Scroll to top

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-8550U processor
  • Intel HD Graphics 620
  • 16GB memory
  • 512 M.2 PCIe NVMe MLC SSD
  • 13.3 inch screen with Full HD display
  • Intel 802.11b/g/n/ac (2×2) Wi-Fi with Bluetooth 4.2+LE

 

Rekabentuk

Spectre x360 ini diperbuat daripada aluminium sepenuhnya. Ia juga mempunyai hinge yang boleh dilipat 360 darjah yang menjadikan asal usul namanya iaitu x360. Rangkanya cukup halus dan ia ringan.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin bersaiz 13.3 inci ini mempunyai resolusi Full HD yang menjadikan warnanya cukup cantik dan terang. Dengan resolusi Full HD ini setiap detail pada trailer Black Panther dapat dilihat dengan jelas.

Kualiti audio pada x360 ini pula menakjubkan. Dengan speaker daripada Bang & Olufsen menjadikan bunyi yang terhasil cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz besar.

 

Keyboard, Touchpad dan Stylus

Tidak seperti laptop nipis yang lain, yang mempunyai keyboard yang rasa murah dan tak best, Spectre x360 ini memberikan keselesaan dan ia sangat memuaskan.

Touchpadnya juga seperti yang disangkakan cukup smooth dan swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Pada Spectre x360 ini juga, HP turut memberikan sebuah stylus yang lebih baik daripada Apple Pencil kerana ia mempunyai charger port yang membolehkan pengguna untuk hanya cas tanpa perlu menukar bateri.

 

Prestasi

Tiada apa yang boleh dibenci pada Spectre x360 ini. Spesifikasi yang cukup bagus, keyboard dan touchpad yang selesa, skrin yang begitu cantik, kualiti audio menakjubkan menjadikan laptop ini sebuah laptop yang baik untuk masa kini. Pada penggunaan bateri, ia boleh bertahan selama 8 jam selepas dicas penuh atas penggunaan web browsing dan juga wifi connection.

Post a Comment