Lajukan Laptop Dengan Disable Startup Programs

google
Bila anda hidupkan laptop ataupun komputer, ia akan memulakan pelbagai jenis software sebelum ia sedia untuk digunakan, seperti Adobe Reader, Skype, Google Chrome, Spotify dan banyak lagi. Kebanyakan software ini berguna tetapi ia menyebabkan komputer kita load lebih perlahan.

Namun begitu, ada cara yang mudah untuk dilakukan untuk tingkatkan kelajuan untuk kompiuter kita sedia untuk digunakan. Anda boleh ubah tetapan ini bila-bila masa sahaja.

Untuk Windows 8.1 dan Windows 10
1. Right-click pada Taskbar dan pilih Task Manager.
2. Pada tab di atas, pilih Startup.
3. Tekan pada Status untuk menyusun senarai program yang dah disabled dan enabled.
4. Untuk disable program, tekan right-click dan pilih Disable.
5. Setelah selesai tutup Task Manager, dan restart komputer anda untuk lihat hasilnya.
google


Untuk Windows 7
1. Tekan Start, dan taip msconfig dan tekan Enter.
2. Pada tab di atas, pilih Startup.
3. Untuk disable program, anda hanya perlu untick checkbox pada program yang anda tidak perlukan.
4. Setelah selesai, tekan OK.
5. Sebuah dialog box akan muncul, dan tekan Restart.
google

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *