Scroll to top

Bateri Tahan Lebih Lama? Macam Mana?

No comments

Alamak! Bateri laptop dah low, cepat pulak drain. Situasi ni pulak berlaku masa tengah buat kerja kat luar (mamak stall/old town). Lepas tu pulak lupa bawa charger laptop atau extension cord semua dah guna. Macam mana nak buat bateri tahan lebih lama?

bateri tahan lebih lama

Sebenarnya ada cara yang boleh dikongsikan, macam mana nak buat bateri tahan lebih lama. Ramai di antara pengguna laptop yang tak tahu, walaupun laptop tu baru di beli atau bateri baru ditukar.

Dengan beberapa “tweak” kecil kat bawah ni dapat membantu dan manage pengunaan kuasa bateri laptop anda.

 

3 Tips Untuk Bateri Tahan Lebih Lama

1. Cabut apa-apa peralatan yang tidak digunakan.

Contohnya:
-external hdd
-external webcam
-mouse
-external speaker

Sekiranya anda inginkan bateri tahan lebih lama, cuba elakkan daripada menggunakan peralatan yang menarik kuasa dari bateri laptop anda seperti mouse dan mengecas handphone. Tiada benda yang boleh menyedut kuasa bateri selain daripada anda mengecas handphone..

Anda juga harus cuba mengelakkan dari menggunakan pemacu DVD ini kerana ia juga menggunakan kuasa yang banyak supaya bateri tahan lebih lama.

2. Tutup aplikasi yang tidak digunakan.

Jika anda telah selesai menggunakan apa-apa aplikasi, jangan biarkan ia terbuka jika anda mahukan bateri tahan lebih lama. Sekiranya ia masih lagi berjalan, sekurang-kurangnya aplikasi tersebut menggunakan beberapa ataupun sebahagian dari PROCESSOR dan juga MEMORY RAM.

Sekiranya ini berlaku laptop anda akan mengambil kuasa bateri dan memberikan tenaga kepada komponen laptop hanya untuk menjalankan aplikasi yang tidak digunakan.

Apabila anda selesai menggunakan aplikasi tertentu, dinasihatkan supaya menutup aplikasi tersebut supaya laptop anda tidak perlu bekerja dan menarik kuasa bateri untuk aplikasi yang tidak digunakan.

Ini dapat menjimatkan lagi penggunaan bateri laptop anda dari habis atau DRAIN dengan cepat.

3. Jangan overcharged bateri laptop

Elakkan daripada kerap plugged in charger sekiranya bateri laptop dah penuh (sebagai contoh bateri 80% dan anda cas, ini akan percepatkan bateri “kong”). Overcharging juga mengelakkan bateri tahan lebih lama.

Sebab bateri laptop ada kitaran, sebaiknya ada amalkan cas bateri apabila dah 20% dan cas sehingga 80% sahaja.

Untuk part 1 saya kongsi 3 tips dulu. Tunggu part 2 pulak ye. Stay tuned!

Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.

bateri tahan lebih lama

Post a Comment