7 Tanda Laptop Kena Servis. Kalau tak ....

tanda laptop kena servis

Ramai antara kita yang tak tahu apa tanda laptop  kena servis. Dust cleaning merupakan satu servis yang pengguna laptop selalu ambil ringan. 

Kali ini saya akan kongsikan pada anda 7 tanda laptop anda kena servis. Kalau tak buat, masalah lain boleh datang datang dan yang pasti kos untuk repair semula laptop jauh lebih besar. Jangan menyesal pula nanti ye.

Jom tengok apakah tanda-tanda yang boleh anda kenal pasti. Kalau ada tanda-tanda ni, anda boleh ke kedai yang berdekatan dengan anda untuk servis.

1. Guna laptop lebih dari 2 tahun

tanda laptop kena servis

Satu situasi di mana laptop anda dah berusia lebih 2 tahun. Dalam tempoh tersebut, laptop anda telah terdedah kepada habuk karpet, bulu kucing, habuk kecil yang berterbangan.

Lama kelamaan habuk tadi berkumpul di dalam laptop terutamanya kipas dan heat sink. Dan habuk tersebut semakin tebal sehingga boleh menyekat laluan udara panas dari dalam laptop untuk keluar. Bila udara panas tak keluar, dan laptopmenjadi terlalu panas, itu adlah tanda laptop kena servis.

Ingat! Musuh utama laptop ialah haba. Kalau laptop terlampau panas, itu yang punca terjadinya autoshutdown dan graphic chipset yang mengeluarkan display pada laptop anda juga boleh rosak.

Kalau graphic chipset rosak, boleh lah korek tabung untuk tukar chipset baru sebab kosnya bukannya murah.

2. Kipas laptop berpusing perlahan @ langsung tak berpusing

Situasi di mana anda ON laptop tersebut dan anda dapati kipas laptop berpusing dengan perlahan. Kipas perlahan adalah tanda laptop perlu diservis.

Ini disebabkan banyak habuk-habuk yang telah lama terkumpul pada kipas anda lalu menyebabkan kipas itu berjalan dengan perlahan. Atau kipas juga boleh rosak akibat dari hentakan ataupun impak.

Situasi jadi lagi teruk kalau kipas laptop langsung tak bergerak. Anda pasti boleh agak macam mana suhu laptop kalau kipas rosak. Laptop korang berisiko untuk jadi panas melampau.

3. Laptop berhabuk dan berdebu

tanda laptop kena servis

Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting terhadap keadaan laptop anda. Sebagai contoh anda gunakan laptop di kawasan yang berdebu dan berhabuk adalah sangat tidak digalakkan.

Ini kerana lebih cepat habuk terkumpul dalam laptop anda berbanding penggunaan laptop di tempat yang lebih kondusif. Sekiranya anda dapat melihat ada sisa habuk yang terkeluar daripada laptop anda, ia juga meruapkan tanda laptop kena servis.

4. Suhu dan haba dari laptop, panas dari biasa

tanda laptop kena servis

Tanda laptop kena servis yang seterusnya adalah laptop anda lebih panas daripada biasa. Kebiasaannya anda sendiri yang akan perasan sekiranya berlaku perubahan suhu pada laptop anda walaupun sedikit.

Ini kerana anda sendiri kerap menggunakan laptop tersebut untuk melakukan kerja. Jadi walaupun berlaku sedikit perubahan, anda akan perasan. Sebagai contoh laptop anda panas dari biasa.

Jika anda perasan perubahan seperti ini, cepat-cepat hantar laptop anda untuk servis. Kalau anda tangguh, banyak masalah lain pula yang akan jadi.

5. Kipas laptop berbunyi

tanda laptop kena servis

Ada tak kedengaran bunyi bising atau pelik di bahagian kipas laptop anda? Faktor yang menyebabkan masalah ini mungkin disebabkan ada sesuatu yang bergesel dengan kipas laptop tersebut. 

Sebagai contoh gumpalan habuk yang terlalu tebal bergesel dengan bilah kipas atau pun bilah kipas dah patah.

Kipas adalah salah satu komponen untuk sejukkan sistem laptop selain daripada heat sink dan thermal paste.

Kalau kipas tak berfungsi seperti biasa, itu adalah tanda laptop kena servis. Dan anda patut 22buat servis ataupun tukar kipas baru untuk pastikan airflow laptop sentiasa cun.

6. Thermal paste kering

tanda laptop kena servis

Thermal paste yang dah kering dan keras juga menjadi faktor yang menyebabkan laptop jadi panas. Thermal paste diratakan pada bahagian gpu dan cpu, bertujuan untuk menyejukkan processor dan graphic cipset.

Alang-alang anda buat clean dust, periksa sekali thermal paste, masih ok lagi ke tak. Kalau dah kering, terus ganti thermal paste baru.

7. Laptop kerap terpadam sendiri selepas digunakan 30 minit - 1 jam

tanda laptop kena servis

Pernah tak anda ON laptop, dalam masa 30 minit hingga 60 minit tiba-tiba laptop anda terpadam secara mengejut walaupun anda menggunakan bateri dan masih ada kuasa pada bateri tersebut.

Ini mungkin disebabkan laptop anda dah lama tak servis dan bila terlampau panas, laptop akan terpadam sendiri. Ini untuk mengelakkan komponen laptop dari rosak disebabkan haba panas.

NAK DATANG KE KEDAI FR LAPTOP SERVICES?

tanda laptop kena servis

Anda boleh google map / waze & taip 'FR Laptop Services'

Waktu perniagaan
Sabtu – Khamis: 9am – 9pm
Jumaat: 9am – 12.30pm, 2.30pm – 9pm
Cuti: Cuti AM