Scroll to top

Kenapa Perlu Upgrade Ke SSD?

No comments

SSD atau nama penuhnya, Solid State Drive, adalah sejenis peranti storan yang kini tidak asing lagi untuk pengguna laptop dan juga desktop. Kita boleh menambahkan kelajuan dan kestabilan pada laptop lama, desktop lama, dengan hanya upgrade hard disk kepada SSD.

SSD adalah peranti storan yang tidak meruap (non-volatile) yang menggunakan flash memory untuk menyimpan dan mengakses data. Dalam kata lain, SSD tidak menggunakan komponen mekanikal dan ini memberikan perbezaan yang besar.

Dan untuk artikel ini saya akan menjelaskan kenapa perlu upgrade ke SSD supaya anda lebih mudah buat keputusan untuk upgrade daripada perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membeli laptop yang baru.

 

Kenapa Perlu Upgrade Ke SSD?

Ketahanan SSD

Haba merupakan salah satu punca hard disk boleh rosak, dan haba boleh terhasil daripada bergerakan hard disk, yang kemudiannya boleh menyebabkan ia rosak dari semasa ke semasa. Oleh kerana SSD tidak mempunyai komponen mekanikal, ia boleh mengekalkan suhu yang rendah tapi memberikan prestasi yang lebih baik. SSD juga boleh bertahan dari sebarang pergerakan, hentakan, terjatuh dan menjadikan SSD ini lebih susah untuk rosak.

 

SSD Lebih Laju Daripada Hard Disk

SSD adalah seratus kali ganda lebih laju jika dibandingkan dengan hard disk. SSD memberikan boot time yang lebih rendah dan mempercepatkan pengalihan data dan bandwith yang lebih tinggi. Kelajuan yang tinggi bermakna SSD boleh mengendalikan data pada kadar yang lebih laju pada zaman bisnes online seperti sekarang, terutama sekali apabila membuuka programs yang memerlukan data yang banyak seperti operating system. Tak lupa juga, SSD lebih stabil, dan menjamin data yang tersimpan lebih selamat.

 

Menjimatkan Tenaga

Oleh kerana SSD tidak mempunyai komponen yang bergerak, SSD tidak menggunakan tenaga yang banyak untuk beroperasi berbanding hard disk yang mempunyai cakera yang berpusing. Penjimatan tenaga ini adalah kelebihan yang besar jika menggunakan SSD pada desktop dan juga laptop. Oleh kerana dengan SSD, bateri laptop boleh bertahan dengan lama berbanding menggunakan hard disk.

 

Lebih Ringan Dan Tanpa Bunyi

Saiz SSD yang lebih nipis dan menggunakan flash memory menjadikan laptop lebih ringan berbanding hard disk. Desain yang kompak ini menjadikan SSD sesuai untuk laptop, tablet dan juga komponen elektronik yang lain. Dengan ketiadaan bahagian mekanikal, SSD adalah lebih senyap berbanding hard disk, yang boleh menghasilkan bunyi dan getaran yang agak menjengkelkan.

 

Jadi, kenapa perlu upgrade ke SSD?

SSD mempunyai ketahanan yang lebih tinggi dan mampu untuk menahan sebarang kerosakan yang boleh terhasil daripada hentakan, terjatuh. SSD juga boleh meningkatkan kelajuan tak kira untuk boot, load program, game dan juga movie. Tambahan pula, dengan teknologi yang terkini, SSD lebih ringan dan menjimatkan tenaga dan bateri pada laptop yang kemudiannya boleh mengurangkan haba yang terhasil pada laptop.

 

Nak upgrade ke SSD?

Tekan je link bawah ni 👇

Saya Nak Upgrade Ke SSD!

Post a Comment