Masalah : Tak Boleh Connect Internet Guna Wi-Fi

Anda pernah alami situasi ini tak?

Eh kenapa dengan Wi-Fi ni! Connected tapi “Limited / No Connectivity”. Nak surf internet pun tak boleh.

Anda boleh cuba salah 1 daripada step kat bawah ni.

Step
(1) Start Menu > Command Prompt > ipconfig/renew(enter) > exit(enter)
(2) Update driver Wi-Fi (sekiranya Wi-Fi tak up to date)
(3) Forget Wi-Fi network> Reconnect & masukkan password Wi-Fi anda
(4) Download new Wi-Fi driver & install
(5) Reset modem streamyx/unifi

Sekiranya problem masih sama kemungkinan besar WIRELESS CARD laptop anda problem.

#SHARE tips dan ilmu ni kepada rakan-rakan.

Masalah : Tarikh Kat Laptop Tak Sama Dengan Tarikh Sebenar

 

Cuba cek simptom kat bawah ni. Kalau ada, confirm bateri CMOS laptop anda ada masalah.

  1. Tarikh dan masa kat laptop tak sama dengan tarikh dan masa sebenar. Tarikh dan masa tetap berubah walaupun dah set kat “BIOS”.
  2. Tak boleh nak surf internet sebab keluar error message ” Your Clock is behind” NET::ERR_CERT_DATE_INVALID. Letih nak kene set tarikh dan masa setiap kali on laptop.
  3. Masa boots je ada message “CMOS CHECK SUM ERROR” / CMOS ERROR READ.

Tak jadi masalah besar pun kalau tak tukar “CMOS battery” tu. Cuma leceh sikit la nak kena tukar tarikh dan masa setiap kali on laptop untuk surf internet.

#SHARE tips dan ilmu ni kepada rakan-rakan.

Guna Shortcut Key Untuk Cepatkan Kerja Anda

Masih menggunakan mouse ketika buat kerja?

Bawah ni antara “shortcut key” yang masih ramai tidak tahu. Kaedah ini lebih cepat “navigate & executing command” berbanding drag mouse & touchpad.

Jom kita tengok. Lepas tu korang terus boleh hafal. Mudah je nak ingat.

Windows Logo + E > My computer

Windows logo + R > Run

Alt + Tab > Switch between program

Alt + F4 > Close current program / shutdown windows

Ctrl + A > Select all

Ctrl + B (Microsoft Words) > Bold text

Ctrl + I (Microsoft Words) > Italic text

Ctrl + U (Microsoft Words) > Underline text

Ctrl + S > Save file

Ctrl + X > Cut selected item

Ctrl + C > Copy selected item

Ctrl + V > Paste

Ctrl + Shift + Esc/ Ctrl + Alt + Del > Open Task Manager

So, lepas ni lagi cepatlah korang buat kerja. Guna keyboard je, tak perlu nak gerakkan cursor guna mouse.

Nak pegang mouse, nak gerakkan mouse, kan dah ambil masa. Tangan dah ada kat keyboard, terus tekan shortcut key.

#SHARE tips ini kepada rakan-rakan yang mungkin tak tahu lagi shortcut key kat atas ni.

Masalah : Display Kat Projector @ External Monitor Tak Keluar

Ada dikalangan pengguna laptop yang kurang tahu macam mana nak keluar kan display dari laptop ke projector @ external monitor.

Situasi ini berlaku di mana pengguna pelik display kat screen laptop ada tapi kenapa display kat projector @ external monitor tak keluar.

Haa sebenarnya ada jugak yang tak tahu sebenarnya ada function key untuk keluarkan display kat projector.

Cuba check kat keyboard laptop ada tak logo macam monitor. Kalau ada itu la function untuk keluarkan display kat projector tu. Jangan lupa tekan Fn+button logo monitor.

#SHARE tips dan ilmu ni kepada rakan-rakan ye.

Bateri Tahan Lebih Lama? Macam Mana?

Alamak! Bateri laptop dah low, cepat pulak drain. Situasi ni pulak berlaku masa tengah buat kerja kat luar (mamak stall/old town). Lepas tu pulak lupa bawa charger laptop atau extension cord semua dah guna. Macam mana nak buat bateri tahan lebih lama?

bateri tahan lebih lama

Sebenarnya ada cara yang boleh dikongsikan, macam mana nak buat bateri tahan lebih lama. Ramai di antara pengguna laptop yang tak tahu, walaupun laptop tu baru di beli atau bateri baru ditukar.

Dengan beberapa “tweak” kecil kat bawah ni dapat membantu dan manage pengunaan kuasa bateri laptop anda.

 

3 Tips Untuk Bateri Tahan Lebih Lama

1. Cabut apa-apa peralatan yang tidak digunakan.

Contohnya:
-external hdd
-external webcam
-mouse
-external speaker

Sekiranya anda inginkan bateri tahan lebih lama, cuba elakkan daripada menggunakan peralatan yang menarik kuasa dari bateri laptop anda seperti mouse dan mengecas handphone. Tiada benda yang boleh menyedut kuasa bateri selain daripada anda mengecas handphone..

Anda juga harus cuba mengelakkan dari menggunakan pemacu DVD ini kerana ia juga menggunakan kuasa yang banyak supaya bateri tahan lebih lama.

2. Tutup aplikasi yang tidak digunakan.

Jika anda telah selesai menggunakan apa-apa aplikasi, jangan biarkan ia terbuka jika anda mahukan bateri tahan lebih lama. Sekiranya ia masih lagi berjalan, sekurang-kurangnya aplikasi tersebut menggunakan beberapa ataupun sebahagian dari PROCESSOR dan juga MEMORY RAM.

Sekiranya ini berlaku laptop anda akan mengambil kuasa bateri dan memberikan tenaga kepada komponen laptop hanya untuk menjalankan aplikasi yang tidak digunakan.

Apabila anda selesai menggunakan aplikasi tertentu, dinasihatkan supaya menutup aplikasi tersebut supaya laptop anda tidak perlu bekerja dan menarik kuasa bateri untuk aplikasi yang tidak digunakan.

Ini dapat menjimatkan lagi penggunaan bateri laptop anda dari habis atau DRAIN dengan cepat.

3. Jangan overcharged bateri laptop

Elakkan daripada kerap plugged in charger sekiranya bateri laptop dah penuh (sebagai contoh bateri 80% dan anda cas, ini akan percepatkan bateri “kong”). Overcharging juga mengelakkan bateri tahan lebih lama.

Sebab bateri laptop ada kitaran, sebaiknya ada amalkan cas bateri apabila dah 20% dan cas sehingga 80% sahaja.

Untuk part 1 saya kongsi 3 tips dulu. Tunggu part 2 pulak ye. Stay tuned!

Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.

bateri tahan lebih lama