Spesifikasi
- Intel Core m3 6Y30 processor
- Intel HD Graphics 515
- 4GB memory
- 64GB eMMC storage
- 12.5 inches touch screen with Full HD display
- 802.11ac dual band 2×2 with Bluetooth 4.0
Rekabentuk
Dengan binaan daripada aluminium, ia menjadikan Chromebook Flip ini kelihatan seakan-akan MacBook, jika pada sekali imbas. Hingenya cukup stabil dan ia cukup mudah untuk digerakkan untuk menjadikannya sebagai tablet.
Skrin dan Bunyi
Skrin Flip ini bersaiz 12.5 inci dan ia mempunyai resolusi Full HD yang meberikan warna yang cukup cantik dan skrinnya juga cukup terang.
Speaker Flip ini juga cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana, tetapi kualiti bassnya agak rendah dan keengaran agak keras.
Keyboard dan Touchpad
Keyboard Flip ini adalah full size dan ianya mempunyai backlighting yang terang. Butang-butangnya juga sedap ditekan tanpa memrlukan daya yang begitu kuat.
Touchpadnya pula dapat digunakan dengan begitu tepat tanpa sebarang masalah. Ia juga menyokong fungsi swipe, click dan juga multi-gestues tanpa sebarang masalah.
Prestasi
Banyak ciri-ciri bagus yang boleh disukai pada Asus Chromebook Flip ini seperti rekaan aluminium yang elegan, skrin yang berwarna warni, jangka hayat bateri yang lama, performance yang solid, dan juga 2-in-1 design.


