5 MITOS MENGENAI RAM YANG TIDAK BENAR

Apa jadi kalau kita campurkan 2 RAM yang berlainan size? Atau apa jadi kalau guna 2 RAM yang berbeza? Untuk kali ini saya nak kongsikan 5 mitos mengenai RAM yang patut dihentikan.

RAM atau Random Access Memory adalah salah satu komponen asas kepada komputer, laptop dan juga telefon pintar. Tapi ada banyak kesalahfahaman terhadap RAM.

Tugas RAM adalah untuk menyimpan data sementara ketika gadget anda sedang digunakan. Jadi processor laptop anda tak perlu buat kiraan setiap kali.

Mitos 1: “RAM tak boleh campur size”

Mungkin anda pernah dengar, RAM tak boleh berlainan size, tak boleh berlainan speed, tapi sebenarnya anda boleh campurkan yang berlainan size, berlainan speed. Tak ada masalah pun sebenarnya.

Tetapi jika anda ada campurkan RAM, anda takkan dapat full performance pada laptop anda. Untuk full performance anda memerlukan RAM daripada manufacturer yang sama, jumlah RAM yang sama, speed sama, model yang sama.

 

Mitos 2: “RAM dah cukup, tak perlu tambah dah”

Sebagai peraturan umum untuk komputer, 4GB adalah minimum dan 8GB adalah ukuran yang disyorkan untuk prestasi terbaik bagi pengguna biasa. Pemain permainan, peminat PC, dan profesional yang bekerja dengan grafik, video, atau suara harus mencari 16GB, sementara sistem yang menggunakan 32GB RAM sudah menjadi biasa.

Semakin masa berlalu semakin tinggi syarat yang diperlukan oleh aplikasi untuk run tanpa sebarang masalah. Jika anda mempunyai RAM yang lebih besar, performance laptop anda akan meningkat dan anda juga mempunyai jumlah RAM yang cukup untuk aplikasi yang lainnya.

 

Mitos 3: “Size RAM yang penting”

Mungkin anda rasakan bahawa RAM yang lebih besar bermakna performance lebih padu. Tapi sebenarnya, anda salah. Bukan hanya size yang penting, tetapi dari segi speed, dan juga frequency.

Jika anda upgrade RAM daripada 8GB ke 16GB, anda mungkin tak nampak perbezaan antara sebelum dan selepas. Tetapi jika anda tukar ke RAM yang lebih laju tapi dengan speed yang sama, ia boleh menyebabkan laptop anda perform lebih baik.

 

Mitos 4: “Clearkan RAM untuk lajukan laptop”

Ada yang berpendapat bahawa kita sebagai pengguna laptop harus clearkan RAM untuk lajukan laptop. Dan ini adalah mitos yang paling lama sekali. Idea ini muncul setelah munculnya aplikasi seperti RAM boosters dan Memory optimizer.

Secara pendeknya, jangan kosongkan RAM jika anda ingin laptop anda lebih laju dan mengandungi semua maklumat yang berguna. RAM ini juga tak sepatutnya dibiarkan kosong. RAM menyimpan data sementara, jadi, sepanjang penggunaan laptop ataupun komputer, data-data yang tersimpan adalah penting.

 

Mitos 5: “Kena guna jumlah RAM yang sama”

Mitos yang terakhir adalah kita perlu menggunakan jumlah RAM yang sama. Dan kenyataan ini salah sebenarnya, untuk laptop atau komputer berfungsi seperti biasa, hanya 1 keping RAM diperlukan. Oleh sebab itu kedai ada menjual RAM 1 keping sahaja.

Dan sama seperti point yang pertama, jika anda menggunakan 2 RAM, anda harus memastikan speed, frequency dan size sama agar laptop anda boleh mencapai prestasi yang optimum.

 

Jadi, macam mana pendapat anda? Anda masih percayakan mitos-mitos di atas ini?