Scroll to top

5 Music Player Percuma Untuk Windows

No comments

Hari ini, kebanyakkan orang lebih gemar untuk streaming muzik kegemaran mereka di internet sebagai contoh sportify, youtube dan sebagainya. Dulu kita biasa akan download pelbagai jenis lagu dan simpan dalam storage device.

Sekarang ini semua orang boleh dengar lagu apa yang mereka mahukan asalkan connect dengan internet. Ada manfaat yang anda dapat sekiranya download muzik dari internet dan simpan dalam storage drive.

Apa yang best? Anda dapat memainkan muzik tersebut walaupun anda tidak mempunyai akses internet. Anda juga hanya perlu download muzik itu sekali sahaja dan boleh di simpan untuk selama-lamanya, selagi anda tidak delete fail muzik tersebut.

Dibawah merupakan beberapa senarai music player yang boleh anda gunakan. Pilih aplikasi music player yang mana sesuai dengan anda.

1. FOOBAR2000

Setahu saya, footbar2000 adalah salah satu keajaiban Windows. Ia dilancarkan pada 2002, menjadikannya salah satu aplikasi yang masih wujud dan di kenali ramai.

Ada sebab mengapa ia tersenarai dalam Best Windows Software. Selagi ia tidak terkeluar dari landasan atau melakukan kesilapan besar, ia akan kekal untuk tahun-tahun yang akan datang.

Ciri-ciri utama:

  • Interface yang ringan dan pantas, responsif
  • Menyokong semua format audio utama, termasuk AAC, AIFF, FLAC, MP3, OGG, WAV, WMA, dan anda sentaisa boleh menambah lebih sokongan dengan memasang komponen.
  • Transcodes antara semua format audio
  • Menerima plugin pihak ketiga (third party)
  • Advanced media tagging
  • Keyboard shortcaut yang boleh di customize
2. MUSICBEE

MusicBee memanggelar diri sebagai ultimate music manager dan player, dan berdasarkan apa yang saya lihat, ia layak. Player ini benar-benar menyampaikan pengalaman muzik yang terbaik dan mempunyai ia tool untuk anda tweak.

Ciri-ciri utama:

  • 10-band dan 15-band equalizers untuk kualiti audio yang maksimum.
  • Menyokong skins dan plugin.
  • Imports iTunes dan Windows Media libraries.
  • Didapati dalam bentuk Windows dan juga Android
3. WINANMP

Winamp mempunyai ciri-ciri yang berguna, dan mempunyai interface yang sangat unik dan sesetengah orang beranggapan ia semak dan kucar-kacir. Winamp adalah media player yang lebih lama dari foobar2000.

Ciri-ciri utama:

  • Menyokong semua audio dan video format utama, termasuk AAC, AIFF, FLAC, FLV, MKV, MP3, MP4, OGG, WAV, WebM, WMA, WMV.
  • Menguruskan skin dan plugin
  • Import itunes libraries
  • Boleh didapati dalam android
  • Smart views dan senarai playlist yang dinamik
4. MEDIA MONKEY

Media Monkey berguna untuk sesiapa sahaja yang mempunyai media library yang besar. Apa yang dimaksudkan adalah beratus-ratus beribi-ribu lagu. Kebanyakkan music player akan menjadi lembab semasa mengurus dan memproses banyak data, tetapi MediaMonkey mengendalikan dengan bagus sekali.

Ciri-ciri utama:

  • Menyokong semua format audio dan video utama, termasuk AAC, FLAC, MKV, MP3, MP4, OGG, WAV, WMA, WMV. Juga mempunyai plugin WASAPI untuk audiophiles dengan peralatan audio high end
  • Mengendali transcoding antara kebanyakkan format audio
  • Jukebox dan Auto-DJ features untuk pesta dan public events
  • Boleh didapati untuk Android dan juga iOS
5. DOPAMINE

Anda mungkin tidak pernah dengan dengan aplikasi Dopamine sebelum ini. Music player ini menyasarkan khas untuk pengguna Windows di luar sana. Ia bertujuan untuk memberikan pengalaman muzik memenuhi cita rasa pengguna.

Ciri-ciri utama:

  • Sangat mudah (simple) dan ringan
  • Menyokong format audio: AAC, FLAC, MP3, OGG, WAV dan WMA.
  • Kawalan yang cepat dan mudah pada taskbar, mempunyai system tray dan notifakasi.
  • Pelbagai player modes, termasuk micro dan nano modes.
  • Sesuai untuk desktop dan mobile versi windows 10

Post a Comment

© 2018 frlaptopservice.com was made with love by FR Laptop Service All right reserved.