Bahagian yang paling penting dalam laptop anda yang perlu dibersihkan adalah kipas dan heatsink.
Kenapa pulak 2 benda ni kena bersihkan?
Nampak macam kipas dan heatsink ni benda remeh, eleh "kipas je kot" tapi kalau anda nak tahu ia merupakan sistem penyejukan laptop.
Memang sangat-sangat penting. Macam radiator kereta untuk sejukkan enjin kereta. Kalau radiator rosak, air tak cukup, memang tersadai tepi jalan lah sebab 'overheat'.

Kalau tak bersihkan 2 komponen ni, lama kelamaan habuk akan terkumpul, semakin banyak dan semakin tebal.
Dan akan menyebabkan udara panas tak boleh keluar dari laptop sebab airflow dah tersumbat (udara keluar melalui lubang heatsink, rujuk gambar bawah ni).
Tak ada ruang. So, udara panas terperangkap kat dalam.
Bayangkan, anda on laptop 6 jam, udara panas terperangkap dalam laptop 6 jam.
Jadi, apa sebenarnya MUSUH utama laptop anda?
HABA PANAS!

Haba panas merupakan punca kerosakan bagi kebanyakan laptop.
Haba panas boleh menyebabkan laptop anda AUTOSHUTDOWN atau CRASH sebab kipas dan heatsink penuh dengan habuk.
Komponen elektronik laptop sangat sensitif pada suhu yang tinggi.
Contoh komponen laptop yang sangat sensitif terhadap suhu adalah processor dan graphic chipset.
Processor dan graphic chipset ni apa?
Processor berfungsi sebagai ‘otak’ laptop. Apa-apa arahan datang daripada processor.

Graphic chipset pula adalah komponen penting untuk mengeluarkan display pada laptop.
Kalau graphic chipset rosak, memang tak keluar gambar la kat skrin laptop anda. Dan kos nak tukar chipset ni memang mahal.
Laptop macam vakum

Semua laptop macam pembersih vakum – menyedut udara dari luar melalui lubang udara laptop, biasa dari tepi atau belakang laptop, dan mengeluarkan semula udara panas ke luar.
Malangnya laptop tidak ada beg penapis di mana habuk akan terkumpul di dalamnya dan memudahkan anda untuk buang beg bila penuh.
Kipas laptop tak dapat berfungsi dengan baik.

Selepas beberapa bulan, kipas pasti penuh dengan habuk. Jika tidak dibersihkan, kelajuan kipas akan semakin berkurangan.
Kerana habuk terlalu tebal kipas tak dapat berpusing dengan baik. Juga boleh menyebabkan kipas laptop rosak.
Jika anda tak pernah membersihkan kipas laptop lebih dari 6 bulan, kemungkinan kipas akan penuh dengan habuk (rujuk gambar)
Apa nak buat kalau kipas dan heatsink dah banyak habuk?
Jalan penyelesaian dalam kes ini adalah buang dan bersihkan segala habuk yang dah banyak terkumpul.
Sekiranya anda kurang pengalaman atau tidak yakin, jangan buat sendiri kerana ada kemungkinan berlaku shortage pada motherboard dan boleh rosak.
Sesetengah laptop yang baru mempunyai penutup boleh tanggal khas di belakang untuk akses mudah kepada heatsink dan kipas .
Tetapi kebanyakan laptop sekarang terpaksa buka semua komponen untuk bersihkan heatsink dan kipas.
Thermal paste dah kering dan keras

Satu lagi masalah ialah thermal paste di antara heatsink dan processor atau graphic chipset dah kering dan keras.
Sekiranya masalah ini berlaku disarankan untuk tukar thermal paste tersebut sebab ia membantu mengurangkan suhu pada laptop anda.
Kalau anda membiarkan thermal paste tidak ditukar, ada kemungkinan komponen-komponen motherboard anda akan overheat.
Jangan letak/guna laptop atas katil

Jangan gunakan laptop anda di atas permukaan yang lembut, seperti cadar, katil atau sofa. Sebab udara panas tak boleh keluar (lubang tertutup) dan boleh buatkan laptop jadi panas dan overheat.
Kalau kereta overheat, kena stop kereta tepi jalan. Kalau laptop overheat, kena berhenti guna dan off tapi kita on sampai 6-7 jam tanpa rehatkan laptop.
Anda rasa apa akan jadi pada laptop anda?
Kesan buruk sekiranya anda membiarkan habuk tebal dan suhu yang melampau, kemungkinan motherboard laptop anda akan ada masalah aka rosak.

Kos repair motherboard, tukar grafik chipset dan processor sangat mahal sehingga mencecah ratusan ringgit.
Jika dibandingkan dengan servis Clean Dust (TOTAL CLEAN komponen dalaman laptop termasuk kipas, heatsink dan tukar thermal paste baru), harganya lebih murah dan anda mampu mencegah dari berlakunya kerosakan yang extreme.
Kesimpulannya, haba adalah musuh terbesar untuk laptop. Dengan mengekalkan kebersihan pada kipas dan heatsink, ia dapat tingkatkan jangka hayat laptop anda. InsyaAllah.
NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICES?
Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Services’
Waktu perniagaan
Sabtu – Khamis: 9am – 9pm
Jumaat: 9am – 12pm, 3pm – 9pm
Cuti: Cuti AM
KLIK butang SHARE kat bawah ini untuk kongsi dengan kawan anda dan bantu mereka jimatkan duit.