Cloud storage merupakan sesuatu yang tidak asing lagi pada masa sekarang. Terdapat pelbagai jenis aplikasi-aplikasi yang dicipta oleh pelbagai Syarikat. Sebagai contoh, Google Drive, Apple iCloud, Dropbox, dan banyak lagi.
Fail dan data yang penting, perlu dijaga sebaiknya, agar ia tidak hilang, corrupt ataupun sebagainya. Semakin ramai orang sanggup membayar lebih semata-mata untuk datanya tidak hilang dan juga selamat daripada malware.
Jom kita bandingkan antara dua jenis simpanan data ini.
Local Storage
Untuk local storage, pengguna boleh menyimpan pada hard disk laptop ataupun membeli pendrive atau external hard disk untuk menambahkan ruang simpanan dan juga mempercepatkan proses penyimpanan data dengan adanya USB 3.0 ataupun USB Type-C.
Namun begitu, ia mudah dijangkiti virus hidden, virus shortcut, dan sebagainya. Dan hard disk lebih cenderung untuk rosak jika ia tidak dijaga dengan baik. Jika hard disk anda corrupt anda perlu membayar dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan semula semua fail yang ada pada hard disk.
Cloud Storage
Jika anda menggunakan cloud storage, data anda akan lebih selamat. Seandainya ada sesuatu yang terjadi pada laptop, ataupun local storage anda, data anda pada cloud masih lagi kekal sama, tanpa pengurangan sedikitpun. Anda hanya memerlukan talian internet untuk mendapatkan semula data anda.
Tetapi, kekurangan pada cloud storage adalah jumlah saiz simpanan yang kecil untuk pengguna percuma dan anda mungkin perlu membayar untuk menambahkan ruang simpanan.
Jadi, jenis storage mana yang menjadi pilihan anda?


