5 Tips untuk Lajukan Windows 10

 

Semakin hari, semakin maju teknologi berubah, hardware laptop kini makin laju dan Microsoft tak mahu ketinggalan, untuk meningkatkan sekali kelajuan Windows. Kadang-kala apabila ada benda yang tak seharusnya ada pada laptop, ia akan menjadikan laptop slow.

Anda juga boleh menggunakan tips ini untuk Windows yang lain.

 

  1. Buang aplikasi yang tak diperlukan

Laptop yang baru dibeli daripada Acer, ataupun Asus, aka nada pelbagai jenis bloatware. Bloatware ini adalah software yang sebenarnya tak diperlukan pada laptop, dan hanya memakan space dan juga memory pada laptop.

 

  1. Kurangkan Startup Processes

Pergi kepada Task Manager > Startup Processes dan disable software startup yang tak diperlukan oleh laptop kita dan juga penggunaan kita.

 

  1. Disk Cleanup

Buka Start Menu > taip Disk Cleanup untuk membuka software Disk Cleanup yang sudah berada pada Windows agak lama. Disk Cleanup digunakan untuk membuang segala junk files yang tak diperlukan pada komputer kita.

 

  1. Upgrade SSD

SSD adalah pengganti kepada HDD dan ia lebih laju sebanyak 5 hingga 10 kali ganda berbanding HDD biasa. Ia meningkatkan kelajuan untuk pelbagai jenis penggunaan daripada boot up, dan juga software, dan juga menyimpan data.

 

  1. Pastikan tiada malware dan juga virus

Gunakan Windows Defender dan juga mana-mana antivirus untuk membuang virus yang ada dan juga menambahkan perlindungan pada Windows dan data anda.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *