
Windows atau operating system (OS) merupakan 'jantung' laptop. Kalau laptop dah canggih, spesifikasi laptop dah tinggi tapi tak ada Windows, macam mana nak guna laptop tu. Betul tak?
Semua orang yang ada laptop termasuk saya, ada 1 perkara yang paling utama, dan yang paling penting yang kita semua nak sangat bila kita nak guna laptop.
Apa benda yang penting sangat tu?

LAPTOP MESTI LAJU!
Tapi masa anda nak guna laptop untuk buat kerja , masa itu lah masalah nak datang.
Perkara yang boleh membuat semua orang jadi bengang adalah laptop slow, nak masuk desktop pun lembap, nak buka software atau program pun ambil masa lama, tak macam masa mula-mula beli dulu.

Laptop slow boleh menyebabkan macam-macam masalah timbul. Masa tengah guna laptop tiba-tiba 'hang’ atau 'freeze’, langsung tak bergerak, nak tekan apa-apa pun tidak boleh.
Anda terpaksa matikan laptop dengan tekan butang kuasa (hold 2-5 saat).
Bayangkan, anda tengah bawak kereta 120km/j tiba-tiba anda tutup enjin. Anda rasa apa akan jadi kat kereta anda?
Macam tu jugak bila anda matikan laptop secara paksa. Lama-lama laptop pun boleh rosak. Mungkin pada hardware atau software. (Anda tengok point no 1)

Ada beberapa faktor laptop anda boleh jadi slow. Mungkin laptop anda jadi slow disebabkan masalah-masalah kat bawah ni.
Nak tahu? Teruskan baca sampai habis.

1. Hard Disk bermasalah/rosak
Hard disk laptop bermasalah adalah salah satu punca laptop slow.
Sebab apa?
Hard disk tempat kita simpan semua data, fail, gambar, video, semua hasil kerja termasuk Windows yang kita install.
Hard disk (HDD) ni macam CD. Kalau permukaan CD tercalar, kebiasaannya CD tu tak dapat dibaca.

Kalau hard disk ada bad sector atau 'bercalar', ada kemungkinan data tak boleh nak akses atau hilang. Kalau fail Windows tak boleh nak akses atau susah nak akses sebab ada bad sector, laptop boleh jadi slow.
Sebab fail Windows dah kena kacau.
Macam mana hard disk boleh bermasalah?
Ada 2 sebab.
1. Macam yang saya terangkan kat atas, laptop anda tengah hang atau freeze, nak tekan apa-apa pun tak boleh. Anda terpaksa matikan laptop secara paksa.
Masa tu hard disk tengah berpusing laju (macam CD), bila anda laptop off secara tiba-tiba, hard disk akan berhenti pusing secara mengejut.
Tu yang hard disk boleh rosak. Macam situasi kereta yang saya cerita kat atas.
2. Laptop terjatuh.
Hard disk memang sensitif. Kalau laptop terjatuh atau terhentak, hard disk boleh rosak atau bermasalah sebab komponen dalam hard disk mungkin dah bengkok atau calar.
Pastikan anda tak buat 2 benda ni untuk elakkan hard disk anda dari rosak. Kalau tak, kena tukar hard disk baru.
Tak guna anda format laptop tapi 'kesihatan' hard disk bawah 100%. Sebab ada kemungkinan Windows/laptop masih slow disebabkan hard disk problem.

2. Browser Add-On Atau Extension
Banyak sangat browser add-on atau extension tak elok sebenarnya. Sebab ada sebahagian add-on atau extension ini boleh memudaratkan prestasi laptop, tapi bukan semua.
Apa yang anda boleh lakukan adalah delete add-on atau extension yang tak berguna dari browser anda. Download aplikasi dari website yang dipercayai. Baca terma dan syarat sebelum download atau sebelum install sebarang program.

3. Buka banyak aplikasi dalam satu masa
Buka terlalu banyak aplikasi dalam satu masa boleh menyebabkam laptop anda lambat. Contohnya buka Photoshop, YouTube, dan game dalam masa yang sama.
Keupayaan laptop untuk buat kerja multitasking bergantung pada saiz RAM. Kalau RAM laptop anda rendah, elakkan dari buka terlalu banyak aplikasi serentak.

4. Buka terlalu banyak tab browser
Suka buka tab browser dengan banyak pun tak elok sebenarnya. Kerana setiap tab yang dibuka akan ‘memakan’ kuasa dari processor dan juga RAM.
Sebab itu saya ada terangkan untuk kerja-kerja multitasking perlu lebih RAM. Tutup tab yang anda tidak gunakan untuk mengurangkan beban pada laptop anda.

5. Penggunaan program yang memerlukan spesifikasi laptop yang tinggi.
Jika laptop anda tidak mempunyai spesifikasi yang sesuai untuk program rendering seperti AutoCAD, lebih baik anda elakkan daripada install program tersebut pada laptop anda.
Ini kerana program yang berat juga boleh menyebabkan laptop anda menjadi lembab. Dan jika anda cuba untuk run program tersebut, laptop anda juga berkemungkinan akan crash.

6. Virus
Virus, spyware, dan malware ni boleh memperlahankan dan mengurangkan prestasi laptop anda.
Ada virus yang boleh mengubah tetapan windows registry, mengeluarkan iklan pop-up masa tengah surf internet dan paling bahaya kalau data peribadi kena hijack. Macam-macam boleh jadi.
Apa yang patut anda lakukan ialah install antivirus yang berkualiti dan scan setiap pendrive atau hard disk yang dicucuk ke USB port laptop.

7. Startup program
Startup program merupakan program yang berjalan secara automatik apabila operating system berjalan (Windows).
Tapi tak semua program yang anda perlukan setelah anda hidupkan laptop dan program-program ini hanya akan melembabkan laptop anda.
Apa yang anda boleh buat adalah dengan disablekan start up program yang anda tak perlu, sekiranya anda memerlukan program tersebut, baru lah anda buka program tersebut.

8. RAM
RAM juga memainkan peranan penting, kerana kebanyakan program sekarang memerlukan RAM yang besar supaya program tersebut dapat berfungsi dengan baik.
Contoh program yang memerlukan RAM yang tinggi adalah photoshop, video rendering, music editing, animasi 3D dan lain-lain.
Sebab itu anda perlu baca dan pastikan requirement program tersebut sesuai dengan laptop anda supaya masalah macam ini tidak terjadi.
Kalau RAM laptop anda 2GB dan ke bawah, saya sarankan anda tambah atau upgrade ke 4GB. Supaya mudah untuk anda buat kerja multitasking.
Laptop pun dah tak slow.
Dari 8 punca kat atas ini, apa yang sebabkan laptop anda slow? Dah tahu?

NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICES?
Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Services’
Waktu perniagaan
Sabtu – Khamis: 9am – 9pm
Jumaa: 9am – 12pm, 3pm – 9pm
Cuti: Cuti AM
KLIK butang SHARE kat bawah ini untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda.