Scroll to top

3 Sebab Anda Harus Memiliki Mechanical Keyboard

No comments

1. Better key feel (rasa kelainan dari keyboard yang biasa)

Sesetengah pengguna, apabila mereka telah mencuba papan kekunci mekanikal (mechanical keyboard), kebanyakan dari mereka tidak akan kembali ke model papan kekunci (keyboard) yang biasa menggunakan getah (rubber-dome). Kenapa? Ia kerana, menekan butang pada keyboard tersebut lebih syok.

Better key feel, secara amnya merujuk kepada ciri-ciri seperti kelajuan yang apabila anda menekan butang keyboard dan kembali pada kedudukan asal dan feeling lain macam, bunyi ada sedikit macam typewriter.

keyboard mechanical bunyi agak kuat sedikit berbanding keyboard yang biasa. Bagaimana pun nikmat ketika anda sedang menaip dengan menggunaka keyboard mechanical ini agak sukar untuk digambarkan, anda kena cuba sendiri baru boleh rasa feeling yang lain macam sedikit.

2. Outstanding durability (ketahanan yang luar biasa) 

Jangka hayat untuk mechanical keyboard adalah jauh lebih lebih lama jika dibandingkan dengan keyboard lain yang ada diluar sana, ini tidak dapat dinafikan dan ini juga adalah salah satu kelebihan keyboard tersebut.

Sebagai contoh yang paling terkenal adalah keyboard IBM Model M, yang di keluarkan pada tahun 1984 dan terus dihasilkan ke hari ini. Banyak diantaranya yang dihasilkan pada tahun 80-an masih lagi digunakan hingga ke hari ini, malah berfungsi dengan elok.

Ketahanan keyboard mechanical bergantung pada reka bentuk. Butang suis keyboard ini dibuat daripada logam, dan kebanyakan menggunakan metal-to-metal contact (bahagian reka bentuk butang yang membolehkan komputer anda tahu kekunci telah di tekan)

Hasilnya, keyboard mechanical mampu bertahan lebih lama jika nak di bandingkan dengan rubber-dome keyboard. Disamping itu, getah pada keyboard yang biasa sering direndahkan dari masa ke semasa.

3. Easy Maintanance (mudah diselenggara)

Kebanyakan keyboard biasa agar sukar untuk diselenggara. Getah yang ada pada keyboard tersebut cenderung untuk menarik kotoran, terutamanya jika keyboard tersebut sudah lama dan getah tersebut melekit. Disebabkan ini membuatkan anda sukar atau mustahil untuk di selenggara.

Disamping itu, keyboard biasa menggunakan kaedah attachment yang tidak mesra penyelenggaraan (not maintenance friendly). Secara teknikal butang kekunci perlu diletakan di tempat betul, supaya sebahagian kecil logam digunakan untuk lock butang tersebut dari tercabut.

Bagaimanapun ia agak sukar untuk dipasang jika tercabut dari logam tersebut.

Kebanyakan keyboard mechanical adalah sangat contrast dari keyboard biasa, membolehkan anda keluarkan setiap kekunci, dan di antara suis tersebut ada ruang antara mereka adalah plastik. Ini menjadikan pembersihan mudah dan kekunci tersebut boleh dipasang semula dengan sedikit tekanan.

Harga untuk keyboard mechanical jauh lebih mahal dari keyboard yang biasa. Bukan semua orang menghargai atau minat dengan keyboard tersebut. Jika anda kerap menghabiskan masa anda lebih dari 4 jam sehari menggunakan pc, atau anda seorang kaki game, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki keyboard ini.

Post a Comment