Kenapa laptop aku slow sangat ni?! Baru guna 1 tahun kot!

Biasa kan kena camni? Rasa nak hempas je laptop tu. Dengan kerja tak siap-siap.

Masalah laptop slow sangat kerap jadi pada setiap pengguna laptop lepas 6 bulan beli laptop baru. Ada yang lebih 1 tahun.

​Jom kita belajar apa 11 punca yang menyebabkan laptop anda slow.

  1. MASALAH PADA HARDISK LAPTOP ANDA (hardisk health dah drop, bad or weak sector, fungsi read&write hardisk slow) Hardisk juga merupakan tempat menyimpan semua data seperti file, gambar, video, music termasuk juga operating system.
  1. TERLALU BANYAK BROWSER ADD-ONS (anda boleh check add-ons ini di browser yang anda gunakan, buang mana yang tidak diperlukan) Terlalu banyak add-ons boleh memudaratkan performance laptop tetapi bukan semua add-ons.
  1. RUNNING LEBIH DARI 3 PROGRAMS DALAM MASA YANG SAMA (running program-program yang menggunakan banyak memory boleh menyebabkan laptop slow) Sebagai contoh anda buka video editting, photoshop, youtube, illustrator mesti performance akan berkurangan jadi slow atau mungkin “hang’ sebab menggunakan terlalu banyak memory.
  1. FILE WINDOWS ATAU REGISTRY CORRUPTED (masalah ini mungkin disebabkan hardisk rosak atau virus) Masalah ini berlaku disebabkan virus, hardisk rosak ataupun anda apa terusik atau tweak folder-folder system tanpa anda sedari.
  1. MEMBUKA TERLALU BANYAK OPEN TABS PADA BROWSER (ini memang ramai yang suka buat buka banyak sangat open tabs) Membuka banyak tabs biasanya youtube dan sebagainya kerana ia memakan memory.
  1. MENGGUNAKAN PROGRAMS YANG BERAT (sebagai contoh aplikasi seperti video editing) Biasa berlaku pada mereka yang menggunaka programs yang memerlukan specifikasi yang tinggi tetapi laptop yang digunakan adalah specifikasi pertengahan.
  1. LAPTOP SUDAH DIJANGKITI VIRUS (seperti malware dan sebagainya boleh menjadikan laptop anda slow) Kemungkinan dijangkiti dari pendrive, internet dan sebagainya.
  1. BANYAK STARTUP PROGRAMS YANG RUNNING (contoh startup programs yahoo mail, antivirus, skype dan lain-lain lagi)
  1. HARDISK PENUH ATAU HAMPIR PENUH ​(hard disk memerlukan free space yang banyak untuk Windows running dengan efisien)
  1. TAK CUKUP MEMORY (RAM) ​(jumlah RAM yang rendah boleh menyebabkan laptop menjadi perlahan, apabila banyak program dibuka)
  1. OVERHEATING (lama tak servis komponen laptop cepat panas) ​disarankan untuk pengguna laptop lakukan servis pada laptop sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. (Bergantung atas penggunaan)​​​

APA PERLU DILAKUKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH LAPTOP SLOW?
  • Sebahagian dari masalah ini dapat di atasi dengan mengubah sedikit tabiat penggunaan laptop.
  • Ada yang memerlukan anda reinstall kembali operating system yang baru (windows / OS X) yang mana windows sudah corrupt
  • Upgrade RAM jika perlu
  • Menukar hardisk yang telah rosak dengan yang baru dan reinstall windows atau OS X
  • Tukar SSD sekiranya anda mahukan lebih performance dan install Windows atau OS X