Scroll to top

KENAPA WINDOWS KITA BOLEH JADI SANGAT-SANGAT SLOW??

No comments

Stress kan bila on je laptop dengan harapan nak buat kerja, lepas 10 minit, tak habis load lagi, kita pergi buat air kopi, pun tak siap lagi load. Kita pergi lunch, balik pun belum siap lagi loading. Saya faham perasaan tu.

 

Jadi yang menjadi tanda tanya. Apa puncanya?

 

Terlalu banyak start-up software

Okay start-up software ni apa? Dia adalah software yang akan run setiap kali komputer kita on. Biasanya Antivirus, Steam, akan run selepas sampai je ke desktop.

Jadi apa yang boleh dibuat? Disablekan software tu, dan run bila nak guna je. Lebih baik, dan tak memakan memory atau RAM. Dan kalau ada banyak antivirus tu boleh juga buang yang mana yang tak pakai.

 

Terlalu banyak buka software

Okay yang ni untuk yang dah siap load, tapi tengah guna, dia slow. Biasanya kalau komputer kita spec rendah, dan kita buka tab Chrome yang banyak, dan juga ada buka Microsoft Word, ia boleh menjadikan komputer kita lagi slow. Ataupun spec anda sudah cukup, tapi jumlah RAM anda rendah, anda perlu menambahkan RAM, supaya anda boleh multi-tasking dengan lebih lagi.

 

Virus

Yang ni agak common, untuk lawan virus, sudah semestinya kita perlukan antivirus. Yang ini terpulang kepada anda. Kalau admin, admin pakai Windows Defender dengan SMADAV je hehe.

 

Hard Disk Rosak

Hard Disk yang rosak boleh memberi pelbagai jenis masalah pada komputer kita. Slow nak loading, blue screen, bunyi bising, file hilang dan sebagainya. Macam mana nak check hard disk kita? Boleh download Hard Disk Sentinel untuk check health hard disk. Free je.

Untuk hard disk, untuk repair, agak mustahil, dan hanya boleh digantikan dengan yang baru.

Post a Comment