1. Usia Laptop Lebih 2 Tahun
Satu situasi dimana laptop anda telah berusia lebih kurang 2 tahun. Dalam tempoh penggunaan ia telah terdedah dengan habuk-habuk yang kecil dan lama-kelamaan ianya berkumpul dan menjadikannya lebih banyak dan tebal.
2. Kipas Bergerak Perlahan
Situasi dimana anda ON laptop tersebut dan mendapati kipas pada laptop anda berfungsi dengan perlahan. Ini disebabkan banyak habuk-habuk yang telah lama terkumpal pada kipas anda lalu menyebabkan kipas itu berjalan dengan perlahan.
3. Laptop Berhabuk
Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting terhadap keadaan laptop anda. Sebagai contoh menggunakan laptop di kawasan yang berdebu dan berhabuk adalah tidak elok. Ini kerana lebih cepat habuk terkumpul ke laptop anda berbanding di tempat yang lebih kondusif.
4. Laptop Lebih Panas Dari Biasa
Kebiasaannya anda sendiri yang akan perasan sekiranya berlaku perubahan pada laptop anda walaupun sedikit. Ini kerana kekerapan anda menggunakan laptop tersebut untuk melakukan tugas dan walaupun berlaku sedikit perubahan anda akan perasan sebagai contoh laptop anda panas dari biasa.
5. Kipas Laptop Berbunyi
Kedengaran bunyi bising atau pelik di bahagian kipas laptop anda? Faktor yang menyebabkan masalah ini berkemungkinan disebabkan ada sesuatu bergesel dengan kipas laptop tersebut. Sebagai contoh gumpalan habuk yang terlalu tebal dan bergesel dengan habuk atau pun bilah kipas patah.
6. Thermal Paste Kering
Thermal paste juga menjadi faktor yang menyebabkan laptop panas. Ini kerana tujuan thermal paste adalah untuk disapukan di bahagian gpu dan cpu, bertujuan untuk menyejukkan komponen laptop anda. Alang-alang anda buat clean dust periksa thermal pasta itu ok lagi ke tak.
7. Laptop Shutdown Automatically
Pernah tak anda ON laptop, dan dalam masa 30 hingga 60 minit penggunaan tiba-tiba laptop anda terpadam secara mengejut walaupun anda menggunakan bateri laptop dan masih ada kuasa pada bateri tersebut. Ini mungkin disebabkan laptop anda dah lama tak servis dan bila terlampau panas laptop akan terpadam.
