Spesifikasi
- Intel Core i3-7100U
- Intel HD Graphics 620
- 4GB memory
- 1TB 5,400RPM HDD
- 15.6 inches screen with Full HD resolution
- 802.11a/b/g/n/ac WiFi with Bluetooth
Rekabentuk
Rangka Aspire E 15 ini diperbuat daripada plastic berwarna hitam yang kuat dan penutupnya pula berwarna kelabu gelap dan ia mempunyai corak seakan-akan aluminium yang telah diberus. Binaan laptop ini juga kukuh, apabila ditekan kuat, tiada bunyi yang terhasil menandakan kukuhnya laptop ini.
Skrin dan Bunyi
Jarang sekali kita dapat melihat skrin Full HD pada laptop bajet. Skrin E 15 ini memberikan warna yang cukup terang dan gambar yang jelas.
Speaker E 15 ini pula cukup kuat untuk memnuhi ruang bilik bersaiz sederhana. Ia boleh mengasingkan bunyi pada lagu menjadikan ia lebih nikmat untuk didengari, Ada sedikit bunyi pecah apabila berterusan menggunakan full volume.
Keyboard dan Touchpad
Pada laptop ini Acer juga cuba mengubah ciri-ciri kebiasaan laptop bajet, iaitu keyboard yang tak memuaskan, tetapi pada E 15 ini ia memberikan rasa yang selesa ketika menaip tanpa sebarang masalah.
Touchpadnya juga cukup besar dan swipe, click dan multi gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Prestasi
Laptop ini kalau diikutkan dengan harganya, sudah cukup berbaloi untuk didapatkan. Dengan harga bajet, ia boleh digunakan untuk kerja sekolah ataupun pejabat dalam tempoh 8 jam kerana itu adalah durasi ketahanan bateri laptop ini.


