Laptop sudah semestinya adalah keperluan pada masa kini. Hampir di semua industri termasuk sekolah memerlukan laptop. Tetapi laptop ini cenderung untuk rosak jika tidak dijaga dengan balik, jangan risau, kami akan kongsikan 7 cara untuk elak laptop panas dan mati.
Apabila kerap penggunaannya, seperti menggunakan aplikasi pengeditan gambar dan video, permainan video, dan buat masa yang lama, masalah ‘overheat’ akan timbul. Simptom-simptom yang menunjukkan laptop anda mempunyai masalah ‘overheat’ adalah:
- Laptop menjadi terlalu panas pada bahagian ‘exhaust fan’.
- Kipas laptop berpusing dengan laju dan menyebabkan bunyi bising.
- Laptop terpadam sendiri apabila dalam keadaan ‘idle’ dan juga ketika bermain ‘game’.
Kebanyakan masalah ‘overheat’ berpunca daripada saluran angin yang tertutup atau tersumbat.
Ketika kipas mengambil angin dari luar, habuk dan rambut yang berada dibawah laptop berkemungkinan disedut sekali dan menyebabkan saluran angin tersumbat.
Apabila saluran angin tersumbat, laptop akan menjadi panas, dan menyebabkan ia ‘auto shutdown’ sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan kerosakan yang kritikal pada laptop.
Macam mana nak elak laptop panas dan mati?
Jom kita tengok 7 cara kat bawah ni.
7 Cara Elak Laptop Panas Dan Mati
1. Pastikan Laluan Angin Dalam Keadaan Yang Baik
Cara yang pertama untuk elak laptop panas dan mati adalah gunakan laptop di atas permukaan yang rata dan licin. Juga letakkan sesuatu seperti buku dibawah bahagian bateri laptop, untuk memastikan laluan angin berjalan dengan lancar.
Jangan letakkan laptop di atas tilam atau bantal, kerana ia akan mennyekat laluan angin dan juga akan menyebabkan laptop panas dan mati.
2. Menggunakan ‘Cooling Pad’
Satu aksesori tambahan iaitu cooling pad kita boleh gunakan untuk elak laptop panas dan mati. ‘Cooling pad’ berfungsi untuk mengurangkan haba laptop dengan mengalirkan udara ke dalam laptop melalui bawah laptop.
Jangan lupa untuk membersihkan ‘cooling pad’ sekali-sekala agar ia dalam keadaan yang bersih dan baik. Jika ia berhabuk dan kotor, ia akan menjadi merbahaya kepada laptop, kerana habuk-habuk itu akan masuk kedalam laptop dan boleh menyebabkan laptop panas dan mati.
3. Kekalkan Persekitaran Yang Sejuk
Untuk elak laptop panas dan mati anda boleh gunakan laptop didalam kawasan yang sejuk, atau berhawa dingin untuk mengelakkan daripada ‘overheat’.
Persekitaran dengan suhu yang tinggi adalah tidak elok untuk laptop kerana ia turut menyebabkan laptop menjadi panas.
4. Menukar Tetapan Laptop
Untuk elak laptop panas dan mati, tetapan laptop juga boleh memberi kesan kepada
- Menutup tetapan ‘overclock’. ‘Overclocking’ menyebabkan laptop lebih panas daripada biasa kerana ia memaksa ’CPU’ menggunakan voltan yang tinggi untuk berfungsi dengan lebih laju dan stabil.
- Tukarkan ‘Power Setting’ daripada ‘High Performance’ kepada ‘Balanced’ atau ‘Power Saver’. ‘Balanced’ menurunkan kelajuan ‘CPU’ ketika tidak digunakan, dan meningkatkan kelajuan apabila laptop perlukan. ‘Power Saver’ pula mengekalkan kelajuan yang minima.
- Menurunkan kadar kecerahan. Dengan mengurangkan kadar kecerahan ia dapat membantu laptop untuk menggunakan kurang tenaga dan mengurangkan haba.
5. Membersihkan kipas dan heatsink
Kipas laptop yang digunakan secara terus-menerus dan menyebabkan habuk-habuk berkumpul. Habuk tebal akan mengurangkan kelajuan kipas berputar serta menghalang angin panas dari keluar.
Bersihkan dengan penuh hati-hati agar tiada habuk yang masih tinggal. Tips ini mungkin sukar bagi yang baru pertama kali untuk membuka laptop.
6. Ganti Thermal Paste
Thermal paste digunakan sebagai penghantar haba kepada heatsink.
Setelah digunakan lama, ia akan kering dan keras dan perlu ditukar untuk memastikan haba dapat dihantar dengan baik dan memastikan suhu laptop anda juga kekal rendah.
7. Rehatkan Laptop
Apabila anda telah menggunakan laptop untuk bekerja atau bermain pada jangka masa yang lama, lebih baik anda mengambil masa untuk mematikan laptop, untuk memberikan ia masa untuk berehat.
Seperti manusia, laptop juga perlu rehat setelah melakukan kerja-kerja berat atau bermain permainan video. Pastikan juga laptop dimatikan sepenuhnya.
Kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, boleh klik button share untuk kongsi dengan kawan-kawan anda.




