Repair Motherboard @ Beli Laptop Baru, Mana Lagi Berbaloi?

Antara statement yang selalu kami terima di bahagian Customer Service ialah "Dari repair motherboard, baik saya beli laptop baru".

Betul ke beli laptop baru lagi berbaloi? Lagi banyak kelebihannya?

Anda setuju?

Sebentar lagi saya akan buat perbandingan dan tunjukkan kepada anda supaya anda boleh pertimbangkan mana yang terbaik dan berbaloi.

Anda sendiri macam mana? Memang ada niat nak beli laptop baru atau dah faham dan ada niat nak hantar laptop anda untuk repair mobo?

Bagi yang masih rasa ragu-ragu (sebab takut kena tipu, rasa mahal, takut rosak balik lepas repair dan etc), sekejap lagi saya akan bongkarkan beberapa trik yang anda kena tahu sebelum repair mobo laptop anda.

So, pastikan anda baca sampai habis.

Dalam artikel sebelum ini, saya ada terangkan 7 penyelesaian yang anda boleh pilih berdasarkan keadaan semasa laptop anda dan juga bajet (kalau boleh berjimat, lagi bagus kan?).

Tapi secara general, anda ada 2 pilihan iaitu,

Beli laptop baru VS repair motherboard

Untuk buat pilihan, ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan.

(1) Anda guna laptop untuk apa

Dari senarai kat bawah ni, anda yang mana satu?

  • Kerja office (paperwork, proposal, kertas kerja etc)
  • Bisnes online (buat marketing etc)
  • Guna laptop untuk cari duit
  • Laptop sebagai punca rezeki
  • ATAU anda tak boleh hidup tanpa laptop. Laptop ibarat nyawa.

Perasan tak, anda guna laptop sebenarnya untuk survive, bekerja, cari duit. 

Bayangkan kalau laptop anda rosak, apa akan jadi pada hidup anda?

Contoh situasinya begini.

Anda guna laptop anda untuk buat online marketing (bisnes sendiri). Tiba-tiba 1 hari, laptop anda rosak. Semua kerja bisnes anda tergendala. Sales mula jatuh. Anda dah mula pening mana nak cari duit nak bayar macam-macam masa hujung bulan nanti.

Sama juga untuk yang kerja office. Guna laptop untuk siapkan kerja yang boss bagi. Tapi sebab laptop rosak, banyak kerja penting dan urgent tak dapat nak siapkan. Prestasi kerja mula menurun. Kalau tak capai KPI, susah la nak naik pangkat nanti.

Sebab anda urgent nak siapkan kerja penting, kalau boleh anda nak beli laptop baru masa tu jugak!

Tapi sebelum tu, anda patut pertimbangkan 3 benda ini. 

Kalau betul laptop dah dah total lost (langsung tak boleh repair) - beli laptop baru 1 idea yang bagus.​

Kalau anda perlu upgrade laptop anda, maksudnya anda perlukan laptop yang high spec sebab anda buat kerja design, editing video, render dan software lain yang berat dan laptop anda sekarang ni dah terlalu lama - beli laptop baru lebih bagus.

Tapi kalau anda guna laptop hanya untuk kerja-kerja ringan macam Word, Excel, Google, online banking, FB Ads, Google Adwords, update website, blogging dan sebagainya - repair motherboard lebih berbaloi untuk anda.

(2) Bajet

Bajet @ duit adalah antara benda penting yang anda kena pertimbangkan.

Harga sebuah laptop baru bukannya murah a.k.a mahal. Dan kalau nak keluarkan sejumlah wang yang agak banyak dalam masa yang singkat, memang berat.

Kebanyakan orang kat luar sana, mereka akan ambil masa beberapa bulan untuk kumpul duit kalau nak beli sesuatu yang mahal, atau tunggu bonus hujung tahun.

Laptop dengan spesifikasi Intel i3 pun dah berharga RM1500++. Bukannya murah.

Dan sudah pasti kos repair motherboard jauh lebih rendah. Lepas repair, anda boleh guna laptop anda macam biasa dan dapat siapkan kerja yang tertangguh.

Anda dapat jimat kos. Dan duit lebih yang ada anda boleh guna untuk benda lain yang lagi penting.

Melainkan anda dah ada bajet khas yang anda kumpul dan anda memang nak upgrade laptop anda, jadi tiada masalah. Maksudnya anda dah bersedia dengan bajet yang cukup.

Anda mungkin masih ragu-ragu sebab benda ini

Untuk anda yang urgent nak pakai laptop sebab banyak kerja pending, anda memang nak repair secepat mungkin (sebab anda hanya guna laptop untuk kerja-kerja ringan, tak ada kepentingan nak upgrade laptop dan bajet terhad),

tapi mungkin 2 benda ini yang buatkan anda ragu-ragu untuk repair motherboard laptop anda.

1 - Ambil masa yang lama untuk repair

2 - Lepas repair, anda takut rosak balik (ramai takut yang ini)

Jadi, sebelum anda hantar laptop anda ke mana-mana kedai service laptop, pastikan anda survey dahulu dan confirmkan 2 perkara kat bawah ini:

WARRANTY


Berapa lama WARRANTY yang diberikan untuk servis repair motherboard.

JANGKA WAKTU SIAP


Berapa lama masa yang diperlukan untuk repair sebuah laptop dan apa syarat-syaratnya.

Kenapa 2 benda ini sangat penting? 

(1) Ramai antara kita ada pengalaman buruk bila hantar laptop untuk repair.

Baru guna sekejap, ​laptop rosak balik. Warranty pulak sebulan je. Lepas sebulan, terus rosak. Duit dah keluar tapi laptop masih tak boleh pakai. 

Rasa membazir je duit tu.

So, untuk elakkan 'mimpi ngeri' ini berlaku pada anda, cari kedai yang menawarkan warranty yang lama, bukan sebulan dua. Kalau apa-apa berlaku dalam tempoh warranty, anda masih dilindungi 'insuran'.

Pastikan juga mereka tukar graphic chipset yang baru, bukan guna method reheat (saya ada terangkan dalam artikel sebelum ini).

BONUS untuk anda kalau kedai tersebut ada offer Money Back Guarantee. Maksudnya, kalau motherboard laptop anda tak boleh repair (lepas dah repair beberapa kali) mereka akan Refund 100% duit anda (tanpa ada cas tersembunyi).

Dalam kes ini anda tak rugi langsung. Kalau laptop ok, anda bayar dengan harga yang berpatutan dan yang paling penting kerja anda boleh siap.

Kalau laptop masih tak ok sebab mungkin dah total lost, anda dapat balik duit anda 100%.

(2) Saya faham anda nak guna laptop secepat mungkin.

Sebab banyak kerja tertangguh, tak dapat nak buat bisnes macam biasa etc.

Hidup jadi tak terurus. Stress, bengang, tak ada mood nak kerja, geram, kecewa dan macam-macam lagi perasaan anda waktu laptop rosak.

Jadi, jangka waktu siap adalah salah satu faktor penting yang anda kena pertimbangkan.

Lagi cepat siap, lagi bagus. Kalau perlukan masa sampai 2-3 minggu untuk repair, mungkin anda boleh survey di tempat lain dulu.

Saya faham, untuk repair barang elektronik perlukan masa. Tapi untuk technician yang berpengalaman​, masa yang diperlukan untuk repair tak lama berbanding technician baru.

TIPS:

  • Customer Service yang berpengalaman mampu terangkan apa masalah laptop anda dan cadangan yang sesuai.
  • Lihat review dan testimoni pelanggan sebelumnya. Boleh cari di website, fanpage atau google. Apa kata mereka.
  • Pentingkan servis yang berkualiti, bukan sekadar murah. Kalau murah tapi banyak masalah, anda juga yang susah nanti.
  • Kualiti bermaksud ramai customer berpuas hati, layanan Customer Service bagus dan mesra, ada support selepas pembelian, senang berurusan untuk memudahkan kerja anda.
  • Jika mereka tawarkan extra service (add on) tanpa perlu bayar lebih, itu satu kelebihan. Anda dapat lebih nilai tanpa extra charges.
  • Akhir sekali, tanya harga untuk servis repair motherboard. Survey juga beberapa kedai lain untuk anda buat perbandingan. Jika mahal sikit tapi anda dapat 5 perkara di atas, anda patut pertimbangkan.

Macam mana setakat ini, anda dah faham dan jelas?

Dah tahu nak pilih mana satu, antara BELI LAPTOP BARU atau REPAIR MOTHERBOARD?

Saya harap, dengan penerangan ringkas dalam artikel ini akan dapat beri gambaran yang lebih jelas supaya anda semua dapat buat pilihan yang lebih bijak dan dapat menjimatkan duit.​

Nak dapatkan servis repair motherboard dari FR Laptop Service?

" Ya Haziq, lepas saya baca artikel, saya dah faham kenapa lagi berbaloi repair motherboard.

Saya nak dapatkan maklumat lanjut mengenai servis repair motherboard termasuk warranty, money back guarantee dan free extra service yang ditawarkan oleh FR.

Saya faham saya tak akan rugi sebab saya dilindungi oleh 'insuran' money back guarantee. "