Masalah : Laptop Auto SLEEP @ HIBERNATE

Tengah buat kerja FYP dan asignment, tiba tiba je laptop auto sleep atau auto hibernate. Jangan risau ada cara yang kita boleh buat sendiri. Anda boleh cuba cara di bawah ni.

STEP 1

Pergi ke CONTROL PANEL> VIEW BY CATEGORY.

Tukar kepada SMALL ICON> klik POWER OPTION> pilih CHOOSE WHEN TO TURN OFF THE DISPLAY> SET ALL TO NEVER.

STEP 2

Start Menu > Run cmd as administrator > powercfg.exe/hibernate off(enter) > exit(enter)

Type powercfg.exe /hibernate off (untuk off hibernate)
Type powercfg.exe /hibernate on (untuk on hibernate)

Jika anda sudah cuba tips di atas dan masih tidak berjaya, anda boleh rujuk dengan technician kami dan check masalah laptop tu.

#SHARE tips ini kepada rakan-rakan yang mengalami masalah ini.

Laptop Anda Slow? Punca & Penyelesaian – Part 1

LAPTOP ANDA SLOW?

Laptop anda slow? FR tau korang semua mesti ada sekurang-kurangnya 1-2 laptop kat rumah kan. Bila cerita pasal laptop ni ada banyak sebenarnya topik yang FR boleh share. Tapi hari ni FR nak cerita 1 topik je la iaitu masalah laptop anda slow? Untuk setiap masalah mesti ada punca dan cara penyelesaian.

Ada tak?

Kalau ada, mesti korang rasa bengang, macam nak hempuk je laptop tu. Ok hari ni FR akan kongsikan info mengenai Punca Laptop Anda Slow. FR akan senaraikan 10 punca & penyelesaian dan akan terangkan satu per satu.

laptop anda slow

Punca Laptop Anda Slow

1. Masalah Hard Disk

Punca yang pertama yang buat laptop anda slow berkemungkinan adalah hard disk. Hard disk tu ape? Hard disk tu komponen laptop yang simpan semua data, file, gambar, video, music termasuk operating system yang biasa kita panggil Windows.

Yang ni parah sikit. Kenapa lak parah? Ye la, dah la fail-fail penting macam gambar kawin/family, fail kerja dan macam-macam lagi lah, semua kat dalam hard disk tu.

Kalau boleh read lagi hard disk tu ok je copy balik data-data kat dalam. Ni kalau hard disk tu total lost, tak boleh nak detect, read, corrupt, habis tak boleh nak buat ape dah.

So apa yang boleh kita buat? Barang elektronik ni kita tak boleh nak expect bila nak rosak, mungkin esok, lusa, pun boleh rosak.

FR bagi tips:

  • Hard disk sangat sensitive. Anggap je fragile macam kaca (handle with care).
  • Jangan lasak-lasak, elak dari terjatuh, terhentak. Kalau jadi macam ni cepat hard disk tu rosak.
  • Jangan suka sangat sleep/hibernate untuk jangka masa yang lama. Kalau dah siap kerja tu tutup je laptop.
  • Panas sangat pun tak boleh, overheat pun boleh buat hard disk rosak.

Penyelesaian:

  • FR nasihatkan supaya korang semua buat backup data kat tempat lain. Contohnya save data-data penting kat external hard disk, pendrive, laptop lain, atau pun dekat cloud storage.
  • Hard disk yang rosak tu tukar baru, kalau hard disk lama boleh read lagi copy je data-data dekat hard disk yang baru.
  • Terbaru sekarang ni SDD, 10x ganda laju dari hard disk normal @ HDD. Memang berbeza kelajuan compare dengan hard disk biasa.

laptop anda slow

 

2. Add-Ons Pada Browser

Yang kedua, punca laptop anda slow selalunya disebabkan oleh banyak sangat addons pada browser.

Untuk mereka yang tak tau Browser Add-Ons tu ape, FR akan explain. Browser tu yang kita selalu guna time nak surf internet contoh, Internet Explorer, Mozilla dan Google Chrome. Add-Ons pulak extensions programs yang biasa kalau kita download free software kat internet kadang-kadang package sekali masa downloads.

Banyak sangat Browser add-ons tak elok sebenarnya. Sebab ada sebahagian add-ons boleh memudaratkan performance laptop, tapi bukan semua.

Tips untuk dikongsikan:

  • Masa download atau install software dari internet tu tengok betul-betul ada tak box kecik untuk install software lain yang di offer. Kalau ada untick je untuk mengelakan daripada install sekali add-ons yang tak berguna.
  • Download software kat website yang trusted.

Penyelesaian:

  • Check bahagian extensions kalau ada add-ons yang tidak digunakan, delete je.
  • CHROME: klick icon bawah X dekat browser > setting > pilih extensions> untick atau delete mana-mana add-ons yang tak perlu.

laptop anda slow

3. Buka Terlalu Banyak Aplikasi Dalam Satu Masa

Sebab yang ketiga laptop anda slow adalah buka terlalu banyak aplikasi dalam satu masa.

Ok FR akan bercerita sikit pasal masalah ni. Masalah ini pasti ramai antara korang semua selalu lakukan. FR tak nafikan, FR sendiri pun buat perkara yang sama pada laptop. Tapi kalau korang buat benda macam ni biasa kalau dah lama sikit mula terasa laptop anda slow, betul tak?

Mana tak slow laptop tu ye la, run banyak sangat apps atau programs dalam satu masa yang sama. Ok FR bagi contoh, guna software PHOTOSHOP, ILLUSTATOR, VIDEO EDITTING, YOUTUBE dan lain-lain lagi. Kadang-kadang buka PHOTOSHOP dengan YOUTUBE pun boleh jadikan laptop anda slow.

Keupayaan laptop untuk menjalankan beberapa programs dalam satu masa yang sama bergantung kepada RAM (random access memory).

Tips untuk dikongsikan:

  • Kurangkan buka terlalu banyak programs dalam satu masa.
  • Tutup program atau apps yang tidak digunakan
  • Padam program yang tidak digunakan selepas siap kerja.

Penyelesaian:

  • Kalau korang kerap buat kerja multitasking dinasihatkan supaya tambah RAM untuk support laptop tu.

4. Buka Terlalu Banyak Tab Pada Browser

Ke-empat, punca yang buat laptop anda slow adalah buka banyak sangat tab pada browser pilihan anda.

Yang ini confirm ramai yang buat, suka buka banyak tabs kat browser laptop. Kalau buka terlalu banyak tabs ia menggunakan  lebih banyak memory RAM.

Dengan membuka terlalu banyak Browser pun boleh melambatkan kerja-kerja korang. Kesannya sama macam buka berpuluh-puluh open tabs. Kalau open tabs yang dibuka tu ada function auto-refesh lagi la bertambah lembab laptop tu nanti.

Penyelesaian:

  • Tambah RAM kalau RAM laptop tu kecil
  • Kurangkan buka open tabs yang tak digunakan
  • Padam open tabs yang tidak digunakan selepas siap kerja.

laptop anda slow

5. Penggunaan Software Berat

Sebab yang kelima punca laptop anda slow adalah, penggunaan software yang berat pada laptop dengan spesifikasi tak berapa tinggi.

Apa tu Software Berat? Software yang memerlukan spesifikasi laptop yang tinggi seperti RAM, Graphic Card dan Processor. Contoh, software 3D, photoshop, premiere, editing dan lain-lain lagi.

Ini kerana software seperti ini menggunakan banyak memory dari RAM dan Graphic. Processor juga memainkan peranan supaya programs ini berjalan dengan lancar. Kalau laptop tu low spec/ spec rendah, comfirm masa run programs tu ada kemungkinan slow, lembab, lambat tak pun hang.

Tips untuk dikongsikan:

  • Pastikan laptop korang mempunyai specifikasi yang cukup untuk menjalan program tersebut bagi mengelakkan dari berlakunya masalah.
  • Jangan menggunakan perisian ataupun programs diluar kemampuan laptop.
  • Monitor program apa yang menggunakan memory yang banyak. ( open task manager ( ctrl+alt+del> pilih bahagian processes).
  • Padam/buang programs tidak lagi digunakan.

Penyelesaian:

  • Upgrade RAM kalau RAM tak cukup.
  • Pakai SSD kalau nak program yang berjalan, running dengan cepat.
  • Sebelum beli laptop pastikan software yang nak digunakan sesuai dengan spec laptop.

Graphic card boleh upgrade khas untuk PC. Laptop tak boleh upgrade graphic tau.

FR rasa macam dah terlebih panjang pulak artikel kali ini. Ini baru part 1. Nanti FR sambung part 2. Ada lagi 5 punca kenapa laptop anda slow dan FR akan bagi terus penyelesaian. Korang terus boleh buat. Tak perlu nak tungu-tunggu.

Sebelum tu, boleh FR minta tolong sikit tak? Tekan button share kat bawah ni. Biar lebih ramai yang tahu cara nak selesaikan masalah laptop slow.

FR yakin ramai yang ada masalah laptop lembap, macam FR jugak lah. Ok lah, jumpa lagi dalam artikel seterusnya ya.

laptop anda slow

7 Cara Untuk Elak Laptop Panas dan Mati

elak laptop panas dan mati

Laptop sudah semestinya adalah keperluan pada masa kini. Hampir di semua industri termasuk sekolah memerlukan laptop. Tetapi laptop ini cenderung untuk rosak jika tidak dijaga dengan balik, jangan risau, kami akan kongsikan 7 cara untuk elak laptop panas dan mati.

Apabila kerap penggunaannya, seperti menggunakan aplikasi pengeditan gambar dan video, permainan video, dan buat masa yang lama, masalah ‘overheat’ akan timbul. Simptom-simptom yang menunjukkan laptop anda mempunyai masalah ‘overheat’ adalah:

  • Laptop menjadi terlalu panas pada bahagian ‘exhaust fan’.
  • Kipas laptop berpusing dengan laju dan menyebabkan bunyi bising.
  • Laptop terpadam sendiri apabila dalam keadaan ‘idle’ dan juga ketika bermain ‘game’.

Kebanyakan masalah ‘overheat’ berpunca daripada saluran angin yang tertutup atau tersumbat.

Ketika kipas mengambil angin dari luar, habuk dan rambut yang berada dibawah laptop berkemungkinan disedut sekali dan menyebabkan saluran angin tersumbat.

Apabila saluran angin tersumbat, laptop akan menjadi panas, dan menyebabkan ia ‘auto shutdown’ sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan kerosakan yang kritikal pada laptop.

Macam mana nak elak laptop panas dan mati?

Jom kita tengok 7 cara kat bawah ni.

 

7 Cara Elak Laptop Panas Dan Mati

1. Pastikan Laluan Angin Dalam Keadaan Yang Baik

Cara yang pertama untuk elak laptop panas dan mati adalah gunakan laptop di atas permukaan yang rata dan licin. Juga letakkan sesuatu seperti buku dibawah bahagian bateri laptop, untuk memastikan laluan angin berjalan dengan lancar.

Jangan letakkan laptop di atas tilam atau bantal, kerana ia akan mennyekat laluan angin dan juga akan menyebabkan laptop panas dan mati.

elak laptop panas dan mati

2. Menggunakan ‘Cooling Pad’

Satu aksesori tambahan iaitu cooling pad kita boleh gunakan untuk elak laptop panas dan mati. ‘Cooling pad’ berfungsi untuk mengurangkan haba laptop dengan mengalirkan udara ke dalam laptop melalui bawah laptop.

Jangan lupa untuk membersihkan ‘cooling pad’ sekali-sekala agar ia dalam keadaan yang bersih dan baik. Jika ia berhabuk dan kotor, ia akan menjadi merbahaya kepada laptop, kerana habuk-habuk itu akan masuk kedalam laptop dan boleh menyebabkan laptop panas dan mati.

elak laptop panas dan mati

3. Kekalkan Persekitaran Yang Sejuk

Untuk elak laptop panas dan mati anda boleh gunakan laptop didalam kawasan yang sejuk, atau berhawa dingin untuk mengelakkan daripada ‘overheat’.

Persekitaran dengan suhu yang tinggi adalah tidak elok untuk laptop kerana ia turut menyebabkan laptop menjadi panas.

4. Menukar Tetapan Laptop

Untuk elak laptop panas dan mati, tetapan laptop juga boleh memberi kesan kepada

  • Menutup tetapan ‘overclock’. ‘Overclocking’ menyebabkan laptop lebih panas daripada biasa kerana ia memaksa ’CPU’ menggunakan voltan yang tinggi untuk berfungsi dengan lebih laju dan stabil.
  • Tukarkan ‘Power Setting’ daripada ‘High Performance’ kepada ‘Balanced’ atau ‘Power Saver’. ‘Balanced’ menurunkan kelajuan ‘CPU’ ketika tidak digunakan, dan meningkatkan kelajuan apabila laptop perlukan. ‘Power Saver’ pula mengekalkan kelajuan yang minima.
  • Menurunkan kadar kecerahan. Dengan mengurangkan kadar kecerahan ia dapat membantu laptop untuk menggunakan kurang tenaga dan mengurangkan haba.

5. Membersihkan kipas dan heatsink

Kipas laptop yang digunakan secara terus-menerus dan menyebabkan habuk-habuk berkumpul. Habuk tebal akan mengurangkan kelajuan kipas berputar serta menghalang angin panas dari keluar.

Bersihkan dengan penuh hati-hati agar tiada habuk yang masih tinggal. Tips ini mungkin sukar bagi yang baru pertama kali untuk membuka laptop.

elak laptop panas dan mati

6. Ganti Thermal Paste

Thermal paste digunakan sebagai penghantar haba kepada heatsink.

Setelah digunakan lama, ia akan kering dan keras dan perlu ditukar untuk memastikan haba dapat dihantar dengan baik dan memastikan suhu laptop anda juga kekal rendah.

elak laptop panas dan mati

7. Rehatkan Laptop

Apabila anda telah menggunakan laptop untuk bekerja atau bermain pada jangka masa yang lama, lebih baik anda mengambil masa untuk mematikan laptop, untuk memberikan ia masa untuk berehat.

Seperti manusia, laptop juga perlu rehat setelah melakukan kerja-kerja berat atau bermain permainan video. Pastikan juga laptop dimatikan sepenuhnya.

Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, boleh klik button share untuk kongsi dengan kawan-kawan anda.

10 Punca Kenapa Laptop Slow Sangat

“Kenapa laptop slow sangat masa aku nak siapkan kerja bos bagi ni. Nak bukak word je pun, tapi lambat nak loading. ARRRGGHHHHHHHHHHH!!!!! ”

Pernah tak anda rasa camni? Biasa la tu bila laptop SLOW memang boleh naik darah kan. Takpe, setiap masalah ada cara nak setelkan.

Jom saya terangkan apa punca kenapa laptop slow sangat.

 

10 Punca Kenapa Laptop Slow Sangat

1. Processor bawah 2.0GHz

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-1

Sebab yang pertama punca kenapa laptop slow adalah disebabkan oleh processor laptop yang rendah. Tapi, macam mana nak tahu processor anda rendah atau tak?

Cara nak check:

Pengguna windows.

A. Right click My Computer –> Properties

B. Tengok kat bahagian processor –> berapa GHz?

Pengguna Macbook.

A. Click logo Apple –> About this macbook

B. Tengok bahagian processor –> Berapa GHz?

Kalau atas 2.0 tapi still slow, ada masalah la tu dengan laptop anda.

Kalau bawah 2.0, saya cadangkan upgrade ram kepada maximum.

 

2. Kipas laptop dah rosak (overheating)

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-2

Masalah overheat juga boleh punca kenapa laptop slow disebabkan dia akan turunkan performance processor untuk turunkan suhu laptop.

Cara check, tak dengar bunyi kipas ATAU tak rasa angin keluar kat lubang (airflow) kat laptop anda.

Saya nasihatkan hantar ke kedai untuk technician check betul atau tak kipas dah rosak.

 

3. Hard disk ada bad sector

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-3

Punca ketiga kenapa laptop slow adalah mungkin disebabkan oleh hard disk yang ada masalah. Cara check, biasa saya guna Hiren. Software ni ada tunjuk percentage health hard disk anda.

Kalau bawah 99% memang had disk ada masalah. Standard dah guna lebih 2 tahun, hard disk mula problem.

Kalau health dah turun, saya nasihatkan cepat backup data kat external hard disk, takut total lost nanti (corrupt).

 

4. Virus infected dekat file

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-4

Ni memang best! Virus adalah salah satu punca popular kenapa laptop slow. Dan virus ni datang menyerang tanpa amaran.

Yang tak best bila file jadi shortcut, ada keluar shortcut (1,2,3,4) dan lain-lain lagi.

Sebelum scan laptop, tolong update dulu antivirus. Dah update, baru scan.

 

5. Banyak program yang di install (jadi berat / lag)

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-5

Kalau ada software-software yang tak guna atau jarang guna, saya nasihatkan uninstall je.

Sebab software yang tak digunakan ni akan jadi punca kenapa laptop slow.

 

6. Tak ada antivirus @ dah outdated

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-6

Bila anda check ada masalah ni, tukar atau install antivirus baru. Tak ada antivirus memang boleh jadi ouna kenapa laptop slow.

Jangan sebab nak jimat duit, file-file habis tak dapat recover sebab virus. Tak berbaloi kan?

 

7. File TEMP yang terlalu besar (junk files)

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-7

Punca kenapa laptop slow yang jarang pengguna Windows tahu, adalah ada banyak sangat TEMP files yang tak penting, dan perlu dibuang.

A. Tekan Start –> Taip Run

B. Taip %TEMP% –> Enter

C. Select all semua file, kemudian delete.

Semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah, anda boleh free space size HDD anda.

Delete semua tau. Sebab buat semak je space hard disk laptop anda.

 

8. Spec laptop terlalu lama (dah lebih 5 tahun)

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-8

Yg ni saya tak boleh buat apa. Sebab confirm processor pun yang lama punya. Kalau barang dah lama, memang tak perlu tanya dah kenapa laptop slow.

Tapi selagi tak rosak, jangan tukar laptop lagi. Pakai selagi boleh pakai.

 

9. Banyak start up program running

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-9

Download CCleaner, software ni boleh disable atau delete terus startup program yang tak penting.

Bila banyak startup running, masa on memang jadi punca kenapa laptop slow.

 

10. RAM bawah 2GB

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-10

Sebab yang terakhir kenapa laptop slow adalah disebabkan jumlah RAM bawah 2GB. Cara untuk check :

Pengguna Windows.

A. Right Click My Computer –> Properties

B. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB?

Pengguna Macbook.

A. Click logo Apple –> About this macbook

B. Tengok bahagian RAM –> Berapa GB

Kalau bawah 2GB, tambah RAM untuk lajukan laptop anda.

 

kenapa laptop slow

kenapa-laptop-slow-11

Tingkatkan Kelajuan Laptop Anda Dengan 10 Tips Ini!

Bengang tak bila nak buat kerja, masa tu la laptop slow dan hang? Masa tu rasa nak hempuk je laptop tu kan. Saya pun pernah rasa camni. Anda boleh cuba 10 tips ni, insyaALLAH boleh tingkatkan kelajuan laptop anda sehingga 50%.

Tolong SHARE untuk manfaat kawan-kawan kita.

1. Gunakan software Ccleaner

Yang pertama sekali yang anda boleh lakukan untuk tingkatkan kelajuan laptop adalah dengan menggunakan CCleaner untuk buang fail yang tak lagi diperlukan dalam laptop anda.

A) taip kat google ‘ download ccleaner ‘

B) dah siap download, install dulu

C) tekan ‘ Run Cleaner ‘

D) tekan ‘ Registry –> Scan for Issues –> Fix Selected Issues –> No –> Fix All Selected Issues –> OK

2. Uninstall software yang tak digunakan

Yang kedua, dengan menggunakan CCleaner anda boleh buang mana-mana software yang tak lagi diperlukan untuk tingkatkan kelajuan laptop anda.

A) Guna CCleaner

B) Tekan ‘ Tools –> Uninstall mana programs yang tak / jarang guna

__________________________________________________________________

A) Windows Control Panel

B) Tekan Uninstall Program > Uninstall program yang tak / jarang guna

 

3. Upgrade RAM anda

RAM juga memainkan peranan untuk kebanyakan software sekarang memerlukan RAM yang tinggi sebab software sekarang memerlukan RAM yang tinggi, contohnya untuk meraka yang melakukan  video editting dan rendering tak lupa juga untuk mereka yang membuka banyak apps dalam satu masa.

4. Bersihkan habuk

Bila kali terakhir anda bersihkan habuk laptop?

Jika lebih 6-12 bulan, saya nasihatkan lebih baik buat servis Clean Dust untuk elakkan motherboard overheat dan kos repair dia mahal. Masalah overheat ini boleh menyebabkan laptop kita menurunkan kelajuan untuk menurunkan suhu laptop. Jadi, untuk tingkatkan kelajuan laptop, servis laptop adalah satu kemestian.

5. Defragment sekiranya anda menggunakan hard disk

Satu masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna hard disk biasa adalah fragmentation. Fragmentation ini menyebabkan susunan fail berterabur dan melembabkan proses carian fail di dalam laptop.

Untuk tingkatkan kelajuan laptop, anda boleh defrag untuk menyusun semula fail anda. Dan anda juga boleh mengakses fail dengan lebih cepat.

ELAKKAN DARI DEFRAGMENT SSD ANDA

A) Download kat google ‘ defraggler ‘

B) Dah siap download kemudian install.

C) Pilih drive & tekan defrag

D) Tunggu hingga siap dan sambung dengan drive lain.

6. Anda digalakkan guna SSD (solid state drive)

Sebab SSD ni 10x ganda laju dari HDD biasa. Memang salah satu solution yang terbaik untuk tingkatkan kelajuan laptop anda.

Jika anda banyak gunakan program untuk kerja yang berat (Video editing, rendering), saya cadangkan guna SSD untuk kelajuan yg maksimum.

7. Delete files dalam folder ” %TEMP%”

Bila anda dah gunakan laptop dalam tempoh yang lama, akan ada banyak fail simpanan sementara atau TEMP files akan terkumpul. Dan dengan buang TEMP files ini, anda boleh tingkatkan kelajuan laptop anda.

A) Tekan Start –> Taip Run

B) Taip %TEMP% –> Enter

C) Select all semua file, kemudian delete.

Semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah, anda boleh free space size HDD/SSD anda.

8. Anda dinasihatkan guna cooling fan

Seperti yang saya telah jelaskan, laptop yang overheat juga boleh menyebabkan laptop anda menjadi lebih perlahan, dan dengan laptop cooler anda boleh tingkatkan kelajuan laptop anda.

9. Scan laptop anda seminggu sekali

Laptop anda dah ada antivirus? Kalau dah, berapa kali dah scan?

Saya nasihatkan buat scan seminggu atau sebulan sekali. Buat waktu anda tak gunakan laptop.

Yang ni WAJIB buat untuk tingkatkan kelajuan laptop anda.

10. Disable windows Aero (win 7)

Animasi pada Windows juga boleh memberikan kesan kepada kelajuan laptop. Jika laptop anda berspesifikasi rendah, anda boleh tutup animasi pada Windows untuk tingkatkan kelajuan laptop anda.

A) Right click desktop –> Pilih Personalize

B) Pilih Windows Classic

Memang nampak buruk tapi dapatkan kurang space untuk ram dan sesuai untuk laptop yg RAM bawah 2gb.