Bengang tak bila nak buat kerja, masa tu la laptop slow dan hang? Masa tu rasa nak hempuk je laptop tu kan. Saya pun pernah rasa camni. Anda boleh cuba 10 tips ni, insyaALLAH boleh tingkatkan kelajuan laptop anda sehingga 50%.
Tolong SHARE untuk manfaat kawan-kawan kita.
1. Gunakan software Ccleaner
Yang pertama sekali yang anda boleh lakukan untuk tingkatkan kelajuan laptop adalah dengan menggunakan CCleaner untuk buang fail yang tak lagi diperlukan dalam laptop anda.
A) taip kat google ‘ download ccleaner ‘
B) dah siap download, install dulu
C) tekan ‘ Run Cleaner ‘
D) tekan ‘ Registry –> Scan for Issues –> Fix Selected Issues –> No –> Fix All Selected Issues –> OK
2. Uninstall software yang tak digunakan
Yang kedua, dengan menggunakan CCleaner anda boleh buang mana-mana software yang tak lagi diperlukan untuk tingkatkan kelajuan laptop anda.
A) Guna CCleaner
B) Tekan ‘ Tools –> Uninstall mana programs yang tak / jarang guna
__________________________________________________________________
A) Windows Control Panel
B) Tekan Uninstall Program > Uninstall program yang tak / jarang guna
3. Upgrade RAM anda
RAM juga memainkan peranan untuk kebanyakan software sekarang memerlukan RAM yang tinggi sebab software sekarang memerlukan RAM yang tinggi, contohnya untuk meraka yang melakukan video editting dan rendering tak lupa juga untuk mereka yang membuka banyak apps dalam satu masa.
4. Bersihkan habuk
Bila kali terakhir anda bersihkan habuk laptop?
Jika lebih 6-12 bulan, saya nasihatkan lebih baik buat servis Clean Dust untuk elakkan motherboard overheat dan kos repair dia mahal. Masalah overheat ini boleh menyebabkan laptop kita menurunkan kelajuan untuk menurunkan suhu laptop. Jadi, untuk tingkatkan kelajuan laptop, servis laptop adalah satu kemestian.
5. Defragment sekiranya anda menggunakan hard disk
Satu masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna hard disk biasa adalah fragmentation. Fragmentation ini menyebabkan susunan fail berterabur dan melembabkan proses carian fail di dalam laptop.
Untuk tingkatkan kelajuan laptop, anda boleh defrag untuk menyusun semula fail anda. Dan anda juga boleh mengakses fail dengan lebih cepat.
ELAKKAN DARI DEFRAGMENT SSD ANDA
A) Download kat google ‘ defraggler ‘
B) Dah siap download kemudian install.
C) Pilih drive & tekan defrag
D) Tunggu hingga siap dan sambung dengan drive lain.
6. Anda digalakkan guna SSD (solid state drive)
Sebab SSD ni 10x ganda laju dari HDD biasa. Memang salah satu solution yang terbaik untuk tingkatkan kelajuan laptop anda.
Jika anda banyak gunakan program untuk kerja yang berat (Video editing, rendering), saya cadangkan guna SSD untuk kelajuan yg maksimum.
7. Delete files dalam folder ” %TEMP%”
Bila anda dah gunakan laptop dalam tempoh yang lama, akan ada banyak fail simpanan sementara atau TEMP files akan terkumpul. Dan dengan buang TEMP files ini, anda boleh tingkatkan kelajuan laptop anda.
A) Tekan Start –> Taip Run
B) Taip %TEMP% –> Enter
C) Select all semua file, kemudian delete.
Semua file dalam folder temp kebanyakkan sampah, anda boleh free space size HDD/SSD anda.
8. Anda dinasihatkan guna cooling fan
Seperti yang saya telah jelaskan, laptop yang overheat juga boleh menyebabkan laptop anda menjadi lebih perlahan, dan dengan laptop cooler anda boleh tingkatkan kelajuan laptop anda.
9. Scan laptop anda seminggu sekali
Laptop anda dah ada antivirus? Kalau dah, berapa kali dah scan?
Saya nasihatkan buat scan seminggu atau sebulan sekali. Buat waktu anda tak gunakan laptop.
Yang ni WAJIB buat untuk tingkatkan kelajuan laptop anda.
10. Disable windows Aero (win 7)
Animasi pada Windows juga boleh memberikan kesan kepada kelajuan laptop. Jika laptop anda berspesifikasi rendah, anda boleh tutup animasi pada Windows untuk tingkatkan kelajuan laptop anda.
A) Right click desktop –> Pilih Personalize
B) Pilih Windows Classic
Memang nampak buruk tapi dapatkan kurang space untuk ram dan sesuai untuk laptop yg RAM bawah 2gb.











Kalau semua step kat atas dah buat, tapi jikalau maseh slow banget tu gimane sihh??
Ado konklusi laen takk??
gue sudah format sih windowsnya..tapi kondisinya maseh nggak memuaskan dong..
gue pikir mau hempas aja…