Scroll to top

3 Tips Mudah Lajukan Laptop Windows 10!

No comments

Zaman sekarang, laptop semakin diperlukan untuk kerja-kerja tak kira sama ada untuk pekerja, pelajar dan juga pemilik bisnes persendirian. Dan Windows 10 juga merupakan salah satu Windows yang paling popular untuk kebanyakan laptop.

Tapi laptop-laptop ini mempunyai risiko masalah laptop lembab, dan masalah ini boleh menyebabkan produktiviti kerja menurun dan boleh menyebabkan kerja semakin menimbun.

Untuk artikel ini saya akan kongsikan beberapa tips mudah lajukan laptop yang anda boleh lakukan sendiri.

 

3 TIPS MUDAH LAJUKAN LAPTOP!

Tips 1: Bersihkan Fail ‘Temp’

Fail ‘Temp’ ini mengandungi fail-fail yang tercipta semasa menggunakan apa-apa aplikasi. Dan sekiranya dibiarkan saiznya akan menjadi lebih besar dan memberi kesan kepada kelajuan laptop anda.

  1. Tekan butang Windows + butang R serentak.
  2. Dan taipkan %temp%, kemudian tekan butang enter.
  3. Pilih semua fail di dalam folder ‘temp’ dan tekan butang delete.
  4. Tekan Continue. Jika ada fail yang tak boleh dibuang, tekan Skip sahaja.

 

Tips 2: Tutup Program Startup Yang Tak Perlu

Program startup adalah program yang akan run apabila anda masuk sahaja ke Windows setelah tekan butang on.

Program-program inilah yang boleh menjadikan laptop anda perlahan ketika on.

Jika anda bersetuju ada program yang anda tak perlukan, anda boleh disable sahaja terlebih dahulu dan kemudian boleh onkan secara manual.

  1. Tekan butang Ctrl + Shift + Esc serentak, dan buka tab Startup
  2. Pilih program yang anda tak perlukan.
  3. Tekan butang Disable.

 

Tips 3: Tutup Background Apps

Windows 10 mempunyai banyak apps yang sudah terinstall. Dan tak semua apps ini perlu untuk berjalan ketika kita menggunakan laptop.

Jadi kita patut tutup background apps agar laptop kita boleh menjadi lebih laju dan lebih lancar.

  1. Tekan Start, dan taip backgrund apps dan tekan Enter.
  2. Tutup sahaja background apps pada toggle mengikut rajah dibawah.
  3. Jika anda memerlukan apps yang tersenarai, anda perlu enablekan semula, dan kemudian disable mana-mana apps yang anda tidak perlukan.

 

Dan sampai disini sahaja 3 tips mudah lajukan laptop khusus untuk Windows 10. Sekiranya anda menyukai artikel ini, sila sharekan dengan kawan-kawan agar lebih ramai yang dapat ilmu yang saya kongsikan ini. Assalamualaikum WBT!

Post a Comment