1 Kesilapan Besar Pemilik Laptop Yang Menyebabkan Laptop Cepat Rosak.

Alhamdulillah sejak 3 tahun lalu FR dah bantu ramai pemilik laptop selesaikan masalah mereka dan dah repair ribuan laptop.

Salah satu tujuan FR diwujudkan sebab nak educate mereka yang ada laptop,

macam mana mereka boleh guna laptop untuk jangka masa yang lebih lama, kurangkan risiko rosak dan anda boleh guna laptop tanpa ada masalah panas, hang, slow yang buatkan anda stress.

Ramai orang lepas 2-3 tahun, kena beli laptop baru @ kena masuk ‘bengkel’ untuk repair motherboard. Sebenarnya benda macam ni boleh dielakkan jika anda tahu trik untuk jaga laptop yang betul.

Anda nak tahu tak antara 1 MASALAH utama yang selalu FR dapat?

Laptop tiba-tiba tutup sendiri, laptop sangat panas sampai kacau performance laptop selain daripada laptop slow, lembap, hang (ini paling banyak).

Masalah atas ni jadi sebab 1 benda @ 1 kesilapan yang ramai antara kita buat tapi tak sedar atau tak tahu.

Ya, saya faham. Bukan salah anda pun sebab masa anda beli laptop, penjual tu mungkin tak beritahu anda. Dalam surat ringkas ni, saya akan cerita sikit apa kesilapan tu dan cara nak overcome.

1 kesilapan yang ramai pemilik laptop buat ialah mereka abaikan Planned Preventive Maintenance (PPM).

Dulu saya pernah bekerja di sebuah syarikat Olympus Microscope. Tugas saya untuk buat maintenance (servis penyelenggaraan) setiap tahun untuk pastikan doktor boleh guna microscope dengan lebih jelas.

Lebih-lebih lagi laptop sebab komponen dalam laptop hasilkan haba yang PANAS. Setiap 2x setahun atau 1x setahun, anda mesti buat maintenance aka PPM. Selain maintenance mingguan atau bulanan.

Saya akan beritahu 4 point maintenance laptop untuk panjangkan jangka hayat supaya tahan lebih lama dan tak mudah rosak. Dan dapat jimatkan duit anda di zaman ekonomi yang tengah gawat ni.

(1)... Bersihkan laptop (skrin, keyboard, body) dari habuk dan kotoran yang melekat di bahagian luar laptop.

2x / 1x sebulan anda boleh spend sikit masa untuk cuci dan buang habuk terutamanya kat skrin. Kita nak pastikan bahagian luar tip top dan habuk tu tak masuk ke dalam body laptop.​

Kalau anda nak tahu, HABUK musuh utama laptop. Nampak je habuk ni kecik tapi boleh sebabkan masalah yang lebih besar.

(2)... Lakukan DISK DEFRAGMENTATION @ susun file dalam hard disk.

Kalau anda tak pernah buat benda ni, bila nak transfer file jadi lambat, nak load/open program atau software ambil masa lama.

Ni biasanya jadi lepas dah beberapa bulan/tahun pakai laptop. Anda download dan simpan macam-macam file dalam hard disk dan file tu bersepah, tak tersusun. So, bila nak cari file sepatutnya jadi lambat.

Dengan buat maintenance Disk Defragmentation, file-file dalam hard disk akan disusun supaya lebih teratur,

(3)... Bersihkan dan delete file-file ‘sampah’ / junk file yang tak berguna dan juga temporary file daripada internet yang mungkin ada ‘malicious program and code’ @ bahasa mudahnya, ada virus.

Kalau anda tak delete junk file, lama-lama boleh kacau prestasi laptop, dan anda kemungkinan boleh kena virus.

Lagi satu manfaat bila anda delete junk file, anda boleh free kan space hard disk anda.

So, boleh guna software macam CCleaner. Mudah je nak guna.

Ada anti virus?

Selalu lah update dan scan laptop untuk elakkan jangkitan virus dan malware. Kalau sekali kena virus, boleh beri kesan kat laptop macam slow, panas, kacau browser (chrome) dan lain-lain. Anda juga yang stress nanti.

(4)... Bersihkan habuk tebal yang terperangkap dalam badan laptop dan ganti thermal paste yang dah kering/keras.

What You Didn't Know About Content Marketing...

Welcome to our webinar! Stay tuned to see exactly how we've turned the typical content marketing approach on its head... and more than doubled sales and traffic as a result!

OUR HOSTS

Shane Melaugh

Duis sed odio sit amet nibh vulputate cursus a sit mauris. Morbi adec accumsan ipsum velit.

Anna Smith

Duis sed odio sit amet nibh vulputate cursus a sit mauris. Morbi adec accumsan ipsum velit.