Scroll to top

3 Media Player Percuma Yang Terbaik Untuk Windows

No comments


Untuk memilih sebuah media player boleh dikatakan hampir sama dengan rasa untuk memilih web-browser. Oleh kerana, terdapat pelbagai jenis dan masing-masing mempunyai ciri ciri yang berbeza dan menjadikan ia lebih baik daripada yang lain. Namun begitu untuk mereka yang sudah memilih aplikasi pilihan, ini bukan lagi suatu masalah.

Kami akan senaraikan beberapa media player yang terbaik untuk anda gunakan pada laptop dan juga desktop anda.

1. VLC Media Player

VLC boleh dikatakan salah satu media player yang cukup popular, dengan kebolehannya memainkan pelbagai jenis format media, ia memudahkan pengguna tanpa perlu mencari codec dan sebagainya, yang mungkin akan memakan masa. Kelemahan VLC adalah untuk laptop lama, prestasi VLC akan berkurangan.
Download VLC Media Player


2. PotPlayer

PotPlayer adalah media player daripada Korea Selatan, ia boleh dikatakan mempunyai feature yang hampir sama dengan VLC, tetapi, ia mempunyai design yang lebih futuristik. Dan berbanding dengan VLC, prestasi PotPlayer boleh dikatakan hampir sama pada semua peranti termasuk peranti-peranti lama.
Download PotPlayer


3. Media Player Classic

Media Player Classic atau MPC merupakan salah satu aplikasi yang wujud pada zaman Windows XP dan masih diguna pakai pada zaman ini. MPC boleh dikatakan media player yang terbaik oleh kerana ia ringan, laju, dan boleh digunakan pada komputer lama tanpa sebarang masalah. Namun begitu pada Julai 2017, MPC dihentikan.
Download Media Player Classic

Post a Comment