TIPS MUDAH UNTUK CARI DRIVER LAPTOP ACER

 

TIPS MUDAH UNTUK CARI DRIVER LAPTOP

  1. Layari website ACER “www.acer.com/us-en/support/drivers-and-manuals”
  2. Taip MODEL LAPTOP anda pada ruangan yang disediakan.
  3. Di ruangan seterusnya terdapat senarai driver dan bahagian operating system pilih windows yang sesuai.
  4. Download driver yang diperlukan video,bluetooth,sound etc.

 

Zaman sekarang mudah, semua dihujung jari tak macam dulu kena pakai CD untuk install driver, kalau CD hilang ah sudah mana nak cari driver.

Macam Mana Nak Elak Virus Pada Laptop?

Kes laptop kena serangan virus ni sering berlaku, sebab masih ramai lagi yang tak tahu cara untuk elakkan virus pada laptop.

Biasanya virus ini datang dari pelbagai punca, seperti internet, email, aplikasi, pendrive dan juga hard disk.

Sebelum tu, jom kita kenal dulu apa itu virus. Virus ni adalah sejenis software yang boleh menjangkiti, membiak, menganggu dan merosakkan laptop.

 

Antara virus yang popular adalah:

Ransomware akan mengunci semula fail dalam computer korang, dan akan minta bayaran sekiranya korang nak data korang semula.

Trojan horse untuk dapatkan akses pada data dalam computer korang.

Backdoor digunakan untuk dapatkan remote-access pada computer dan pemilik virus boleh mengawal laptop dari jauh.

 

4 CARA ELAK VIRUS PADA LAPTOP

Elakkan Butang Download Palsu

Butang download palsu ni biasanya muncul pada website yang menyediakan servis download apa-apa aplikasi. Tak kira sama ada website tu trusted atau tak, butang download palsu ni tetap akan ada dan hantar korang ke website lain.

 

Guna Browser Yang Lebih Selamat

Browser Internet jenis lama biasanya ada masalah untuk melindungi komputer dari serangan virus. Jadi sebab itu, browser ni perlu sentiasa diupdate untuk menambahkan ciri-ciri keselamatan dan mampu melindungi korang daripada serangan virus.

 

Abaikan Mesej Popup Yang Mencurigakan

Kadang-kadang mesej popup yang kata laptop tak update lah, antivirus tak update lah, dan website ini akan meminta korang untuk download aplikasi yang mereka sediakan untuk korang lindungi laptop korang.

Dan untuk pengetahuan korang, website tak boleh cek keadaan laptop korang tanpa kebenaran korang, jadi mesej yang muncul ini adalah palsu, dan perlu diabaikan.

 

Berhati-hati Menggunakan Torrent

Torrent umpama sebuah lautan yang luas penuh dengan pelbagai benda, tapi ada sesetangah tukang upload yang turut meletakkan virus merbahaya pada fail mereka.

Sekiranya korang nak jugak download, pastikan fail yang korang nak download ni adalah selamat.

 

Apa-apa pun, sebagai pengguna laptop korang kena sentiasa peka bila menggunakan laptop, bukan apa, virus nib oleh datang bila-bila masa je, dan yang penting, pastikan korang ada antivirus yang dipercayai supaya keselamatan laptop korang lebih terjamin.

Macam Mana Nak Lajukan Laptop Kesayangan Korang?

Semua orang nak laptop yang laju. Tak kisahlah bila nak guna laptop untuk buat kerja ataupun untuk hiburan, laptop laju ni oleh meningkatkan mood untuk gunakan laptop.

Jadi kami sediakan beberapa tips yang simple dan korang boleh ikut untuk lajukan laptop korang. Tapi, tips yang terakhir tu paling berkesan untuk lajukan laptop korang.

 

Tips Lajukan Laptop Korang

Disk Cleanup

Disk Cleanup ni adalah satu app yang dah sedia ada dalam Windows yang korang boleh gunakan untuk buang fail-fail yang korang dah tak perlukan.

Fail-fail yang kita tak perlukan ni sebenarnya boleh menyebabkan laptop kita jadi slow, lembab. Dan ubatnya, korang buang je apa yang korang tak perlu dengan Disk Cleanup ni.

 

Disk Defragmenter

Kalau korang masih lagi gunakan Hard Disk Drive (HDD), masalah fragmentation ni boleh jadi. Fragmentation ni jadi bila fail yang berkaitan, diselerakkan di dalam hard disk. Bila fail berselerak, akan ambil masa lama untuk load.

Disk Defragmenter ni akan susun semula fail, dan ini boleh tingkatkan kelajuan laptop korang.

 

Pastikan RAM Mencukupi

Random Access Memory atau RAM ini bertujuan untuk menyimpan data sementara semasa korang menggunakan laptop.

Berdasarkan penggunaan korang, pastikan jumlah RAM cukup untuk elakkan masalah slow pada laptop korang.

 

Tutup Start Up Program

Start Up Program adalah apps yang akan run lepas kita on laptop dan load masuk ke Windows. Sebagai contoh, Skype, Spotify biasanya akan run lepas kita login.

Tapi software-software ini juga boleh jadikan laptop korang slow. Jadi, apa yang korang boleh buat adalah tutup atau disablekan apps yang korang tak perlukan untuk running lepas laptop korang on.

 

Upgrade kepada SSD

Dan tips yang terakhir, dan yang tinggu-tunggu adalah upgrade kepada SSD.

SSD atau Solid State Drive ini bertujuan untuk menggantikan hard disk tapi tingkatkan speed laptop dalam 5 ke 10 kali ganda tanpa korang perlu spend banyak.

 

Ini lah 5 tips simple yang korang boleh buat untuk tingkatkan kelajuan laptop korang. Tapi yang paling ketara boleh tingkatkan kelajuan adalah SSD.

Kenali Musuh Utama Laptop Korang!

Sebagai pengguna laptop korang WAJIB tahu MUSUH UTAMA untuk laptop korang.

Musuh utama ini tak lain tak bukan, HABA. Haba ini berpotensi untuk merosakkan komponen-komponen dalam laptop korang.

Antara kesan daripada haba ini adalah berlakunya AUTOSHUTDOWN ataupun BLUESCREEN.

DUA komponen laptop yang paling sensitive terhadap haba adalah PROCESSOR dan GRAPHIC CHIPSET.

 

Apa itu Processor dan Graphic Chipset?

  • Processor diibaratkan seperti otak laptop, memberikan arahan pada komponen-komponen lain.
  • Graphic Chipset pula komponen yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan display pada laptop.

Kalau kedua-dua komponen ini rosak, kos untuk repair amatlah tinggi, jadi korang sebagai pengguna laptop perlu menjaga laptop dengan baik supaya laptop anda boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.

 

Macam mana nak elak masalah haba ni?

Salah satu cara yang terbaik dan berkesan untuk elak masalah haba ini adalah dengan servis laptop korang.

Servis yang saya maksudkan adalah untuk membersihkan habuk pada kipas dan menggantikan thermal paste.

Kalau korang ada kepakaran atau keyakinan, boleh terus servis laptop sendiri, atau, hantar ke kedai yang berdekatan untuk lebih selamat.

 

Kenapa perlu servis laptop?

Ketika laptop menyedut udara untuk menyejukkan laptop, ia juga akan menyedut habuk-habuk yang berdekatan. Dan habuk-habuk ini akan terkumpul dan menyekat laluan udara, dan ini akan mengakibatkan haba dalam laptop anda tidak dapat dilepaskan keluar.

 

Habuk je ke menjadi punca masalah haba?

Tak. Ada satu lagi punca masalah haba adalah thermal paste yang dah pun kering dan keras. Thermal paste ini tujuannya untuk menyalurkan haba pada processor dan graphic chipset kepada heatsink. Dan kipas laptop membantu untuk mengeluarkan haba daripada laptop.

Penggunaan laptop yang lama boleh menyebabkan thermal paste ini kering dan menjadikan laptop overheat.

 

Penutup

Dari apa yang kita dapat pelajari kali ini adalah haba musuh utama pada laptop dan kita sebagai pengguna harus berhati-hati dan beri penjagaan sepenuhnya pada laptop agar laptop kitab oleh bertahan lebih lama.

5 Penyebab Laptop Slow Yang Buat Korang Stress

Pada masa sekarang, makin ramai golongan yang menggunakan laptop. Dari pada pelajar sekolah kepada kolej dan universiti, dan mereka yang bekerja juga menggunakan laptop.

Dengan laptop, pelbagai tugasan boleh disiapkan dengan lebih cepat, tetapi, ada satu masalah besar yang boleh menghancurkan keseronokan dalam menggunakan laptop, iaitu masalah laptop slow.

Korang boleh bayangkan tak, nak masuk desktop pun lembab macam siput? Dan kesudahannya kerja-kerja yang perlu disiapkan ini menjadi tergendala, yang turut boleh mengundang masalah lain.

Dalam artikel ini, saya akan menjelaskan 5 penyebab laptop slow yang akan buat korang stress.

 

5 Penyebab Laptop Slow Yang Buat Korang Stress

Hard Disk


Hard disk merupakan komponen utama untuk laptop, kerana hard disk ini menyimpan fail Windows dan juga data-data.

Hard disk ini berisiko untuk rosak, kalau tak dijaga dengan baik. Apabila hard disk ini rosak, ia boleh jadi penyebab laptop slow.

Untuk masalah hard disk yang dah rosak ini, cara penyelesaiannya adalah dengan menggantikan hard disk yang baru, atau, upgrade kepada SSD untuk jadikan laptop lebih laju.

 

RAM


Random Access Memory atau RAM ini tujuannya adalah untuk simpan data sementara semasa laptop digunakan.

Jika RAM laptop terlalu rendah, ia akan mengurangkan kebolehan laptop untuk multitasking dan jadi penyebab laptop slow.

Jadi, sesuaikan jumlah RAM pada laptop bergantung atas penggunaan anda. Jika anda pengguna biasa, 4GB atau 8GB sudah memadai.

 

Laptop Terlalu Panas


Laptop ni normal untuk hasilkan haba, tapi kalau laptop terlalu panas, ia akan menurunkan kelajuan processor untuk mengurangkan penghasilan haba, dan ini juga akan jadi penyebab laptop slow.

Salah satu benda yang pengguna laptop patut tahu adalah laptop perlu diservis, bersihkan kipas, dan gantikan thermal paste sekurang-kurangnya setahun sekali, atau 6 bulan sekali jika laptop kerap digunakan untuk jangka masa yang lama.

 

Banyak Antivirus


Antivirus bertujuan untuk memberi perlindungan pada laptop, tapi, kalau ada terlampau banyak antivirus, ia bukan hanya memberi perlindungan tapi turut jadi penyebab laptop slow.

Tinggalkan hanya satu antivirus dalam laptop, dan uninstall antivirus yang lain.

 

Banyak Start-Up Programs


Start-up program adalah program yang akan run secara automatic setelah laptop on dan masuk ke Windows.

Kalau tak semua program yang run itu anda perlukan apabila laptop on, disablekan sahaja program yang tak diperlukan. Dan run secara manual apabila anda perlukan.

 

Dan inilah 5 penyebab laptop slow dan juga cara penyelesaiannya. Harap korang dapat selesaikan masalah slow pada laptop korang dan dapat mempermudahkan urusan-urusan korang dengan laptop.