Asus ROG Strix GL503

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7700HQ Processor
  • Nvidia GeForce GTX 1050 4GB GDDR5
  • 16GB Memory
  • 1 TB SATA Hybrid HDD 5,400RPM
  • 6 inches Full HD Screen
  • 11ac WiFi with Bluetooth 4.1

Asus ingin mengeluarkan sebuah laptop gaming dengan harga bajet, dan Asus ROG STrix GL503 adalah hasilnya. Ia merupakan salah satu gaming laptop bajet dengan rupa yang menarik, berasaskan laptop premium keluaran Asus sendiri.

 

Rekabentuk

Laptop ini kelihatan lebih premium kerana Asus meletakkan penutup laptop daripada laptop gaming terulungnya, ROG Zephyrus. Meskipun logo ROG pada laptop ini kurang elegan, tetapi secara keseluruhannya, ia cukup cantik.

 

Skrin dan Bunyi

Dengan skrin Full HD yang bersaiz 15.6 inci ini, ia memberikan gambar yang kemas, dan juga warna yang terang dan tepat. Skrinnya juga lebih terang berbanding Aspire, Legion, dan juga Inspiron.

Kualiti audio agak mengecewakan. Untuk memenuhi ruang bilik yang kecil, ia perlu dipasang kuat, dan menyebabkan ada bunyi echo pada speaker Strix GL503 ini.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada Strix GL503 ini boleh dikatakan biasa-biasa sahaja. Ia agak lembut apabila ditekan dan ia tidak melantun balik ke posisi asal dengan cepat. Namun begitu, ia masih boleh digunakan, dan dengan adanya RGB backlighting, warna pada keyboard boleh diubah suai melalui software ROG Aura Core yang terdapat pada Strix GL503.

Touchpad Strix GL503 sangat kurang memuaskan. Butang pada touchpad ini agak kasar, dan rasa seperti akan pecah. Tetapi, swipe dan multi-gesturs boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Jika hanya skrin dan juga rekabentuk yang anda inginkan, laptop gaming Asus ROG Strix GL503 ini merupakan sebuah laptop yang cukup memuaskan untuk anda. Anda mungkin hanya memerlukan gaming mouse, dan juga SSD, dan sepatutnya itu sudah memadai. Processor i7 dengan GTX 1050 sudah cukup memuaskan untuk game dan juga kerja-kerja harian.

Alienware 13 R3 (2017)

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7700HQ (Quad Core, 6MB Cache, up to 3.8GHz w/ Turbo Boost)
  • Nvidia GeForce GTX 1060 with 6GB GDDR5
  • 16GB Memory (2x 8GB)
  • 256GB PCIe SSD
  • 3 inches Full HD IPS Anti-Glare 300-nits Display
  • Killer 1535 801.11ac 2×2 WiFi and Bluetooth 4.1

Alienware 13 kembali dengan upgrade yang cukup baik. Didatangkan dengan Processor i7 Generasi ke-7 Kaby Lake, tidak lupa juga GTX 1060, menjadikan laptop ini pemegang takhta laptop kompak yang boleh menggunakan teknologi Virtual Reality. Backlight, kualiti audio dan juga skrin OLED juga merupakan penambahan yang baru pada Alienware 13.

 

Rekabentuk

Bukan sahaja dalaman yang di upgrade, luarannya juga turun diubah suai. Pada penutup, ia masih lagi diperbuat daripada anodized aluminium. Tetapi pada bahagian lain ia diperbuat daripada magnesium alloy, menjadikan laptop kecil ini kukuh dan padat. LED pada logo Alienware masih lagi dikekalkan.

 

Skrin dan Bunyi

Jika anda berminat dengan Alienware 13 ini, anda boleh memilih jenis skrin, dan skrin yang terbaik sudah semestinya skrin berjenis OLED. Teknologi OLED menjadikan gambar lebih terang dan kontras warna yang terbaik diantara laptop-laptop diluar sana.

Sebelum ini kualti audio pada Alienware 13 agak mengecewakan, tetapi dengan perubahan pada susunan komponen laptop, ia memberikan lebih ruang untuk speaker, dan ia menghasilkan bunyi yang cukup kuat dan setiap detail bunyi dapat didengar sempurna.

 

Keyboard dan Touchpad

Dengan Keyboard TactX pada Alienware 13 ini, ia memberikan keselesaan ketika menaip. Butang-butangnya cukup besar untuk mereka yang berjari besar. Backlight pada keyboard ini juga cukup terang ketika di dalam gelap dan boleh diubahsuai melalui software AlienFX.

Touchpad pada Alienware 13 ini akan bercahaya ketika disentuh, menjadikan ia boleh diakses meskipun di dalam gelap. Swipe, click dan juga multi gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Alienware 13 mengekalkan takhta sebagai laptop kompak yang terbaik di dalam dunia ini. Dengan spesifikasi i7 daripada Generasi ke-7, GTX 1060 memberikan pengguna untuk menggunakan HTC Vive ataupun Oculus untuk Virtual Reality. Skrin Full HD Oled yang ada laptop ini juga sangat memuaskan.

MSI GT83VR Titan SLI

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7920HQ processor
  • Dual Nvidia GeForce GTX 1080 GPU
  • 64GB Memory
  • Dual 512GB PCIe SSD
  • 1TB 7200 SATA Hard Drive
  • 4 inches screen with Full HD resolution (1920 x 1080)
  • Killer N1535 Combo 2X2ac 802.11ac with Bluetooth 4.1

MSI GT83VR merupakan sebuah laptop untuk para bangsawan, dengan harga RM 26,499.00, ia merupakan laptop pertama yang didatangkan dengan i7 generasi ke-7 dan juga keyboard mekanikal daripada Cherry MX. Pada MSI GT83VR ini juga dimuatkan dua kad grafik berkelas Desktop, GTX 1080 dan dijalankan dengan SLI configuration (teknologi multi-GPU daripada Nvidia untuk menggunakan kedua-dua kad grafik serentak).

 

Rekabentuk

Seperti namanya “Titan” ianya besar dan juga menawan. Dengan rekaan brushed metal, garisan LED berwarna merah menjadikan laptop ini sangat cantik. Pada laluan angin, terdapat juga garisan aluminium yang berwarna merah memberikan rupa yang premium. Pada kawasan keyboard, terdapat sebuah naga yang menjadi trademark MSI.

 

Skrin dan Bunyi

Meskipun ia tidak menggunakan skrin 4K HD dan ia hanya menggunakan skrin Full HD tetapi ia merupakan skrin yang memuaskan. Ia memberikan warna yang jelas dan cukup terang. Tetapi cahaya daripada backlight skrin kurang memuaskan, ia perlu diterangkan lebih sedikit.

Speaker yang ada pada MSI GT83VR ini turut mempunyai subwoofer menjadikan ia mempunyai speaker yang terbaik diantara laptop gaming. Setiap detail bunyi, bunyi gitar, drum, dan juga bass dapat didengar dengan sempurna. Ia juga didatangkan dengan Nahimic Software untuk pengguna mengubah suai preset bunyi untuk pendengaran yang lebih baik.

 

Keyboard dan Touchpad

Pada laptop Titan terbaru daripada MSI ini terdapat butang keyboard daripada Cherry MX. Ia didatangkan dengan Speed Silver switches, menjadikan keyboard ini sangat sedap untuk digunakan. Pihak Cherry mengatakan bahawa dengan keyboard ini, pengguna tidak perlu menekan dengan kuat ketika bermain game. Pengguna juga boleh mengubah suai warna pada keyboard melaui software yang disertakan.

Dengan Synaptic Touchpad, ia tidak mempunyai masalah untuk digunakan. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Ia juga boleh digunakan sebagai numpad, kerana ia terletak pada sebelah kanan keyboard.

 

Prestasi

MSI GT83VR Titan SLI kembali semula dengan spesifikasi yang sudah diupgrade. Ia merupakan raksasa gaming yang pertama didatangkan dengan Cherry MX Speed Silver switches, membolehkan pengguna untuk spam butang keyboard tanpa sebarang delay. Dengan dual GTX 1080, game, video editing, boleh dibuat tanpa sebarang lag dan juga masalah.

 

HP Omen 17

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7700HQ Processor
  • Nvidia GeForce GTX 1070 GPU
  • 32GB Memory
  • 512GB NVMe M.2 PCIe SSD
  • 1TB SATA HDD
  • 3” screen with 4K Resolution (3840 x 2160)
  • Realtek RTL8822BE 802.11ac PCIe Adapter with Bluetooth 4.2

Laptop berspesifikasi gaming yang terbaru dalam siri Omen adalah HP Omen 17. Seperti namanya, ia didatangkan dengan saiz 17 inci. Rkabentuknya juga diubahsuai menjadikan ia kelihatan sangat menarik dan menawan. Ia juga dilengkapi dengan Intel Core i7 generasi ke-7, Nvidia GTX 1070 berkelas Desktop, dan juga SSD yang sangat laju.

 

Rekabentuk

Tidak seperti rekabentuk yang lama, rekaan yang seakan-akan old-school, kini ia didatangkan dengan rangka plastik berwarna hitam dan mempunyai garisan seakan-akan telah diberus menjadikan laptop ini kelihatan kukuh dan premium.

 

 

Skrin dan Bunyi

Bersedialah untuk melihat skrin yang penuh warna-warni pada skrin HP Omen 17 ini. Dengan video 4K, setiap butiran halus video boleh dilihat dengan begitu teliti. Tetapi, skrin HP Omen 17 ini kurang terang berbanding laptop gaming keluaran company lain.

Speaker HP Omen 17 ini terletak pada bahagian bawah laptop, dan ia memberikan bunyi yang cukup enak untuk didengar. Tetapi bass pada speaker ini kurang sedikit, tetapi masih memuaskan.

 

Keyboard dan Touchpad

Rekabentuk pada laptop ini kelihatan baru tetapi, rekaan keyboardnya masih lagi seperti yang lama. Ia tidak didatangkan dengan backlighting yang boleh diubah suai warnanya tetapi didatangkan dengan backlighting yang berwarna merah sahaja. Di dalam keadaan yang gelap, butang-butang ini cukup terang dan boleh dilihat tanpa sebrang masalah.

Touchpad HP Omen 17 ini meskipun kecil tetapi ia dapat digunakan oleh mereka yang berjadi panjang dan besar. Swipe, click dan juga gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Setelah beberapa laptop keluaran siri Omen, kali ini ia mempunyai rekaan yang memuaskan hati. Dengan skrin beresolusi 4K, ia memberikan gambar yang jelas dan juga warna yang konsisten, menjadiakan laptop ini sebuah laptop yang cukup sesuai untuk menonton video. Gabungan processor i7 generasi ke-7 daripada Intel, GTX 1070 dan juga SSD yang laju menjadikan laptop ini sebuah laptop yang cukup berkuasa untuk bermain game dan juga multi-tasking.

 

10 Keyboard Mechanical Terbaik Untuk Gaming – Part 3

8. Cougar Attack X3 RGB

Mekanikel Keyboard yang Tahan Lasak

Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: Yes

+ Binaan aluminium yang berkualiti

+ RGB backlighting

– Tiada tempat rehat pergelangan tangan

– khas untuk US keyboard layout

Cougar Attack X3 adalah salah satu daripada keyboard mekanikel gaming yang lebih baik dan harga yang berpatutan semenjak kebelakangan ini dan menggunakan body aluminium supaya tahan lasak.

Keyboard yang sebelumnya juga mempunyai body keyboard yang tahan lasak dan mempunyai pelbagai pilihan switch, Cherry MX Black, Brown, Red dan Blue bergantung kepada cita rasa anda.

Ketahanan keyboard ini di bantu oleh jalinan kabel, juga menyokong dua sambungan USB yang digunakan untuk input pencahayaan keyboard tersebut. Ciri-ciri lain termasuk N-Key, dan juga getah pada kaki keyboard tersebut untuk menghalang dari tergelincir.

Cougar Attack X3 RGB khas untuk keyboard yang menggunakan layout US sahaja, sekiranya anda mencari keyboard mekanikel dengan harga yang berpatutan seperti Corsair K70 RGB, pilihan keyboard ini menjadi salah satu keyboard pilihan anda.

9. SteelSeries Apex M500

Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: Yes

+ Reka bentuk yang minimal

+ Blue backlighting yang mempersona

– Tiada kekunci media

– Menggunakan Cherry MX Red sahaja

kebanyakan mekanikal keyboard adalah terlalu menonjol, dan sukar dikawal. Tetapi bukan dengan SteelSeries Apex M500. Seperti Logitech G810, Apex M500 mempunyai ciri-ciri dan reka bentuk yang bersih tanpa fungsi-fungsi lain yang tidak diperlukan. Walaupun ia kekurangan kekunci macros, media dan lain-lain fungsi tambahan.

10. Skill Ripjaws KM570

Kukuh, menggunakan Cherry Red sahaja

Interface: Wired | Keyboard backlighting: Yes | Programmable keys: NO

+ Harga berpatutan

+ Menggunakan kekunci Cherry MX

– Menggunakan lampu backlight bewarna merah sahaja

Walaupun keyboard ini tidak compact seperti keyboard HyperX Alloy FPS, keyboard mekanikel terkini ini datang dengan peralatan yang sesuai untuk gaming dan G.Skill RipJaws KM570 tidak mengambil ruang yang banyak pada meja anda. Sekiranya anda mementingkan penggunaan ruang yang sedikit, keyboard RipJaws KM570 membawa ciri-ciri asas yang kukuh, termasuk dengan N-Key (membolehkan anda menekan pelbagai kekunci serentak). ia juga menawarkan dengan harga yang berpatutan tetapi datang dengan backlight bewarna merah sahaja dan tiada macros keys.