Antara Sebab-Sebab Laptop Anda Jadi Lembab

Untuk anda pengguna laptop di luar sana tu. Mesti pernah alami masalah laptop lembab macam siput kan. Masalah ni tidak asing lagi untuk  semua orang, setiap orang pasti akan alami masalah pada satu tahap tertentu.

Masalah ni boleh buat orang stress, naik darah pun ada. Yelah nak bukak folder dokumen ataupun word nak kene tunggu dia punya slow nak buka file. Ada beberapa sebab yang menyebabkan masalah ini berlaku.

 

  • MASALAH OPERATING SYSTEM

Ada kemungkinan operating system (windows) terlalu berat atau sudah ada masalah. Boleh jadi windows anda sudah terlalu lama dan macam-macam dah ade dalam system.

 

  • OPERATING SYSTEM TAK SESUAI

Yang ini pun boleh jadi jugak punca masalah. Sebagai contoh laptop korang tu asal windows XP atau Vista tapi korang upgrade ke 8 atau 10.  Ini di sebabkan laptop tu tak boleh support windows yang baru, upgrade ke windows 7 OK lagi sebab windows 7 ringan lagi berbanding windows 8 & 10.

 

  • HARDISK PROBLEM

Macam mana nak tahu hardisk dah ada masalah? Senang je korang boleh gunakan software seperti HDD Sentinel, ataupun software Hiren. Software ni boleh membantu tunjuk peratusan health hardisk, kalau bawah 99% tu dah ada masalah lagi-lagi ade bad atau weak sector.

Cepat-cepat la buat backup data takut hardisk tu boleh corrupt bila-bila masa atau total lost.

 

  • PROCESSOR BAWAH 2.0 ghz

Haa, kalau boleh masa anda nak beli laptop buat research dulu untuk spesifikasi laptop yang nak dibeli. Processor main peranan penting juga untuk performance laptop. Macam mana nak check? Mudah je.

Right click My Computer –> Properties

Tengok kat bahagian processor –> berapa GHz?

 

  • RAM TAK SAMPAI 2GB

RAM juga penting, kalau RAM sedikit memang slow nak open file, running aplikasi lagi-lagi kalau nk buat kerja multi-tasking, sekurang-kurangnya 2GB RAM sudah memadai. Macam mana nak tengak jumlah RAM? Senang je.

Right click My Computer –> Properties

Tengok kat bahagian RAM–> berapa GB?

 

  • KIPAS ROSAK ATAU OVERHEATING

Salah punca laptop boleh overheating sebab kipas dah tak berfungsi dengan baik. Kenapa overheating boleh buat laptop lembab? Mana tak nya, korang dah lenjen macam-macam program, buka 3 ke 4 aplikasi memang processor tu panas bila panas dan overload kipas pula tak berfungsi boleh rosak hardware.

Macam mana nak check? Mudah je.

Cara check, tak dengar bunyi kipas ATAU tak rasa angin keluar kat lubang (airflow) kat laptop anda. Ataupun anda boleh gunakan software speecy untuk check suhu laptop.

 

  • VIRUS

Ni memang best! Virus tak kira masa bila nak infected kat laptop anda. Yang tak best bila file jadi shortcut, ada keluar shortcut (1,2,3,4) dan lain-lain lagi. Sekarang ni macam-macam jenis virus, malware jadi jangan lupa update antivirus. Sebelum scan laptop, tolong update dulu antivirus. Dah update, baru scan sama juga dengan pendrive scan dahulu.

 

  • TAK ADA ANTI VIRUS

Kalau boleh jangan abaikan software anti-virus ni. Kalau tak ada tolong install bukan ape penting untuk laptop anda ada pelindung dari serangan virus dan sebagainya. Ada juga jenis manusia typical macam ni “buat apa ade anti-virus aku tak klik benda yang merapu dan sebagainya”.

Tapi bila dah kena baru tau, lagi-lagi ade fail, dokumen, video, gambar yang penting, dah tak boleh buka baru tau nak menyesal.

 

  • TERLALU BANYAK STARTUP PROGRAM

Yang ini pun punca laptop anda boleh jadi slow, terlalu banyak startup program yang running. Apa yang boleh dilakukan? Senang je. Download CCleaner, software ni boleh disable atau delete terus startup program yang tak penting. Bila banyak startup running, masa nak on laptop jadi SLOW.

 

  • BANYAK PROGRAM ATAU APLIKASI YANG ANDA INSTALL

Ada sesetengah program atau aplikasi kat luar sana yang boleh melambatkan performance laptop anda, mungkin disebabkan spesifikasi laptop yang tidak sesuai dan sebagainya. Macam mana nak buat? Mudah je.

Kalau ada software-software yang tak guna atau jarang guna, saya nasihatkan uninstall je. Sebab buat berat laptop laptop anda je.

 

  • JUNK FILE TERLALU BANYAK

Anda boleh buang junk file (temp) ni dengan cara :-

Tekan Start –> Taip Run

Taip %TEMP% –> Enter

Select all semua file, kemudian delete.

Semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah, anda boleh free space size HDD anda.

Delete semua tau. Sebab buat semak je space hard disk laptop anda.

 

  • LAPTOP DAN SPESIFIKASI TERLALU LAMA (OLD SCHOOL)

Yang ni saya tak boleh buat apa. Sebab comfirm processor pun lama apatah lagi komponen-komponen kat dalam tu. Tapi selagi boleh guna, jangan tukar. Pakai je selagi boleh pakai.

Ataupun ada boleh cuba gantikan hardisk anda dengan SSD untuk tambah kelajuan.

 

Harap artikel ini sedikit bebanyak dapat membantu dan memberi tahu anda, sebab kenapa laptop anda boleh jadi lembab macam siput.

Troubleshoot Problem Auto Hibernate@Sleep

Pernah tak anda mengalami scenario seperti ini, semasa anda sedang menggunakan laptop sambil buat kerja, assignment, surfing internet dan sebagainya dan secara tiba-tiba laptop tu auto sleep/hibernate. Padahal anda tengah kusyuk menaip kat word ni.

Sekiranya ini pernah terjadi pada anda. Jangan risau dan anda boleh cuba dahulu cara ini.

 

LANGKAH 1

 

Windows 7

  • Tekan windows start menu & klik pada control panel
  • Dibahagian control panel, klik pada view by category kepada small icons

  • Klik pada power options (ikon bateri)

  • Pilih choose when to turn off the display & tukarkan kepada never sekiranya anda tidak mahu laptop itu sleep & klik pada save changes.

 

Windows 8

  1. Drag cursor mouse anda kesebelah kanan skin anda untuk keluarkan paparan & klik setting & klik pada control panel.

  • Di bahagian control panel, klik pada view by category kepada small icons
  • Klik pada power options (ikon bateri)

  • Pilih choose when to turn off the display & tukarkan kepada never sekiranya anda tidak mahu laptop itu sleep & klik save changes

 

Windows 10

  • Tekan key pada keyboard logo windows + X atau anda boleh right klik pada startup menu.

  • Di bahagian control panel, klik pada view by category kepada small icons
  • Klik pada power options (ikon bateri)

  • Pilih choose when to turn off the display & tukarkan kepada never sekiranya anda tidak mahu laptop itu sleep & klik save changes

 

LANGKAH 2

Windows 7/8/10

  • Hold key windows + R untuk buka paparan Run (Pastikan anda Run as administrator)
  • Dalam paparan Run, taip cmd & tekan enter

  • Dalam CMD taip powercfg.exe/hibernate off & tekan enter
  • Taip exit & tekan enter

  • Taip powercfg.exe/hibernate off (untuk off hibernate)
  • Taip powercfg.exe/hibernate on (untuk on hibernate)

 

LANGKAH 3

Anda boleh cuba cara ini sekiranya masalah tidak selesai. Ada kemungkinan bateri laptop anda menjadi punca masalah tersebut.

  1. Cabut bateri laptop anda tik kira bateri tu external (luar) atau internal (dalam)
  2. On laptop dan cuba guna macam biasa.

 

LANGKAH 4
  1. Anda dah cuba cabut bateri latop pun masih sama? Cuba test restore windows anda pada tarikh sebelum jadi masalah auto sleep/hibernate.
  2. Boleh cuba format dahulu windows anda dengan install operating system yang baru.

 

Anda sudah cuba semua langkah di atas ni? Masalah masih tak dapat diselesaikan? Kemungkinan ada masalah pada bahagian hardware laptop anda.

Troubleshoot Masalah Wireless Connection

Masalah Wi-Fi tak boleh connect, icon Wi-Fi gambar “X”, kalau boleh connect dengan internet pun keluar “Limited / No Connectivity. Situasi ni boleh buat orang stress.

Masalah macam ni boleh mengganggu produktiviti anda, Nak  mencari informasi nak kene surfing internet tak boleh.

 

Apa yang boleh anda lakukan sekiranya perkara ini berlaku?

 

Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk troubleshoot masalah seperti ini. Diantaranya :-

Pertama sekali yang boleh anda lakukan adalah reset atau matikan dahulu modem internet anda selama 60 saat lepas tu on balik modem bagi mereka yang mereka yang menggunakan streamy, unifi dan sebagainya.

 

Kedua anda boleh cuba untuk forget Wireless network anda dan connect balik ke Wireless network tersebut. Caranya Mudah Sahaja right klik pada icon wireless anda dan pilih open network and sharing center > pilih wireless networks dibahagian kiri paparan skrin anda > Dalam Bahagian ni anda pilih wireless network mana yang anda gunakan  dan klik remove > Tutup dan klik balik pada icon Wi-Fi anda dan pilih wireless network anda dan masukkan balik password.

 

Ketiga anda boleh menggunakan command prompt. Caranya pergi ke startup menu dan dibahagian search anda taip command prompt > Dalam command prompt anda boleh taip ipconfig/renew (tekan enter) > taip exit (tekan enter).

 

Keempat Ada kemungkinan Driver wireless laptop anda bermasalah atau hilang. Apa yang anda boleh lakukan. Guna dulu mana-mana laptop atau pc yang ada sambungan internet. Dalam search box google tu anda taip jenama dan model laptop anda contohnya (download driver acer aspire ####). Tekan pada link website acer dan cari dan download driver wireless network laptop tersebut, dan copy pada pendrive dan install pada laptop anda (pastikan anda download khas untuk windows yang anda gunakan win7/8/10).

 

Kelima anda boleh cuba format balik laptop anda. Dengan install operating system yang baru dan install balik semua driver yang diperlukan. kalau ada backup data baik anda backup dahulu fail-fail yang penting dekat external hardisk atau pendrive.

 

Keenam kalau icon wireless anda gambar “X” anda kemungkinan anda ter toggle off wi-fi anda. Cuba carik logo wireless pada keyboard anda ataupun ada suis on/off wireless pada bahagian sisi laptop anda. anda boleh cuba cari driver wireless dari internet ikut cara diatas tu. Kalau ada dah cuba ni semua maknanya wireless card anda dah rosak

 

Cara terakhir kalau wireless card rosak anda perlu tukar wireless card tersebut dengan yang baru. Kos agak tinggi tapi kalau anda nak jimat boleh gunakan tp-link. Fungsi tp-link ni sama je macam wireless laptop cuma anda perlu sambungkan pada slot usb kalau nak connect internet.

 

 

Punca Berlakunya BlueScreen

Pernah atau tidak anda mengalami masalah BlueScreen? Kalau pernah mesti anda rasa stress, macam mana tak stress tengah buat kerja kejap-kejap BlueScreen. Ia datang tanpa beri apa-apa amaran dan berpotensi mengganggu produktiviti anda. Masalah ini sangat dikenali dikalangan pengguna Windows.

BlueScreen (BSOD) adalah paparan error pada skrin monitor anda yang boleh berlaku kepada kebanyakkan OS Windows dan berpunca dari pelbagai sebab. Berlaku konflik dari perisian(software) atau pun perkakasan(hardware) yang boleh menyebabkan BlueScreen.

Malangnya, sebab berlaku BlueScreen menjadi misteri sehingga anda sendiri atau technician dapat mengenal pasti dari mana punca ia berlaku dan memperbaiki masalah tersebut.

IT techinician juga memerlukan masa berjam-jam untuk troubleshot masalah tersebut sekiranya tidak pasti dari mana punca ia berlaku.

 

JENIS BLUESCREEN (BSOD)

Terdapat pelbagai jenis BlueScreen(BSOD), dan setiap daripada masalah itu memerlukan jalan penyelesaian yang berbeza-beza. Sama ada ia berpunca dari masalah driver, hardware ataupun operating system error.

  • Driver konflik

Driver konflik berlaku apabila dua atau lebih driver ia itu software yang digunakan untuk mengawal hardware laptop atau komputer tidak berfungsi dengan baik.

Ini juga boleh berlaku apabila beberapa driver yang di installs untuk peranti tertentu sebagai contoh wirelss driver dan tanpa anda unistall versi yang lama terlebih dahulu, ada kemungkinan akan menyebabkan driver konflik.

  • Hardware konflik

Dengan tweak hardware laptop atau komputer juga boleh menyebabkan berlakunya BlueScreen(BSOD). Sebagai contoh, silap melakukan overclocking pada komputer boleh menyebabkan BlueScreen serta merta.

Walau bagaimanapun, BlueScreen(BSOD) juga boleh berlaku sekiranya RAM anda tidak diletakkan dengan betul ataupun hardware dan motherboard yang bermasalah.

  • Operating System (OS) error

Senjak dari dulu lagi masalah seperti ini berpunca dari kesilapan user itu sendiri ataupun berpunca dari malware yang mampu merosakkan fail-fail penting dari Operating System anda.

Kehilangan fail yang penting boleh menyebabkan berlaku error, dan menyebabkan laptop atau pc anda anda sentiasa loop keluar BlueScreen(BSOD) di mana setiap kali anda on laptop atau pc.

 

Walaupun hanya dengan beberapa sebab ini berlaku Bluescreen, ada sesetengah masalah memerlukan masa yang lama untuk di diagnos, bergantung pada punca yang menyebabkan ia berlaku.

Dengan informasi ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam diagnos masalah BlueScreen ini.

4 Software Maintainance Percuma Yang Harus Anda Tahu

Sekiranya anda menjaga komputer atau laptop anda dengan betul, ia akan sentiasa pantas dan responsif selama bertahun-tahun. Tetapi jika anda mengabaikan penjagaannya, ia akan menjadi teruk sehingga memyebabkan anda stress.

 

Jadi dari mana patut anda bermula? Dengan empat aplikasi di bawah. Software ini sangat berkesan dengan apa yang ia lakukan, dan tidak memerlukan apa-apa kos untuk software tersebut. Jadi apa tunggu lagi, anda perlu segera untuk install aplikasi tersebut.

 

  • CCLEANER (FILE CLEANING & OPTIMIZATION)

Semasa anda menggunakan komputer atau laptop, terdapat beberapa fail tertentu yang anda mahu padamkan tidak kira masa. Ini termasuk browser caches, temporary installer files, system log files dan sebagainya.

 

 

CCleaner  mempunyai dua bahagian untuk bersihkan fail. Satu untuk Windows dan lagi satu untuk aplikasi third party. Semak kedua-dua bahagian tersebut dan check atau uncheck file yang mahu anda clean atau tidak dan klik Run Cleaner.

CCleaner juga mempunyai ciri untuk registry cleaner, ia boleh memberikan kesan dan positif dan juga negatif jadi elakkan dari klik registry cleaner sekiranya anda tidak pasti.

 

  • MALWAREBYTES (MALWARE SCANNING & REMOVAL)

Malware sentiasa menjadi masalah besar bagi pengguna komputer dan laptop. Ia boleh menyebabkan kan operating system anda menjadi lembab. Dan yang paling teruk adalah komputer atau laptop anda dikawal oleh hackers, data anda akan di kunci dan dijadikan tebusan, atau maklumat anda di curi.

 

 

Malwarebytes adalah aplikasi antimalware yang terbaik yang boleh anda dapati secara percuma. Database infection dikemas kini setiap hari supaya ia berjaya mengesan dan membuang virus terbaru, worm, spyware dan banyak lagi.

Versi percuma software ini sudah memadai anda hanya menggunakan imbasan secara manual.

 

  • GEEK UNINSTALLER (COMPLETE APPS INSTALLATION)

Tahukah anda bahawa unistalling aplikasi dari windows biasanya akan meninggalkan jejak atau kesan aplikasi tersebut yang masih ada dalam sistem anda? Ia boleh menyebabkan pembaziran space hard drive dan boleh juga mempengaruhi prestasi sistem anda.

 

 

Geek Unistaller mudah untuk digunakan. Bila anda mahu uninstall aplikasi, ia akan mengimbas sistem anda untuk mencari sebaran fail yang berkaitan dengan aplikasi tersebut dan buang dari sistem anda.

 

  • SPECCY (IN DEPT SYSTEM INFORMATION)

Adakah anda tahu spesifikasi yang tepat untuk CPU, GPU, RAM, storage, motherboard dan lain-lain komponen dalam komputer atau laptop anda. Jika ia kemungkinan untuk anda ingat sebulan dari sekarang? atau setahun? Tetapi ada segelintir dari anda akan ingat walaupun dah lama.

 

 

Software Speecy memberitahu anda semua yang penting yang perlu anda ketahui tentang komputer atau laptop anda dengan pantas. Dengan imbasan yang mendalam, maklumat seperti CPU, RAM, GPU akan terpapar. Aplikasi ini amat berguna untuk anda memantau komputer atau laptop anda.

 

 

Berapa aplikasi di atas yang anda gunakan?  Ada banyak lagi aplikasi percuma seperti ini di luar sana. Apa tunggu lagi install aplikasi ini mudahan dapat membantu anda dalam memantau komputer dan laptop anda.