5 Tips Terbaik Sebelum Membeli Mouse

Terdapat beberapa faktor yang anda perlu ambil kira apabila memilih mouse yang sempurna untuk komputer dan laptop anda.

Sebelum anda mula membeli-belah, ambil masa anda untuk mempertimbangkan bagaimana anda menggunakan laptop, kerana ini boleh membantu anda dalam pemilihan mouse yang sesuai dengan membuat keputusan yang betul.

Sebagai contoh, jika anda menggunakan laptop di dalam persekitaran kerja dan kekal di stesen kerja sepanjang masa, mouse yang besar, selesa dan mempunyai pelbagai ciri-ciri istimewa adalah lebih sesuai.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda jenis yang sentiasa keluar ke mana-mana, anda mungkin mahu memilih mouse yang lebih kecil dan mudah untuk disimpan.

Sebaik sahaja anda telah menentukan bagaimana anda akan menggunakan mouse tersebut, sekarang adalah masanya untuk melihat beberapa faktor yang lain yang akan mempengaruhi pemilihan anda.

1. ERGONOMIK DAN SAIZ

Pertama dan paling penting, anda perlu mengkaji bentuk dan saiz mouse anda sebelum membuat keputusan untuk membeli. Saiz mouse anda boleh memberi kesan betapa mudahnya untuk menyimpan mouse tersebut ke dalam beg ketika travel.

Ia juga mempengaruhi keselesaan ketika memegang mouse di tangan anda. Jika anda mempunyai tangan yang kecil, mouse yang lebih besar atau berat mungkin membuatkan anda berasa tidak selesa.

Sekiranya anda mempunyai tangan yang besar dengan mouse yang kecil adalah tidak sesuai dengan anda kerana agak sudah untuk memegang dan tidak selesa apabila anda cuba klik butang atau menggunakan roda scroll.

Anda juga perlu mengambil masa untuk berfikir tentang ergonomik, terutamanya jika anda merancang untuk menggunakan mouse anda selama berjam-jam pada satu masa. Rehatkan tangan anda selama seminit dan perhatikan bentuknya.

Jika diperhatikan ia tidak rata? Mouse tidak direka untuk memenuhi kontur tangan anda kerana boleh menyebabkan kesakitan pada tangan dan pergelangan tangan jika anda menggunakan untuk jangka masa lama.

Ini bermakna ia adalah sangat penting untuk anda mempertimbangkan bentuk mouse sebelum membeli.

Sudah tentu, jika anda sedang mencari sesuatu yang lebih mesra traveling, pilihan ergonomik anda akan menjadi lebih terhad kerana sebahagian daripada reka bentuk yang perlu dikorbankan untuk menjadikan mouse itu kecil.

Tetapi untuk model yang lebih besar adalah sesuai untuk digunakan di stesen kerja, ia adalah mudah untuk mencari model yang sesuai dan mempunyai ciri ergonomik yang selesa apabila digunakan untuk tempoh masa yang panjang.

2. WIRELESS ATAU WIRED (menggunakan wayar sambungan)

Untuk zaman sekarang  anda mempunyai pilihan mouse wired atau wireless. Jadi bagaimana anda membuat keputusan? Jika anda kerap traveling, anda patut beli mouse wireless.

Siapa yang mahu berurusan dengan kabel tambahan semasa anda sedang menunggu di airport? Lain lah kalau anda sedang duduk di atas meja sepanjang masa dengan menggunakan laptop, wired mouse lebih sesuai dan anda tak perlu fikir tentang kos menukar bateri wireless mouse sikiranya habis.

3. BUTANG TAMBAHAN

Mouse standard hari ini mempunyai dua butang dengan roda skrol di tengah-tengah. Ini adalah ciri-ciri mouse standard yang menjadi pilihan kita semua sebelum keluarnya teknologi mouse yang baru.

Walau bagaimanapun, terdapat mouse yang menggunakan teknologi yang lebih maju, mempunyai banyak butang di sebelah kanan bahagian ibu jari kita. Butang ini boleh digunakan untuk melayari internet seperti fungsi back dan forward atau digunakan untuk bermain permain (games).

4. SOFTWARE

Kebanyakan mouse di luar sana hanya memerlukan anda untuk menyambungkan ia ke laptop tidak kira anda menggunakan operating system windows mahupun mac os x ia tetap akan berfungsi.

Walau bagaimanapun, kebanyakan mouse yang menggunakan teknologi yang baru seperti mouse gaming kebiasaannya mempunyai software, dimana anda boleh setting fungsi butang tambahan pada mouse tersebut. Harga untuk mouse sebegini adalah lebih mahal berbanding mouse yang standard.

5. BAJET

Seperti biasa, anda perlu melihat bajet anda sebelum memilih mouse untuk dibeli. Mouse datang dengan pelbagai bentuk, saiz dan harga antara mouse murah adalah puluhan ringgit berbanding mouse yang lebih mahal yang mencecah ratusan ringgit.

Sekiranya mouse yang anda suka harganya mahal, pastikan bajet anda mencukupi dahulu sebelum membeli.

Seperti yang anda lihat, terdapat banyak faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah mouse. Faktor-faktor diatas boleh dijadikan penanda aras untuk anda supaya tidak menyesal dikemudian hari, sekiranya mouse yang anda beli itu tidak sesuai dengan anda, kerana tidak berfikir dahulu sebelum membeli.

Ingat jangan membuat keputusan yang terburu-buru, pastikan anda melakukan keputusan yang bijak sebelum membeli di kedai atau pun membeli secara online.

4 Sebab Keyboard Dan Mouse Terbaik Untuk Gaming

Terdapat perdebatan yang berlaku selama bertahun-tahun, apa yang pemain (gamers) perlu gunakan untuk mengawal permainan (games) mereka.

Isu ini sangat hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang dengan variasi permainan (games) yang ada di luar sana.

Jadi pemain (gamers) sebenarnya sangat ghairah tentang jenis kawalan (controls) yang perlu digunakan apabila bermain permainan (games).

Artikel ini tiada langsung berniat untuk perlekehkan permainan konsol (console gaming). Hari ini saya memberi fokus sepenuhnya kepada jenis hardware yang anda gunakan untuk mengawal (control) permainan (games) anda.

Dalam kebanyakan kes pada zaman ini, orang ramai diluar sana menggunakan keyboard dan mouse ataupun gamepad, dan tidak kira apa jenis sistem yang sedang gunakan.

Kali ini, kita melihat bagaimana keyboard dan mouse adalah lebih baik jika dikaitkan dengan bermain permainan (games) di PC, sama ada desktop atau laptop.

Kenapa keyboard dan mouse lebih baik?

Jadi mari kita mulakan. Di bawah anda boleh nampak empat senarai sebab mengapa saya percaya bahawa keyboard dan mouse adalah terbaik untuk permainan (games), terutamanya pada PC.

1. KETEPATAN KAWALAN

Pertama sekali, dan mungkin yang paling penting dari semua sebab yang disenaraikan adalah ketepatan kawalan. Ketepatan kawalan adalah sangat penting dan saya akui bukan semua permainan memerlukan ketepatan. Banyak permainan (games) di luar sana memerlukan ketepatan dan ini adalah sangat penting.

Hal ini benar terutamanya dalam genre first person shooter, dimana anda memerlukan ketepatan dan kawalan yang cepat untuk menyasarkan dan menembak target anda. Ini bermakna perbezaan diantara hidup atau mati dalam permainan ini, menjadikannya sangat penting.

Hakikatnya ia menjadikan kawalan ketepatan anda jauh lebih baik dengan menggunakan keyboard dan mouse berbanding gamepad tradisional.

2. BUTANG DAN KEKUNCI YANG BOLEH DI PROGRAM

Selari dengan ketepatan kawalan, adalah kekunci yang boleh di program untuk kebanyakan keyboard dan mouse. Walaupun tidak semua keyboard dan mouse mempunyai ciri-ciri sebegini, kebanyakan versi yang moden untuk perkakasan (hardware) ini mempunyai ciri-ciri sedemikian.

Ini membolehkan anda untuk memprogram perkakasan (hardware) tersebut untuk melakukan tugas yang tertentu dalam permainan anda. Hasilnya adalah kawalan permainan anda menjadi lebih cepat dan lebih mudah daripada yang sebelumnya.

Dengan sentuhan butang tersebut anda secara automatik boleh melakukan sesuatu yang mungkin mengambil dua atau tiga klik. Ini bermakna anda dapat mengawal dengan cepat dan banyak aspek dalam permainan tersebut dengan sentuhan yang mudah.

Hasilnya, menjadikan permainan anda lebih seronok dan menjadi lebih baik.

3. MACROS

Jika anda mengambil langkah yang seterusnya, anda boleh membuat makro yang melakukan lebih daripada satu perkara dengan menekan satu butang.

Ini berbeza untuk setiap variasi permainan dan boleh dianggap menipu. Walau bagaimanapun, banyak permainan diluar sana membenarkan anda menggunakannya kerana ia sebahagian daripada sistem.

Jika anda menggunakan keyboard dan mouse, anda mungkin boleh untuk program beberapa kekunci anda untuk melakukan lebih dari satu perkara dengan menekan butang tersebut. Ini benar-benar boleh mempercepatkan cara permainan anda dan membantu anda untuk melakukan perkara dengan lebih cepat.

Disebabkan ini, anda akan menjadi lebih baik pada permainan tersebut dari sebelumnya dan anda dapat melekakukan lebih cepat daripada pemain yang menggunakan gamepad hanya dengan menekan keyboard atau klik mouse anda.

4. DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI VARIASI PERMAINAN

Terdapat beberapa permainan di luar sana yang membolehkan anda bermain dengan lebih baik menggunaka keyboard dan mouse. Contoh yang paling mudah adalah permainan menembak.

Memang diakui, segelintir pemain lebih gemar menggunakan gamepad, bagi saya lebih selesa menggunakan keyboard dan mouse ketika bermain.

Namun, terdapat beberapa genre di luar sana sekiranya anda tidak menggunakan keyboard dan mouse anda tidak dapat main permainan tersebut dengan baik.

Anda masih boleh bermain permainan tersebut tapi agak sukar dan menjadikan kurang menyeronokkan. Contoh terdekat yang terkenal DOTA 2 yang memerlukan keyboard dan mouse untuk kawalan yang terbaik.

Gamepads

Secara keseluruhanya keyboard dan mouse memberikan pengalaman yang terbaik, gamepads tidak kurang hebatnya dan saya tidak nafikannya. Malah, terdapat permainan di luar sana di mana yang menjadikan gamepads terbaik. Sebagai contoh permainan yang melibatkan pemanduan.

Perasaan mengunakan keyboard adalah sangat berbeza berbanding menggunakan gamepad. Tidak boleh dinafikan lagi gamepads mendapat tempat di hati pemain yang bermain permainan yang melibatkan pemanduan.

Akhir kata dari saya, jika anda sedang mencari cara yang terbaik untuk mengawal permainan video dengan baik pada komputer anda, ia sudah duduk di depan anda. Saya percaya keyboard dan mouse membolehkan anda mengawal permainan dengan lebih baik.

Sekiranya anda mahu mengambil tahap yang seterusnya anda boleh sahaja mendapatkan keyboard dan mouse yang direka khas untuk permainan video tersebut.

10 Keyboard Mechanical Terbaik Untuk Gaming – Part 2

4. Corsair K95 RGB Platinum

Mechanikel ini mempunyai kelajuan seperti haiwan cheetah

Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: Yes

+ Lampu keyboard yamg menarik

+ Binaan aluminium yang bergaya

– Perisian yang pelik (tidak terlalu mesra pengguna)

– getah tapak tangan mudah comot

Seperti Corsair K70 Rapidfire sebelum ini, K95 RGB Platinum keyboard mekanikal gaming yang serba boleh untuk apa-apa tugasan dan menyelesaikannya. Susunan yang mudah untuk enam kekunci macro pada kekunci QWERTY kemas dan teratur.

Perisian mungkin pelik, tetapi ia hanya untuk menyusun macro sahaja, anda mungkin tidak memerlukannya.

Kerana Corsair K95 RGB Platinum pek mempunyai 8MB memori khusus untuk menyimpan profi, jadi anda tidak perlu bimbang tententang menggunakan komputer yang sama hingga ke penghujung hayat komputer tersebut.

keyboard ini bukan sahaja mempunyai backlit yang menarik, tapi ia merupakan travel buddy yang sempurna, di buat baik dengan menggunakan military-grade aliuminum, termasuk rehat pergelangan tangan.

5. Razer Ornata

Gabungan teknologi mekanikel dan membrane

Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: NO

+ Sentuhan kekunci yang baik

+ Tempat rehat pergelangan tangan magnetik

– ShortKey yang kurang mesra pengguna (sukar untuk menyesuaikan)

Setelah sekian lama akhirnya menggunakan dua gabungan teknologi iaitu mekanikel dan membrane dengan keyboard Razer Ornata. Dengan menggunakan teknologi keyswitch baru dari apa yang razer belajar sebelum ini.

Hasilnya ialah pengalaman menaip anda dengan menggunakan kekunci yang pendek, rasa sentuhan switch hijau dari BlackWidows X Chroma dan setiap klik boleh didengar dengan kuat. Sama seperti produk lain, Ornata menampilkan, ciri-ciri yang boleh di customize, untuk setiap backlight key dan datang dengan tempat rehat pergelangan tangan yang selesa.

6. Cherry MX Board 6.0

Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: Yes

+ Sangat sesuai untuk menaip

+ Sangat selesa

– Tidak mempunyai ciri-ciri tambahan

Cherry MX Board 6.0 mempunyai ciri-ciri yang low profile berbanding keyboard gaming yang lain seperti keyboard Razer BlackWidow X Chroma, menjadikan ia pilihan yang sesuai menaip dan bermain game yang mempunyai tempat rehat pergelangan tangan.

Cherry MX Board 6.0 mempunyai respon tindak balas yang cepat, disebabkan kedudukan kekunci agak rapat jadi ia sangat sesuai untuk melakukan kerja menaip. Dengan ciri-ciri yang disediakan pada keyboard ini, lalu menjadikan keyboard mekanikel ini sangat sesuai untuk kegunaan pejabat.

7. Logitech G810

Keyboard gaming yang minimal (kecik dan padat)

Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: Yes

+ Teknologi Romer G yang baik

+ Reka bentuk switch key minimal

– Tiada port usb

Logitech menggunakan teknologi yang sama seperti keyboard mekanikel Orion Spark G910 pada G810, yang datang dengan gaya yang menarik. Logitech memiliki Romer G switch, G810 mempunyai ciri-ciri kekunci keyboard yang berlainan semasa anda menaip dan bermain game.

Menampilkan kekunci media pintar yang sesuai untuk mengguna Windows dan OS X, keyboard terkini Logitech sangat sesuai digunakan dan mesra pengguna. jika anda bosan dengan tanda-tanda yang pelik, skrin LCD dan bahagian-bahagian pelikyang datang dengan keyboard pesaing lain yang hanya fokus pada gaming sahaja, keyboard G810 adalah sangat sesuai untuk anda.

10 Keyboard Mechanical Terbaik Untuk Gaming – Part 1

Anda mungkin berfikir keyboard gaming adalah keyboard gaming, tetapi apa yang anda tidak tahu adalah bukan semua keyboard gaming yang dicipta sama rata (equal).

Walaupun sesetengah daripadanya mempunyai chiclets (butang kekunci) ringkas, kebanyakan keyboard gaming adalah mekanikal (meskipun ada keyboard yang menggunakan kedua-dua jenis gabungan seperti Razer Ornata). Oleh itu mereka menawarkan pengalaman menaip dan gaming yang lebih memuaskan.

Dalam masa yang sama, keyboard gaming yang terbaik adalah yang selesa untuk digunakan, tidak hanya untuk gaming, tetapi untuk sesi menaip yang lama. Atas sebab itu, ia adalah penting dan perlu diingat jenis switch keyboard yang anda gunakan.

Tanya diri anda, adakah anda mahu semua orang di dalam bilik untuk mendengar setiap kekunci keyboard yang anda tekan? Jika tidak anda boleh memilih mechanical keyboard yang lebih senyap seperti Cherry MX Blue.

Terdapat banyak pilihan lain yang perlu dipertimbangkan, dan banyak dari keyboard gaming yang berada di pasaran membekalkan ciri-ciri yang berbeza-beza.

Berikut adalah 10 jenis mechanical keyboard terbaik untuk gaming.
1. LOGITECH G413 Carbon

Bergaya, Murah, Responsif

Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: No

+ Sofistikated (canggih)

+ Reka bentuk halus pada switch mechanical

– Tiada butang media

– slow USB 2.0

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Logitech banyak menumpukan dan mengeluarkan ciri-ciri keyboard yang high-end, dan peralatan yang canggih. Tapi ini semua berubah dengan Carbon G413, mechanical keyboard ini mengorbankan RGB backlighting dan kekunci macro menjadikan harga keyboard ini berpatutan.

Dengan penampilan low profile, ia kelihatan kurang menarik berbanding dengan mechanical keyboard yang lain jika dibandingkan, tetapi Logitech G413 Carbon menggunakan teknologi magnesium-alloy.

2. Razer BlackWidow Chroma V2

Sesuai untuk Online Gaming

Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: 5

+ Switch Mechanical yang hebat

+ Tempat rehat pergelangan tanyan yang selesa

– Agak mahal

– Satu USB Slot

keyboard ini datang sekali dengan tempat dimana anda boleh merehatkan pergelangan tangan yang boleh di tanggalkan. ini merupakan option untuk keyboard Razer BlackWidow Chroma V2. kelebihan lain keyboard ini juga mempunyai 5 fungsi kekunci macro untuk in-game action permainan video.

tidak seperti BlackWidow X Chroma sebelumnya, BlackWidow Chroma V2 mempunyai anda pilihan antaranya Razer Green, Razer Orange dan Razer Yellow key switch, dan mempunyai pelbagai pilihan warna backlight, yang boleh diberikan pada setiap kekunci keyboard, corak dan animasi.

3. Topre Realforce RGB

Sesuai untuk Gaming dan Typing.

Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: Yes

+ Incredible Topre Keyswitch

+ Pencahayaan RGB  menarik

+ Kualiti binaan kukuh

+ gabungan teknologi Cherry MX dan Topre Keycaps

– tiada tempat rehat pergelangan tangan

– tidak termasuk dengan Keycaps puller

Ini adalah keyboard yang bagus sesuai untuk gamers dan juga menaip, dengan teknologi yang disedaikan pada keyboard tersebut, yang menawarkan maklum balas sentuhan yang baik berbanding dengan Cherry MX  (hampir sama dengan keyboard MX White).

Anda boleh menaip dalam satu hari dan hanya mengalami keletihan pada jari anda dengan Realforce RGB. Walaupun ia tidak datang dengan tempat rehat untuk pergelangan tangan.

Keyboard Realforce RGB, yang datang dengan kualiti yang tinggi kekunci PBT yang tebal, bagus untuk gaming kerana Topre menggunakan perisian yang baik dan pintar membolehkan anda untuk menukar kesesuai apabila anda menekan kekunci keyboard tersebut.

hasilnya ialah keyboard yang serba boleh yang sesuai dengan apa sahaja tugas yang anda ingin lakukan pada masa itu. dan, seperti Novatouch Cooler Master, Realforce RGB mempunyai batang keyswitch yang serasi dengan kedua-dua Topre dan Cherry MX keycaps, membolehkan anda untuk memotong dan menukar keycaps anda sesuka hati.

.

Saya akan sambung part 2 pula ya. Stay tuned!