7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Laptop Untuk Kegunaan Anda Di Universiti Dan Kolej

Selari dengan perkembangan zaman, teknologi masa kini kian berkembang dengan maju tidak seperti zaman baby boomer dan gen x.

Zaman sekarang bila anda bergelar mahasiswa, laptop merupakan keperluan utama untuk anda melakukan atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah anda.

 

KURSUS YANG DI AMBIL

Bila sebut berkenaan PC atau laptop setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Bergantung pada program diploma atau ijazah yang di ambil, anda yang hanya menggunakan program asas seperti word processing, web browsing dan e-mail.

Lain pula bagi mereka yang ambil krusus grafik yang menggunakan software seperti 3D modeling, CAD drawing, video editing, anda perlu memastikan laptop anda mempunyai prosessor yang tinggi. Contohnya Intel i3, i5 atau i7 dan mempunyai kad grafik.

 

MODEL LAPTOP

Di luar sana ada pelbagai jenis model laptop seperti Acer, Asus, HP, Dell, Toshiba, Sony, Lenovo, Fujitsu, MSI dan lain-lain lagi. Laptop yang paling ramai orang guna kat Malaysia, jenama Acer, Asus, HP, dan Dell.

Jadi kalau nak memilih laptop yang sesuai, anda kene rajin-rajin sedikit buat research dekat internet baca blog atau review berkenaan laptop tersebut. Kalau anda menetap berhampiran dengan Kuala Lumpur, cuba survey kat kedai-kedai komputer di loywat plaza ada macam-macam jenis model laptop dekat sana.

 

CHECK HARGA LAPTOP

Sebelum anda buat keputusan nak beli laptop periksa dahulu harga laptop yang anda nak beli di online dan di kedai laptop takut nanti diperdayakan. Biasa Laptop baru beli ada yang Free Dos murah sedikit, tapi kalau nak yang ada windows original key mahal sedikit.

 

SAIZ LAPTOP

Ukuran skrin bergantung pada saiz laptop, ia juga sangat penting dan juga mempengaruhi berat laptop anda. Kalau saiz laptop tu kecil ia lebih ringan dan skrin juga lebih kecil jadi pilih saiz mana yang sesuai dengan cita rasa dan keselesaan anda.

 

PERLUKAH ANDA MENGGUNAKAN TOUCHSCREEN?

Kali ini berkenaan touchscreen. Disebabkan perkembangan teknologi yang semakin maju banyak pengeluar laptop mengeluarkan model laptop mereka yang mempunyai touchscreen. Feature ini nampak eksklusif tapi perlukah anda menggunakannya dalam melakukan tugasan anda?

Kalau tidak dinasihatkan jangan beli yang ada touchscreen sekiranya tiada sebab untuk digunakan.

 

CHECK SPESIFIKASI LAPTOP
  • PROSESSOR

Terdapat dua jenis prosessor yang selalu digunakan di kebanyakkan laptop seperti Intel dan juga AMD. Setiap dari prosessor tersebut mempunyai generasi yang berlainan sebagai contoh i3, i5 dan i7 dan sebagainya sama juga seperti AMD. Kelebihan AMD adalah sangat sesuai untuk pengemar GAME.

  • RAM

RAM atau nama lain Random Access Memory, berfungsi untuk menyimpan memori sementara dan juga membantu anda dalam melakukan tugas multi-tasking. Sekiranya anda melakukan kerja-kerja biasa seperti menaip dokumen, surfing internet, power point, word , 2GB RAM sudah memadai.

Kalau anda melakukan kerja-kerja seperti photo dan video editing minimum RAM yang sesuai dengan work load yang anda lakukan adalah 4GB.

  • Grafik

Pastikan laptop yang  anda nak beli mempunyai grafik seperti nvdia atau amd sekiranya anda melakukan kerja yang menggunakan grafik seperti photo, video editing, 3D animasi, untuk gaming dan sebagainya.

Kalau buat kerja-kerja office seperti menaip word, power point surfing internet, tengok movie tiada grafik seperti nvidia atau amd pun taka pa.

WARRANTY

Warranty ni sangat penting pastikan anda tanya dahulu kepada penjual kedai, laptop yang ingin anda beli ada berapa lama warranty. Ye lah senang nanti nak claim warranty kalau ada masalah sekiranya ada anda boleh pergi balik ke kedai tersebut.

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *