Kini, laptop dah jadi satu keperluan untuk kebanyakan orang. Baik untuk pelajar dan juga mereka yang sudahpun berada di alam pekerjaan, laptop boleh dianggap sudah menjadi kawan baik kerana ianya mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Tapi, masih lagi ramai orang yang tak tahu cara penjagaan skrin yang betul dan ia mendorong kearah masalah skrin laptop rosak. Ada yang hanya sedar laptop bermasalah apabila muncul tanda skrin laptop rosak.
Salah satu kesilapan yang biasa orang buat adalah terus membeli laptop yang baru setelah muncul tanda skrin laptop rosak. Dan sebenarnya ia akan merugikan kita.
Untuk masalah pada skrin laptop, jangan terus beli laptop baru kerana laptop itu masih lagi ada harapan untuk dipulihkan walaupun sudah nampak tanda skrin laptop rosak.
Tanda Skrin Laptop Rosak Yang Sering Terjadi
Sebagai pengguna laptop, kita perlu sentiasa peka tentang punca atau tanda skrin laptop rosak ini. Jika ada tanda skrin laptop rosak, terus dapatkan bantuan servis tukar skrin laptop dari kedai baiki laptop yang berpengalaman.
Antara tanda skrin laptop rosak yang perlu tahu adalah:
Tiada Paparan Pada Skrin
Jika laptop anda sudahpun hidup tapi tiada paparan pada skrin, ini bermakna sama ada masalah berpunca daripada skrin itu sendiri ataupun daripada masalah lain. Sebab itu pentingnya untuk periksa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
Skrin Laptop Pecah
Skrin laptop yang sudah pecah akan kelihatan seperti ada garisan pecah dan merekah pada skrin. Skrin yang pecah ini boleh menghalang pandangan dan menganggu apabila ingin menggunakan laptop.
Muncul Garisan Pada Skrin
Garisan halus boleh muncul pada skrin dalam keadaan menegak ataupun melintang. Garisan ini muncul pada mana-mana bahagian skrin dan jika dibiarkan, garisan ini akan bertambah semakin banyak dan teruk.
Skrin Berkelip
Jika skrin anda kerap berkelip ketika digunakan juga adalah disebabkan oleh masalah skrin laptop rosak.
Skrin Malap
Ini juga masalah skrin laptop rosak yang selalu terjadi pada laptop, kebiasaannya sukar untuk kita lihat pada skrin kerana backlight pada skrin sudahpun rosak. Jadi memerlukan cahaya untuk nampak paparan pada skrin semula.
Apakah Punca Skrin Laptop Rosak?
Sebenarnya banyak masalah yang terjadi pada skrin berpunca daripada kesilapan dalam penjagaan dan juga penggunaan. Antara puncanya adalah:
- Tidak pernah shut down setelah menggunakan laptop
- Memegang laptop hanya pada panel skrin sahaja
- Meletakkan barangan di atas laptop
- Meninggalkan barangan di atas keyboard laptop
- Terjatuh
7 Tips Penjagaan Laptop Yang Betul
Oleh kerana laptop adalah peralatan elektronik yang sensitif, jadi kita perlu memberikan perhatian dalam penjagaan laptop supaya kita tidak berhadapan dengan masalah pada laptop.
- Menggunakan laptop di kawasan bersuhu rendah.
- Jangan tinggalkan laptop di dalam kereta.
- Simpan laptop di dalam beg sekiranya tidak digunakan.
- Pastikan tiada barangan atas laptop sebelum menutup laptop.
- Pegang laptop pada bahagian bawah.
- Servis laptop secara berkala.
- Bersihkan skrin laptop dengan alat yang khusus.
Skrin Laptop Rosak? Jangan Terus Beli Yang Baru!
Jika skrin laptop rosak, jangan membuat kesilapan dengan gopoh-gapah membeli laptop yang baru. Kerana laptop yang baru agak tinggi kosnya.
Lebih baik cari terlebih dahulu kedai servis laptop untuk menyelesaikan masalah skrin laptop rosak. Dan salah satu pihak yang menyediakan servis tukar skrin yang baru adalah FR Laptop Services.
Tak sempat untuk kedai kerana tiada masa? Atau kedai servis terlalu jauh? Jangan risau, pihak FR Laptop Services ada menyediakan servis runner untuk mengambil dan menghantar semula laptop kepada anda setelah dibaiki.
Anda ada masalah skrin laptop rosak? Boleh terus hubungi atau terus ke kedai:
Alamat
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 KL
No tel : 0172882349
Waze/Google Map : FR Laptop Services
Waktu operasi : Isnin – Ahad : 9am-9pm