Laptop Anda Slow? Punca & Penyelesaian – Part 1

LAPTOP ANDA SLOW?

Laptop anda slow? FR tau korang semua mesti ada sekurang-kurangnya 1-2 laptop kat rumah kan. Bila cerita pasal laptop ni ada banyak sebenarnya topik yang FR boleh share. Tapi hari ni FR nak cerita 1 topik je la iaitu masalah laptop anda slow? Untuk setiap masalah mesti ada punca dan cara penyelesaian.

Ada tak?

Kalau ada, mesti korang rasa bengang, macam nak hempuk je laptop tu. Ok hari ni FR akan kongsikan info mengenai Punca Laptop Anda Slow. FR akan senaraikan 10 punca & penyelesaian dan akan terangkan satu per satu.

laptop anda slow

Punca Laptop Anda Slow

1. Masalah Hard Disk

Punca yang pertama yang buat laptop anda slow berkemungkinan adalah hard disk. Hard disk tu ape? Hard disk tu komponen laptop yang simpan semua data, file, gambar, video, music termasuk operating system yang biasa kita panggil Windows.

Yang ni parah sikit. Kenapa lak parah? Ye la, dah la fail-fail penting macam gambar kawin/family, fail kerja dan macam-macam lagi lah, semua kat dalam hard disk tu.

Kalau boleh read lagi hard disk tu ok je copy balik data-data kat dalam. Ni kalau hard disk tu total lost, tak boleh nak detect, read, corrupt, habis tak boleh nak buat ape dah.

So apa yang boleh kita buat? Barang elektronik ni kita tak boleh nak expect bila nak rosak, mungkin esok, lusa, pun boleh rosak.

FR bagi tips:

  • Hard disk sangat sensitive. Anggap je fragile macam kaca (handle with care).
  • Jangan lasak-lasak, elak dari terjatuh, terhentak. Kalau jadi macam ni cepat hard disk tu rosak.
  • Jangan suka sangat sleep/hibernate untuk jangka masa yang lama. Kalau dah siap kerja tu tutup je laptop.
  • Panas sangat pun tak boleh, overheat pun boleh buat hard disk rosak.

Penyelesaian:

  • FR nasihatkan supaya korang semua buat backup data kat tempat lain. Contohnya save data-data penting kat external hard disk, pendrive, laptop lain, atau pun dekat cloud storage.
  • Hard disk yang rosak tu tukar baru, kalau hard disk lama boleh read lagi copy je data-data dekat hard disk yang baru.
  • Terbaru sekarang ni SDD, 10x ganda laju dari hard disk normal @ HDD. Memang berbeza kelajuan compare dengan hard disk biasa.

laptop anda slow

 

2. Add-Ons Pada Browser

Yang kedua, punca laptop anda slow selalunya disebabkan oleh banyak sangat addons pada browser.

Untuk mereka yang tak tau Browser Add-Ons tu ape, FR akan explain. Browser tu yang kita selalu guna time nak surf internet contoh, Internet Explorer, Mozilla dan Google Chrome. Add-Ons pulak extensions programs yang biasa kalau kita download free software kat internet kadang-kadang package sekali masa downloads.

Banyak sangat Browser add-ons tak elok sebenarnya. Sebab ada sebahagian add-ons boleh memudaratkan performance laptop, tapi bukan semua.

Tips untuk dikongsikan:

  • Masa download atau install software dari internet tu tengok betul-betul ada tak box kecik untuk install software lain yang di offer. Kalau ada untick je untuk mengelakan daripada install sekali add-ons yang tak berguna.
  • Download software kat website yang trusted.

Penyelesaian:

  • Check bahagian extensions kalau ada add-ons yang tidak digunakan, delete je.
  • CHROME: klick icon bawah X dekat browser > setting > pilih extensions> untick atau delete mana-mana add-ons yang tak perlu.

laptop anda slow

3. Buka Terlalu Banyak Aplikasi Dalam Satu Masa

Sebab yang ketiga laptop anda slow adalah buka terlalu banyak aplikasi dalam satu masa.

Ok FR akan bercerita sikit pasal masalah ni. Masalah ini pasti ramai antara korang semua selalu lakukan. FR tak nafikan, FR sendiri pun buat perkara yang sama pada laptop. Tapi kalau korang buat benda macam ni biasa kalau dah lama sikit mula terasa laptop anda slow, betul tak?

Mana tak slow laptop tu ye la, run banyak sangat apps atau programs dalam satu masa yang sama. Ok FR bagi contoh, guna software PHOTOSHOP, ILLUSTATOR, VIDEO EDITTING, YOUTUBE dan lain-lain lagi. Kadang-kadang buka PHOTOSHOP dengan YOUTUBE pun boleh jadikan laptop anda slow.

Keupayaan laptop untuk menjalankan beberapa programs dalam satu masa yang sama bergantung kepada RAM (random access memory).

Tips untuk dikongsikan:

  • Kurangkan buka terlalu banyak programs dalam satu masa.
  • Tutup program atau apps yang tidak digunakan
  • Padam program yang tidak digunakan selepas siap kerja.

Penyelesaian:

  • Kalau korang kerap buat kerja multitasking dinasihatkan supaya tambah RAM untuk support laptop tu.

4. Buka Terlalu Banyak Tab Pada Browser

Ke-empat, punca yang buat laptop anda slow adalah buka banyak sangat tab pada browser pilihan anda.

Yang ini confirm ramai yang buat, suka buka banyak tabs kat browser laptop. Kalau buka terlalu banyak tabs ia menggunakan  lebih banyak memory RAM.

Dengan membuka terlalu banyak Browser pun boleh melambatkan kerja-kerja korang. Kesannya sama macam buka berpuluh-puluh open tabs. Kalau open tabs yang dibuka tu ada function auto-refesh lagi la bertambah lembab laptop tu nanti.

Penyelesaian:

  • Tambah RAM kalau RAM laptop tu kecil
  • Kurangkan buka open tabs yang tak digunakan
  • Padam open tabs yang tidak digunakan selepas siap kerja.

laptop anda slow

5. Penggunaan Software Berat

Sebab yang kelima punca laptop anda slow adalah, penggunaan software yang berat pada laptop dengan spesifikasi tak berapa tinggi.

Apa tu Software Berat? Software yang memerlukan spesifikasi laptop yang tinggi seperti RAM, Graphic Card dan Processor. Contoh, software 3D, photoshop, premiere, editing dan lain-lain lagi.

Ini kerana software seperti ini menggunakan banyak memory dari RAM dan Graphic. Processor juga memainkan peranan supaya programs ini berjalan dengan lancar. Kalau laptop tu low spec/ spec rendah, comfirm masa run programs tu ada kemungkinan slow, lembab, lambat tak pun hang.

Tips untuk dikongsikan:

  • Pastikan laptop korang mempunyai specifikasi yang cukup untuk menjalan program tersebut bagi mengelakkan dari berlakunya masalah.
  • Jangan menggunakan perisian ataupun programs diluar kemampuan laptop.
  • Monitor program apa yang menggunakan memory yang banyak. ( open task manager ( ctrl+alt+del> pilih bahagian processes).
  • Padam/buang programs tidak lagi digunakan.

Penyelesaian:

  • Upgrade RAM kalau RAM tak cukup.
  • Pakai SSD kalau nak program yang berjalan, running dengan cepat.
  • Sebelum beli laptop pastikan software yang nak digunakan sesuai dengan spec laptop.

Graphic card boleh upgrade khas untuk PC. Laptop tak boleh upgrade graphic tau.

FR rasa macam dah terlebih panjang pulak artikel kali ini. Ini baru part 1. Nanti FR sambung part 2. Ada lagi 5 punca kenapa laptop anda slow dan FR akan bagi terus penyelesaian. Korang terus boleh buat. Tak perlu nak tungu-tunggu.

Sebelum tu, boleh FR minta tolong sikit tak? Tekan button share kat bawah ni. Biar lebih ramai yang tahu cara nak selesaikan masalah laptop slow.

FR yakin ramai yang ada masalah laptop lembap, macam FR jugak lah. Ok lah, jumpa lagi dalam artikel seterusnya ya.

laptop anda slow

Satu pandangan pada “Laptop Anda Slow? Punca & Penyelesaian – Part 1”

  1. Nurin berkata:

    Assalam.. FR nak tanya kalau kita dah delete anti virus dalam laptop macam mana nak install yang baru? Dan satu lagi.. Kenapa bila saya buka Google Chrome dia tak guna google dia jadi yahoo.. Mohon penjelasan FR.. Tq

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *