Cara Untuk Tingkatkan Jangka Hayat Bateri Mac – Part 2

6. MENGURUSKAN APLIKASI YANG INTENSIF/HEAVY DUTY

Secara umumnya, rouge apps atau heavy duty programs merupakan aplikasi yang intensif yang menggunakan banyak kuasa dari bateri anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah memastikan aplikasi seperti ini dipadam setelah anda tidak lagi menggunakannya lagi.

Amalkan tabiat untuk memadamkan aplikasi seperti ini. Sebagai contoh aplikasi yang intensif adalah, photoshop, 3D, music & video editing, games dan lain-lain.

  • Buka activity monitor dari aplications
  • Pilih utilities
  • Klik pada cpu tabs
  • Sekiranya ada aplikasi yang menggunakan lebih dari 70 peratus kuasa dari cpu
  • Double click aplikasi tersebut dan pilih quit untuk memadamkan aplikasi itu.
7. DISABLE KEYBOARD BACKLIT

Sekiranya runtin harian anda berkerja dalam keadaan yang gelap tidak mengapa untuk membiarkan backlit keyboard menyala. Akan tetapi anda juga perlu mempertimbangkan untuk memadamkan backlit keyboard tersebut sekiranya anda sedang melakukan kerja pada keadaan yang terang dan cerah.

Anda hanya perlu menekan butang F5 pada keyboard anda untuk memadamkan backlit keyboard tersebut.

Tidak boleh dinafikan bahawa backlit keyboard merupakan feature yang bagus dalam MacBook, tetapi dengan hanya membiarkan ia untuk tempoh yang lama boleh menggurangkan jangka hayat kuasa bateri anda.

 8. MONITOR BATERI MACBOOK ANDA

Tahukah anda boleh periksa health bateri MacBook tersebut dengan cara menggunakan aplikasi battery health anda boleh download aplikasi ini secara percuma. MacOS anda tidak di datangkan dengan aplikasi ini.

Aplikasi ini akan memaparkan skor keseluruhan health battery anda bersama-sama dengan kapasiti charging anda. Setelah install aplikasi tersebut, memaparkan feature anggaran baki kuasa dari bateri tersebut.

9. TURN OFF TURBO BOOST

Turbo boost merupaka feature dari intel CPU, dimana anda boleh enable overclock. Jika anda menggunakan Retina MacBook, Macs anda akan menyokong feature ini (pastikan anda periksa dahulu spesifikasi model dari website apple).

Jika anda menggunakan 15-inch MacBook Pro, disable turbo boost dan anda akan nampak perubahan yang positif pada jangka hayat bateri anda walaupun hanya sementara.

10. FAKTOR PENGGUNAAN ANDA SENDIRI

Apa yang saya boleh katakana adalah tabiat anda menggunakan Mac tersebut boleh mempengaruhi berapa lama hayat bateri itu boleh bertahan. Dengan cara yang betul dan sistematik dapat menjimatkan penggunaan bateri tersebut.

Scenario yang boleh ditunjukkan adalah dengan menonton filem full HD dengan brightness yang paling cerah ketika menonton, membolehkan battery Mac tersebut bertahan lebih kurang 3-4 jam. Tetapi jika digunakan dengan cara yang betul dan sistematik anda boleh lihat akan perubahan tersebut.

 

Cara Untuk Tingkatkan Jangka Hayat Bateri Mac – Part 1

Dari masa ke semasa, teknologi apple meningkat dan produk seperti MacBook semakin maju dan setiap tahun design akan bertukar dan semakin nipis, akan tetapi jangka hayat untuk bateri tersebut masih di tahap yang sama. Ini membuatkan sesetengah pengguna tegar produk tersebut berasa hairan.

Produk MackBook yang berada dipasaran sekarang ini sangat hebat dari segi performance, tahap hayat bateri masih sama seperti model yang sebelumnya. Kadang-kadang 4 jam jangka hayat bateri dari MacBook Pro tidak mencukupi.

Jadi apa yang anda boleh lakukan?

1. UPDATE TO LATEST OS

Berkenaan MacBook Pro 2016 kebanyakkan mengalami masalah paparan bateri yang tidak tepat

isu paparan turun naik bateri boleh diselesaikan dengan update latest MacOS Sierra, sekiranya MacBook Pro anda keluaran 2016 dan menghadapi isu berkenaan bateri, apa yang patut anda lakukan dahulu adalah update latest OS dan software. Ini kerana terdapat bugs pada software.

2. CHECK KONDISI BATERI

Jika anda mengalami masalah dengan jangka hayat beteri, terutamanya jika MacBook anda mati dalam masa kurang dari 1 jam, maksudnaya bateri anda perlu di tukar. Sekiranya Mac anda still anda warranty saya nasihatkan pergi Mac care center untuk check.

Anda boleh check Mac dengan cara, klik gambar bateri icon dekat menu bar sambil hold key option.

Sekiranya paparan Condition Normal, jadi bateri itu tiada masalah. tetapi sekiranya bateri itu bermasalah, akan ada paparan Replace Soon. Itu bermaksud anda perlu tukar bateri Mac anda.

3. BERALIH KE SAFARI BROWSER

Serius, ini adalah satu-satunya perkara yang akan memberi impak yang sangat ketara terhadap penggunaan bateri anda. Mudah sahaja anda hanya perlu beralih kepada safari browser dari chrome boleh meningkatkan hayat bateri anda dengan 1-2 jam bergantung pada tahap penggunaan anda.

Saya telah menggunakan kedua-dua browser ini safari dan chrome. Berlaku perbezaan yang sangat ketara semasa menggunakan chrome dan safari. Sebab inilah saya bertukar kepada browser safari.

4. CUSTOMIZE ENERGY SAVER MODE

MacOS dilengkapi dengan Energy Saver Mode bertujuan untuk membantu anda memaksimakan penjimatan hanyat bateri. Dalam system preferences, pilih energy saver.

  • Dari slide bar, anda boleh set masa berapa lama screen akan menyala sebelum terpadam sekiranya anda tidak menggunakannya.
  • Pada setting dibawah tick slightly dim display when on battery power dan tick put harddisk to sleep when possible.
5. DIM YOUR SCREEN

Percaya atau tidak, skrin laptop adalah salah satu daripada komponen yang banyak menggunakan kuasa bateri. Lebih cerah brightness skrin laptop anda lagi banyak kuasa bateri yang digunakan bergantung pada level brightness anda.

Anda boleh lakukan dengan menggunakan function F1 dan F2 pada keyboard. Anda juga mungkin mahu disable function automatic brightness. Pergi ke system preferences > pilih display.

Tips Penjagaan Selepas Tukar Skrin

  • Jangan hempap laptop anda dengan benda berat sebagai contoh buku-buku
  • Jangan tutup laptop dengan kasar (bukan tutup laptop shutdown, tapi tutup body laptop)
  • Jangan menekan skrin tersebut (boleh menyebabkan retakan atau kerosakan pixel pada skrin tersebut)
  • Gunakan beg laptop yang sesuai (beg biasa dengan beg laptop berbeza kerana beg laptop lebih tebal berbanding beg biasa yang nipis)
  • Elakkan laptop anda dari terjatuh atau terhentak (kemungkinan untuk skrin laptop crack adalah tinggi)
  • Jangan biarkan anak kecil bermain laptop anda tanpa pengawasan anda (macam-macam boleh berlaku kalau anda tidak mengawasi mereka)

Tips Penjagaan Selepas Tukar Keyboard

  • Jauhi keyboard dari sebarang cecair (elak dari tertumpah air pada keyboard)
  • Jangan tekan keyboard terlalu kasar,ganas ( keyboard baru kalau dah tukar tapi tekan macam terlampau kasar sekejap je boleh rosak balik, guna macam biasa je)
  • Guna keyboard protector ( untuk melindungi keyboard dari habuk masuk ke bawah butang keyboard, boleh tersekat butang tu/ contoh paling senang abu rokok)
  • Jangan main terlalu lama dengan mengunakan keyboard ( sebab kalau main game comfirm banyak tekan butang keyboard, lama-lama tombol dalam keyboard tu rosak)
  • Jauhi dari kanak-kanak (budak-budak kecil ni bukan tahu apa pun, anda tak sedar dorang ketuk-ketuk keyboard tu)
  • Kalau nak main game yang banyak pakai keyboard, digalakkan guna keyboard external (keyboard external tahan lasak)

Tips Penjagaan Selepas Tukar Graphic Chipset Baru

  • Jangan main laptop atas permukaan fabric (katil,tilam,bantal dan lain-lain sebab menghalang laluan udara)
  • Jangan main di kawasan yang panas (suhu dan haba yang panas merupakan musuh utama laptop anda)
  • Gunakan direct fan disebelah kiri atau kanan laptop anda ( direct fan macam ni anda boleh beli di kedai accessory laptop, dan membantu menyejukan laptop anda)
  • Jangan on laptop terlalu lama (elak dari on laptop straight 4 jam ke atas kalau boleh off dulu 30minit untuk komponen laptop tu sejuk, motherboard tu repair jadi anda tidak boleh lenjan macam laptop baru)
  • Lakukan servis clean dust & thermal paste sekurang-kurangnya 6 bulan sekali ( untuk mengelakkan dari kipas laptop penuh dengan gumpalan habuk dan thermal yang kering perlu ditukar)
  • Elak dari menggunakan extension cord yang berlebihan (takut berlaku power circuit)
  • Pastikan adapter laptop anda dalam keadaan yang baik (jangan ada wayar terkeluar)
  • Jangan minum atau meletakkan cecair berdekatan dengan laptop anda (tertumbah cecair pada laptop nanti boleh mendatang lagi banyak masalah)