5 Penyebab Laptop Slow Yang Buat Korang Stress

Pada masa sekarang, makin ramai golongan yang menggunakan laptop. Dari pada pelajar sekolah kepada kolej dan universiti, dan mereka yang bekerja juga menggunakan laptop.

Dengan laptop, pelbagai tugasan boleh disiapkan dengan lebih cepat, tetapi, ada satu masalah besar yang boleh menghancurkan keseronokan dalam menggunakan laptop, iaitu masalah laptop slow.

Korang boleh bayangkan tak, nak masuk desktop pun lembab macam siput? Dan kesudahannya kerja-kerja yang perlu disiapkan ini menjadi tergendala, yang turut boleh mengundang masalah lain.

Dalam artikel ini, saya akan menjelaskan 5 penyebab laptop slow yang akan buat korang stress.

 

5 Penyebab Laptop Slow Yang Buat Korang Stress

Hard Disk


Hard disk merupakan komponen utama untuk laptop, kerana hard disk ini menyimpan fail Windows dan juga data-data.

Hard disk ini berisiko untuk rosak, kalau tak dijaga dengan baik. Apabila hard disk ini rosak, ia boleh jadi penyebab laptop slow.

Untuk masalah hard disk yang dah rosak ini, cara penyelesaiannya adalah dengan menggantikan hard disk yang baru, atau, upgrade kepada SSD untuk jadikan laptop lebih laju.

 

RAM


Random Access Memory atau RAM ini tujuannya adalah untuk simpan data sementara semasa laptop digunakan.

Jika RAM laptop terlalu rendah, ia akan mengurangkan kebolehan laptop untuk multitasking dan jadi penyebab laptop slow.

Jadi, sesuaikan jumlah RAM pada laptop bergantung atas penggunaan anda. Jika anda pengguna biasa, 4GB atau 8GB sudah memadai.

 

Laptop Terlalu Panas


Laptop ni normal untuk hasilkan haba, tapi kalau laptop terlalu panas, ia akan menurunkan kelajuan processor untuk mengurangkan penghasilan haba, dan ini juga akan jadi penyebab laptop slow.

Salah satu benda yang pengguna laptop patut tahu adalah laptop perlu diservis, bersihkan kipas, dan gantikan thermal paste sekurang-kurangnya setahun sekali, atau 6 bulan sekali jika laptop kerap digunakan untuk jangka masa yang lama.

 

Banyak Antivirus


Antivirus bertujuan untuk memberi perlindungan pada laptop, tapi, kalau ada terlampau banyak antivirus, ia bukan hanya memberi perlindungan tapi turut jadi penyebab laptop slow.

Tinggalkan hanya satu antivirus dalam laptop, dan uninstall antivirus yang lain.

 

Banyak Start-Up Programs


Start-up program adalah program yang akan run secara automatic setelah laptop on dan masuk ke Windows.

Kalau tak semua program yang run itu anda perlukan apabila laptop on, disablekan sahaja program yang tak diperlukan. Dan run secara manual apabila anda perlukan.

 

Dan inilah 5 penyebab laptop slow dan juga cara penyelesaiannya. Harap korang dapat selesaikan masalah slow pada laptop korang dan dapat mempermudahkan urusan-urusan korang dengan laptop.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *