Razer Blade Stealth

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7500U processor
  • Intel HD Graphics 620
  • 16GB memory
  • 512GB M.2 SSD
  • 802.11a/b/g/n/ac, Bluetooth 4.1
  • 13.3 inches screen with Quad HD Plus display

 

Rekabentuk

Razer Blade Stealth ini didatangkan dengan rangka diperbuat daripada aluminium yang kelihatan sleek dan bergaya. Ia juga mempunyai rekaan seakan-akan MacBook Pro tetapi ia mempunya perbezaan pada warna line laptop.

 

Skrin dan Bunyi

Seperti coklat yang menyempurnakan McD ChocoTop, skrin Quad HD pada Blade Stealth ini menjadikan ia sempurna dan sesuai untuk menonton movie, ataupun edit gambar.

Sepasang speaker pada bahagian sisi laptop ini juga menjadi salah satu feature terbagus pada Stealth ini. Ia memberikan audio yang cukup kuat untuk memenuhi ruang bersaiz sederhana tanpa sebarang kerosakan pada bunyi ataupun kekecilan suara. Namun bnegitu ia kekurangan bass, dimana anda mungkin perlu mendapatkan headphone ataupun speaker untuk mendengar bass.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard Blade Stealth ini didatangkan dengan backlight yang popular daripada Razer, iaitu Chroma. Ia boleh diubah suai mengikut kehendak melalui software Razer Synapse.

Touchpad Stealth ini boleh dikira sebagai cukup sempurna, kerana ia sangat smooth ketika digunakan dan ia memberikan swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Tidak seperti Razer Blade Pro ataupun Razer Blade, Razer Blade Stealth ini merupakan sebuah laptop berkelas Ultrabook, ia nipis, ringan dan juga ia sesuai untuk mereka yang menginginkan laptop yang laju dan untuk digunakan untuk hanya kerja-kerja pejabat ataupun sekolah. Dengan processor i7 generasi ke-7 ia sudah cukup untuk menjadikan laptop ini sebuah laptop kerja yang berkuasa.

Razer Blade Pro 2017

 

Spesifikasi

  • Intel Core i707829HK processor
  • Nvidia GeForce GTX 1080 GPU
  • 32GB memory
  • Dual 256GB M.2 PCIe SSD
  • 1TB 7200 HDD
  • 3 inches screen with 4K Display
  • Killer Wireless-n/a/ac-1535 with Bluetooth 4.1

 

Rekabentuk

Rangka Razer Blade Pro ini diperbuat CNC aluminium berwarna hitam yang kelihatan premium dan menawan. Berbanding laptop gaming daripada Asus, MSI dan sebagainya, Blade Pro kelihatan lebih nipis dan lebih ringan.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin 4K yang ada pada Blade Pro ini sungguh sempurna, dengan adanya G-Sync daripada Nvidia ia menjadikan warna pada skrin ini sangat terang dan cantik.

Audio Blade Pro telah mendapat pengiktirafan daripada THX menjadikan kualiti audionya sangat bagus. Jika anda mempunyai headphones 7.1 Dolby, ia boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard Razer Blade Pro ini memerlukan sedikit masa untuk dibiasakan, setelah biasa, ia akan menjadi selesa untuk digunakan tanpa memerlukan tekanan yang kuat.

Lokasi touchpad Blade Pro ini agak unik, dan seperti keyboard, ia memerlukan masa untuk dibiasakan. Namun begitu, swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Penggunaan biasa, web-browsing, dan juga streaming bukan sesuatu yang mencabar untuk Razer Blade Pro ini. Tetapi, baterinya merupakan kekurangan pada laptop ini, ia hanya bertahan selama 2 jam untuk penggunaan web-browsing dan Wifi connection. Laptop gaming ini boleh menampung game terbaru tanpa sebarang masalah. Anda juga boleh menggunakan VR kerana GTX 1080 pada Blade Pro ini adalah GPU VR-ready.

MSI GE73VR 7RF Raider Pro

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7700HQ processor
  • Nvidia GeForce GTX 1070 8GB GDDR5
  • 32GB memory
  • 512 GB M.2 SATA SSD
  • 1TB 7200RPM SATA HDD
  • 3 inches screen with Full HD display
  • Killer N1435 2×2 802.11ac with Bluetooth 4.1

 

Rekabentuk

Dengan rekaan aluminium seperti telah diberus pada bahagian penutupnya, dan juga jalur-jalur merah untuk racing, menjadikan laptop ini kelihatan  cukup menarik. Pada bahagian penutupnya juga terdapat sedikit bonggol untuk logo MSI.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin Full HD pada Raider Pro ini cukup berwarna. Ia masih lagi terang tetapi tidak cukup terang berbanding laptop-laptop gaming yang lain.

Raider Pro didatangkan dengan dua speaker dan juga dua woofer menjadikan pengalaman audio cukup sempurna. Bunyinya juga cukup kuat untuk memenuhi ruang sederhana.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada Raider Pro ini adalah hasil kerjasama diantara MSI dan juga SteelSeries, dan hasilnya sungguh keyboard ini sangat memuaskan. Dengan settings, warna LED backlight pada keyboard ini boleh diubahsuai.

Touchpadnya cukup selesa untuk digunakan tetapi ia hanya limited kepada basic gestures sahaja. Ia tidak menyokong swipe.

 

Prestasi

Dengan GTX 1070, ia boleh memainkan pelbagai jenis game tanpa sebarang masalah, ia juga menyokong untuk VR. Tidak lupa juga processornya, 32GB RAM dan juga M.2 SSD, ia boleh menampung kerja-kerja asas dengan mudah.

Dengan rekaan yang menarik, speaker yang boleh memenuhi ruang bersaiz sederhana, skrin yang berwarna yang terang, tiada kekurangan yang boleh membuatkan anda untuk tidak memilih laptop ini.

Asus VivoBook E403NA

 

Spesifikasi

  • Intel Pentium N4200
  • Intel HD graphics
  • 4GB Memory
  • 128GB eMMC storage
  • 14 inches screen with Full HD resolution
  • 802.11a/b/g/n/ac with Bluetooth 4.2

Jarang sekali laptop bajet didatangkan dengan skrin Full HD dan juga binaan yang kukuh dan kelihatan premium. Tetapi Asus mengeluarkan laptop dari siri VivoBook untuk memenuhi citarasa pengguna yang menginginkan laptop dengan spesifikasi yang bagus tanpa perlu berbelanja lebih.

 

Rekabentuk

Untuk laptop bajet, VivoBook E403NA ini kelihatan seakan-akan sebuah laptop mahal dengan gabungan binaan aluminium pada bahagian penutup dan juga plastik hitam pada bahagian lain.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin VivoBook E403NA ini memberikan anda kepuasan dengan resolusi Full HD dan ia bermakna anda boleh melihat lebih berbanding biasa.

Speaker VivoBook ini membuktikan bahawa tak semestinya anda memerlukan laptop premium, yang mahal untuk mendapatkan speaker yang bagus.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada VivoBook ini memberikan rasa menaip yang padu, menjadikan pengguna cukup selesa dengan tenaga yang diperlukan untuk menaip.

Touchpadnya pula agak licin ketika digunakan, dan agak sukar untuk navigasi. Swipe, click dan juga multigestures pula boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Untuk laptop bajet VivoBook mampu memberikan apa yang diperlukan dengan spesifikasi yang rendah. Jangka hayatnya yang boleh bertahan selama 8 jam menandakan ia boleh digunakan untuk bekerja dan juga sekolah.

Dengan harga bajet, ia memberikan kesempurnaan untuk penggunaan basic dan juga mempunyai skrin Full HD dan tidak lupa juga rekaan yang premium.

Dell Latitude 7380

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7600U CPU with vPro technology
  • Intel HD Graphics 620 GPU
  • 8GB memory
  • 256GB SSD
  • SATA Hard Drive
  • 13.3 inches screen with Full HD resolution
  • 802.11a/b/g/n/ac Wireless LAN with Bluetooth 4.2

Laptop untuk merupakan salah satu pelaburan yang serius, dan Dell memahami anda, dan ia mengeluarkan Latitude 7380 dengan ciri-ciri premium. Dengan skrin tanpa bezel, laptop Dell 13 inci ini memberikan view angle yang cantik dan juga SSD yang laju.

 

Rekabentuk

Latitude 7380 ini kelihatan biasa sahaja tetapi Dell menggunakan gabungan binaan carbon fiber dan juga aluminium yang menjadikan laptop ini kuat dan kukuh.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin Latitude 7380 yang bersaiz 13.3 dengan resolusi Full HD ini cukup tajam dan juga terang.

Kualiti audio pada Latitude 7380 sangat memuaskan. Speaker yang terletak pada bahagian bawah laptop menjadikan bunyi yang terhasil cukup kuat dan boleh memenuhi ruang bersaiz sederhana.

 

Keyboard dan Touchpad

Dengan keyboard pada Latitude 7380 ini ia memberikan rasa menaip yang selesa dan sedap untuk digunakan.

Touchpad Latitude 7380 ini pula sangat lembut apabila digunakan, ia memberikan navigasi yang tepat. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Dengan processor i7-7600U, 8GB RAM dan SSD sebesar 256GB menjadikan laptop salah satu laptop yang cukup bagus dan juga yang penting, laju. Baterinya boleh bertahan selama 10 jam ketika penggunaan web browsing dan juga connect pada WiFi. Laptop ini amat sesuai untuk kegunaan pejabat dan juga sedikit gaming.