Manfaat Servis Dust Cleaning Untuk Laptop

Manfaat Servis Dust Cleaning Untuk Laptop

 Manfaat Servis Dust Cleaning Untuk Laptop

Manfaat Servis Dust Cleaning Untuk Laptop

Saya harap, sekarang, sudah ramai pengguna laptop yang sudah tahu tentang manfaat servis dust cleaning dan memanfaatkan servis ini untuk memanjangkan jangka hayat laptop anda. Servis dust cleaning adalah servis di mana habuk yang terkumpul pada kipas dan juga bahagian dalaman laptop dibersihkan termasuk menggantikan thermal paste yang kemungkinan sudah pun kering.

Ini kerana punca laptop panas, adalah keringnya thermal paste dan habuk banyak terkumpul di dalam laptop. Sebab itu kita sebagai pengguna harus servis laptop sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memanjangkan jangka hayat laptop anda.

Dan untuk artikel ini saya akan kongsikan 5 Manfaat Dust Cleaning Untuk Laptop.

 

5 Manfaat Dust Cleaning Untuk Laptop

1. Kurangnya Penghasilan Haba

Cooling fan dapat mengurangkan suhu dan haba. Jika ada habuk yang menghalang fan daripada berputar, hardware dalam laptop tidak akan mendapat udara yang secukupnya. Disebabkan suhu yang terlampau panas boleh menyebabkan kerosakkan dibahagian hardware.

2. Paparan Semakin Jelas

Skrin laptop atau monitor akan menjadi pudar jika tidak dibersihkan. Jika anda menggunakan skrin LCD anda perlu lebih berhati-hati ketika melakukan pembersihan. Skrin laptop atau monitor yang bersih bukan saja dpt meningkatkan jangka hayat tetapi memberikan paparan yang lebih jelas.

3. Meningkatkan Jangka Hayat Laptop

Sekiranya laptop anda dipenuhi dengan habuk, ada kemungkinan komponen-komponen dalam laptop boleh menjadi cepat rosak dan anda akan perlu menukar komponen tersebut dengan lebih kerap. Jika tidak pun anda perlu beli laptop baru.

Dengan melakukan servis cleandust secara berkala anda dapat meningkatkan lagi jangka hayat komponen hardware.

4. Mengurangkan Risiko Untuk Rosak

Dengan menjaga laptop anda dalam keadaan baik, anda dapat mengurangkan wang untuk baik pulih ataupun menukar hardware. Dan bagaimana anda boleh buat? Adalah dengan membersihkan laptop.

5. Meningkatkan Produktiviti

Secara peribadi saya mendapati ia amat sukar untuk melakukan kerja dengan baik, apatah lagi menjadi kreatif, apabila anda dikelilingi dengan kotoran dan debu pada laptop anda.

Bayangkan laptop anda kotor dan tak pernah servis tiba-tiba berlaku autoshutdown disebabkan haba terlalu panas. Ini pasti mengganggu kerja yang anda sedang lakukan.

 

Dan inilah dia 5 Manfaat Servis Dust Cleaning Untuk Laptop yang patut anda tahu dan anda dapat memanfaatkan artikel ini dengan dua perkara, servis dan juga penjagaan selepas servis, untuk jangka hayat laptop yang lama tanpa masalah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *