan charger baru, atau pinjam charger kawan anda (pastikan sama voltage, lihat sticker kat belakang laptop), plug in charger baru pada laptop dan tekan butang on.

Kalau anda telah cuba cara di atas tapi laptop anda masih tak boleh on, biasanya motherboard ada masalah.

Penyelesaian untuk masalah motherbooard:

A. Repair motherboard.

Kalau ada masalah macam ni, anda tak perlu pun tukar motherboard baru. Sebab motherboard masih boleh dibaiki dengan kos yang lebih murah.

Dengan technician yang berpengalaman, laptop anda boleh on semula tanpa ada masalah baru.

Cuma ada beberapa trik dan faktor yang anda kena pertimbangkan sebelum hantar motherboard untuk repair. 

Kalau anda silap langkah, duit melayang, laptop masih tak boleh pakai. Anda makin stress, kerja pun tak boleh siap. Jangan risau, saya akan ajar anda supaya anda tak tertipu.

Laptop boleh ON tapi tak ada display (skrin gelap)

penyelesaian-untuk-masalah-motherboard

Untuk laptop boleh on tapi tak ada display, cuba ikut langkah di bawah:

Pastikan tiada apa-apa peralatan/hardware yang connect pada laptop anda.

Cabut bateri dari laptop.

Cabut RAM dari laptop dan bersihkan bahagian copper RAM guna pemadam getah dan pasang semula. Biasanya anda boleh cabut RAM dengan buka slot khas kat belakang laptop tanpa perlu buka body laptop.

Seterusnya plug in charger laptop dan tekan butang on.

Kalau boleh on, lampu pada laptop akan menyala, tunggu beberapa minit. Kalau tak keluar display juga, anda boleh cuba cara seterusnya.

Cari external monitor/projector dan sambungkan cable VGA / HDMI pada laptop anda.

Lihat pada external monitor anda, keluar tak display. 

Kalau anda telah cuba cara di atas dan masih tak ada display (skrin gelap), biasanya motherboard ada masalah (graphic chipset rosak).

Penyelesaian untuk masalah motherboard:

Untuk masalah macam ni, biasanya ada 2 cara untuk repair semula.

A. Reheat (panaskan) graphic chipset - Ini cara paling murah yang anda boleh pilih.

penyelesaian-untuk-masalah-motherboard

Ada kemungkinan graphic chipset tak melekat elok pada motherboard (sebab suhu laptop panas sangat). So, dengan panaskan timah pada kaki graphic chipset, ia akan melekat semula dengan elok pada papan mobo.

Lepas buat proses reheat, laptop akan ada display macam biasa. Tapi tak akan tahan lama dan akan jadi semula masalah yang sama. Anda terpaksa repair lagi sekali.

Sebab biasanya graphic chipset dah rosak bila dah terdedah pada suhu panas. So, reheat bukanlah pilihan yang baik.

B. Tukar graphic chipset yang baru - Ini cara paling selamat sebab anda boleh guna laptop seperti biasa tanpa perlu risau rosak kali ke-2.

penyelesaian-untuk-masalah-motherboard

Dengan penjagaan laptop yang betul (termasuk buat maintenance seperti PPM), jangka hayat laptop anda akan lebih panjang. InsyaAllah.

Laptop auto shut down (terpadam sendiri)

penyelesaian-untuk-masalah-motherboard

Penyelesaian:

Untuk laptop auto shutdown (tiba-tiba terpadam) kurang dari 30 minit, ada 2 kemungkinan yang boleh berlaku dan ada 2 penyelesaian.

A. Laptop masih boleh diselamatkan. Tapi anda perlu ambil tindakan segera dengan hantar laptop anda untuk servis Clean Dust.

Laptop anda overheat sebab udara panas terperangkap dalam laptop. Terlalu banyak habuk kat dalam body laptop terutamanya pada heatsink dan kipas. Mungkin juga kipas dah rosak.

Dengan Clean Dust, kami akan buat total clean komponen dalam laptop termasuk kipas, heatsink dan tukar thermal paste baru.

Bila airflow dah 'cun', suhu laptop jadi normal dan tiada lagi masalah laptop terpadam sendiri.

B. Laptop tak boleh diselamatkan. Maksudnya, dah beri kesan pada graphic chipset (dah rosak).

Pilihan yang ada ialah sama ada reheat atau tukar graphic chipset baru. Macam yang saya terangkan kat atas, tukar baru lebih selamat.

Selain penyelesaian di atas, ada 2 lagi pilihan tapi kosnya lebih tinggi.

Pilihan lain:

A. Tukar motherboard baru. Tapi terus terang saya cakap, kosnya lebih kurang sama macam anda beli laptop baru, cuma murah sikit.

Biasanya orang tak akan tukar motherboard sebab agak mahal.

B. Beli laptop baru. Ini pilihan terakhir yang anda boleh pertimbangkan kalau motherboard laptop anda dah total lost (tak boleh repair).

Dan sudah pasti kos beli laptop baru lebih tinggi berbanding repair.

Saya faham, laptop pada zaman sekarang bukan lagi kehendak tapi keperluan. Sebab kebanyakan dari kita guna laptop untuk mencari rezeki. Kalau tak ada laptop/laptop rosak, memang susah kita nanti.

Mungkin 2 benda ini yang buat anda risau

Mungkin anda risau kalau anda repair motherboard, ia akan ambil masa yang lama ataupun lepas repair takut rosak balik. Duit dah keluar tapi laptop tak boleh pakai.

penyelesaian-untuk-masalah-motherboard

Saya faham kerisauan anda. Sebab saya pun pelanggan macam anda.

So, untuk next blog post, saya akan exposed beberapa faktor penting yang anda kena pertimbangkan sebelum anda repair motherboard. Supaya anda dapat buat pilihan yang bijak untuk mencari penyelesaian untuk  masalah motherboard.

So, tunggu emel saya dalam masa beberapa hari lagi ya. Jangan lupa cek emel anda. Kalau terlepas, rugi nanti.


Masih belum isi emel untuk dapatkan update dari saya?

Pergi ke BLOG POST INI dan scroll sampai bawah. Masukkan emel anda di kotak yang disediakan dan tunggu emel dari saya.

Stay tuned!