tukar dari HDD ke SSD

Tukar Dari HDD ke SSD? Jom Saya Kongsikan 7 Sebab Kenapa ...

tukar dari HDD ke SSD

Laptop anda dah mula jadi lembab? Sebelum anda membuat keputusan untuk beli laptop yang baru, lebih baik korang try untuk upgrade dulu laptop anda. Terutama sekali tukar dari HDD ke SSD. Tapi, kenapa perlu tukar dari HDD ke SSD?

Hard disk atau HDD adalah satu komponen laptop dimana ia digunakan untuk menyimpan semua data, fail, Windows yang ada pada laptop anda. Tapi sekarang, ada alternatif kepada hard disk yang lebih laju dan padu, iaitu SSD. Dengan tukar dari HDD ke SSD, ia boleh meningkatkan prestasi laptop anda sehingga 10 kali ganda lebih laju berbanding sebelumnya.

tukar dari HDD ke SSD

SSD atau solid state drive pula adalah sebuah storan jenis baru, yang menggunakan flash-based memory (seperti pendrive) yang lebih laju, berbanding dengan HDD yang menggunakan komponen mekanikal untuk berfungsi

Tukar dari HDD ke SSD dapat meningkatkan performance dan juga kelajuan laptop. Jom saya terangkan 7 sebab kenapa anda perlu tukar dari HDD kepada SSD.

1. Lebih sejuk

tukar dari HDD ke SSD

Sebab yang pertama kenapa anda perlu tukar dari HDD ke SSD adalah kerana SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak, SSD tidak menghasilkan haba yang banyak . jadi, SSD dapat mengurangkan risiko laptop anda overheat apabila anda membuka beberapa program serentak. Suhu di Malaysia agak panas, jadi SSD merupakan satu pilihan yang baik untuk mengurangkan haba pada laptop.

2. Lebih senyap

tukar dari HDD ke SSD

Sebab yang kedua anda perlu tukar dari HDD ke SSD adalah SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak, ia tidak menghasilkan apa-apa bunyi, menjadikan ia lebih senyap berbanding HDD. Agak normal untuk HDD menghasilkan bunyi klik atau bunyi ia berpusing. Kebiasaannya, HDD yang berbunyi kuat adalah HDD yang rosak.

3. Tahan lebih lama

tukar dari HDD ke SSD

Sebab yang ketiga anda perlu tukar dari HDD ke SSD adalah SSD mampu bertahan lebih lama berbanding HDD. Meskipun ada juga beberapa kes SSD rosak dalam tempoh setiap 4 tahun, tapi HDD mempunyai risiko untuk rosak yang lebih tinggi di dalam tempoh yang lebih singkat. Ini menjadikan SSD pilihan yang lebih baik dan lebih dipercayai untuk menyimpan fail anda.

4. Lebih laju

tukar dari HDD ke SSD

Satu kelebihan SSD yang selalu diwar-warkan adalah laju. Kelajuan SSD biasanya antara  5 hingga 10 kali ganda lebih laju berbanding HDD. Tukar dari HDD ke SSD juga menjadikan laptop anda lebih mudah dan lebih menyeronokkan untuk digunakan.  Jika anda ada buat video editing, penggunaan SSD sangat digalakkan untuk anda.

5. Tahan lasak

tukar dari HDD ke SSD

Yang kelima, kenapa anda perlu tukar dari HDD ke SSD adalah kerana SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak menjadikan SSD ini jauh lebih tahan lasak berbanding HDD yang sensitif terhadap pergerakan dan boleh pecah. Hanya dengan 1 impak ia boleh menyebabkan anda kehilangan semua data dan fail anda.

6. Tak terkesan d​engan magnet

tukar dari HDD ke SSD

Jika anda tukar dari HDD ke SSD, storage anda akan lebih kebal kerana SSD tidak menggunakan magnet untuk penyimpanan data manakala HDD menggunakan magnet di dalamnya untuk menyimpan data, dan magnet ini juga boleh menyebabkan kerosakan data pada HDD anda. Manakala SSD tidak akan terkesan langsung dengan magnet.

7. Menggunakan tenaga yang rendah

tukar dari HDD ke SSD

Sebab yang terakhir kenapa anda perlu tukar dari HDD ke SSD adalah SSD hanya memerlukan tenaga yang sedikit untuk berfungsi sementara HDD memerlukan banyak tenaga kerana ia mengandungi beberapa lapisan cakera untuk penyimpanan data. Ini bermakna SSD lebih mesra alam berbanding HDD kerana ia tidak memerlukan tenaga yang banyak.

Sedia untuk bertukar dari HDD ke SSD?

tukar dari HDD ke SSD

Jika anda  ingin menaiktaraf laptop anda tanpa memerlukan kos sebuah laptop baru, SSD adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Sepanjang pengalaman kami, prestasi laptop akan meningkat mendadak setelah tukar dari HDD ke SSD.

Jika anda berminat untuk tukar dari HDD ke SSD, anda boleh hubungi nombor kami di bawah ini ya.

FR Laptop Services - 017-2882349