Lenovo ThinkPad 25

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7500U
  • Nvidia GeForce 940MX
  • 16 GB memory
  • 512GB NVMe M.2 PCIe SSD
  • 14 inches touch screen with Full HD display
  • Intel Dual-Band Wireless-AC 8265 with Bluetooth 4.1

 

Rekabentuk

ThinkPad 25 ini merupakan ThinkPad T470 yang telah diubahsuai yang juga mempunyai rekaan yang sama dengan rekaan klasik yang mengingatkan kepada ThinkPad yang asal.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin Full HD bersaiz 14 inci pada ThinkPad 25 ini mempunyai warna yang cukup menarik tetapi ia kurang terang. Ketika menonton trailer, warna-warnanya menyerlah tetapi, apabila ia sampai ke scene yang gelap, ia menjadi sukar untuk dilihat.

Speaker pada laptop ini juga cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana. Pada Settings, kita juga boleh mengubahsuai profile audio, daripada gaming ke music ataupun movie.

 

Keyboard dan Touchpad

Lenovo mengembalikan keyboard ThinkPad daripada tahun 2012 dan ia sangat menawan dan selesa untuk menaip. Ia juga tidak memerlukan jumlah tenaga yang kuat dan ia cukup memuaskan.

Touchpad ThinkPad 25 ini lebih kecil berbanding ThinkPad T470 tetapi ianya lebih smooth dan selesa kerana permukaan jenis Myler. Swipe, click dan multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Dengan kombinasi sepsifikasi yang tinggi, keselesaan menaip, skrin Full HD yang warna-warni, jangka hayat bateri yang panjang dan rekaan klasik yang masih lagi menggoda, tiada apa yang membuatkan thinkPad 25 ini tidak disukai.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *