ADAKAH KEYBOARD MEKANIKAL LAGI BAGUS??

Keyboard adalah salah satu peripherals komputer yang kita gunakan untuk taip dan main game ketika menggunakan komputer.

Dua jenis keyboard yang popular adalah membrane yang biasanya lebih murah dan juga mekanikal yang dikategorikan sebagai mahal.

 

Membrane keyboard menggunakan lapisan getah dibawah butang keyboard, dan ia memberikan rasa yang lembut. Jangka hayat membrane keyboard kebiasaanya lebih rendah*.

*Bergantung atas penggunaan

 

Mekanikal keyboard pula menggunakan sesuatu yang dipanggil sebagai switch untuk menentukan bahawa butang ditekan. Dan switch ini pula hadir dalam banyak jenis, ada yang bunyi bising ada yang senyap. Jangka hayat mekanikal keyboard jauh lebih tinggi berbanding membrane. Ia juga mampu menahan hentakan. (Biasalah main game kan, tak spam, tak sah. hehe)

Sesetengah switch tak memerlukan pengguna untuk menekan butang sehingga habis untuk register ke dalam komputer, dan ini mampu meningkatkan performance ketika bermain game. Typing pun boleh jadi laju.

CARA PENJAGAAN BATERI YANG MUDAH!

Kita seperti berada di dalam hubungan cinta/benci dengan bateri laptop kita, ia memberikan portability, tapi ia juga mengikat kita dengan jumlah bateri yang kecil dan juga prestasinya menurun semakin lama digunakan.

 

Kurangkan Charge Cycle.

Setiap bateri akan ada limit charge cycle. Charge cycle adalah keadaan kita charge bateri kita yang cecah 0%, dan kita charge sehingga 100%. Setiap kali ia menyempurnakan satu cycle, kapasiti bateri kita akan berkurangan.

Jadi untuk elakkan Full Cycle, charge bila bateri kita mula cecah 7-10% ataupun bila laptop kita mula notify bahawa bateri kita dah low, dan kita perlu menggunakan charger. Jangan biarkan 0% untuk elakkan kapasiti bateri berkurangan.

 

Jangan biarkan bateri berada di tempat yang panas.

Suhu yang tinggi juga boleh memberi kesan yang negatif kepada bateri kita. Meskipun bateri kita boleh dikatakan tahan lasak, tapi ia agak lemah untuk menahan atau melawan haba. Bila laptop terlalu panas, matikan dan kemudian tanggalkan bateri. Kerana haba boleh “membunuh” bateri kita.

 

Bersihkan laptop anda sekali sekala.

Tanggalkan bateri anda, dan lap menggunakan kain untuk buang semua habuk dan juga debu untuk memastikan ruang bateri anda bersih daripada sebarang kotoran.

 

Jangan biarkan bateri anda tak digunakan

Jika anda lebih menggunakan charger sahaja, pastikan bateri anda juga dicaj sehingga 50% sekurang-kurangnya. Agar bateri anda kekal hidup dan masih boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Jika anda akan tinggalkan bateri lebih dari 3 bulan, charge sehingga 80% kemudian tanggalkan bateri.

PROGRAM-PROGRAM INI BUAT KOMPUTER ANDA JADI SLOW!

Bila kita dah biasa boot Windows laju, tetiba dia jadi perlahan sejak dua menjak ni, terasa jugak kan? Biasanya, yang slow ni disebabkan software-software yang suka makan process pada komputer kita.

 

1. Aplikasi Chat

Aplikasi Chat seperti SKype dan juga Discord akan serta-merta inform pada rakan-rakan kita bahawa kita dah online, dan bersedia untuk chat atau main game bersama. Masalahnya, program-program ini memberi kesan kerana ia boleh dikatakan agak berat.

Boleh disable dahulu dan kemudian buka bila anda dah bersedia untuk menggunakannya.

 

2. Anti-virus yang banyak

Kalau anda ada antivirus yang banyak pada komputer anda, anda boleh menyimpan salah-satu antivirus yang anda rasa paling sesuai untuk penggunaan anda.

 

3. Cloud storage

Aplikasi Cloud kebiasaannya akan memakan resource dan juga internet anda, kerana ia akan sync dengan fail anda yang berada di internet, supaya anda boleh mendapatkan akses serta merta.

Jika anda bukan seorang yang ingin menggunakan cloud anda serta merta, disable dahulu, dan kemudian buka bila diperlukan.

APA BEZANYA ANTARA EDISI WINDOWS 7 NI?

Kita dah biasa dengar pasal Windows Starter, Home Basic, Home Premium, Professional, Enterprise dan Ultimate. Tapi, setiap edisi WIndows ini mempunyai tujuan dan penggunaan yang cukup berlainan.

 

Apa yang menjadikan edisi Windows ni lain-lain? Jom FR nak kongsikan


Windows 7 Starter

Merupakan Windows 7 versi paling asas, ia hanya boleh menggunakan Windows 32-bit dan ia untuk memenuhi apa yang diperlukan oleh pengguna secara asas. Tidak didatangkan dengan Aero.

 

Windows 7 Home Basic

Ia berada ditengah-tengah diantara Starter dan juga Home Premium. Ia mempunyai kesemua fungsi Starter tetapi ia boleh menggunakan versi 64-bit. Juga tidak didatangkan dengan Aero.

 

Windows 7 Home Premium

Home Premium mempunyai kesemua fungsi yang ada pada Starter dan juga Home Basic. tetapi ia didatangkan dengan Aero Glass GUI yang menjadikan interface Windows lebih kemas dan menarik.

 

Windows 7 Professional

Seperti Home Premium, ia mempunyai semua kelebihan yang ada tetapi dengan penambahan perlindungan data dan juga rangkaian untuk bisnes kecil dan untuk mereka yang bekerja dirumah.

 

Windows 7 Enterprise

Dikhususkan untuk pengguna bisnes yang besar, Windows 7 Enterprise hanya boleh dibeli secara pukal, dan ia mempunyai semua kelebihan yang ada Windows 7 Professional tetapi dengan lebih perlindungan dan juga rangkaian.

 

Windows 7 Ultimate

Ia mempunyai kesemua kelebihan yang ada pada semua edisi sebelumnya. Ia seperti Windows 7 Enterprise untuk pengguna biasa.

 

Jadi apa pendapat anda? Ada topik yang korang nak FR kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.

 

PATUT KE SAYA DOWNLOAD DRIVER DARIPADA NVIDIA?

Kebiasaannya gamer yang ada laptop yang menggunakan graphic chipset Nvidia akan download GeForce Experience dan aplikasi ini akan memperkenalkan update kepada version yang paling terkini yang sepatutnya meningkatkan performance graphic anda.

 

Kenapa?

Sudah semestinya sebab nak dapatkan performance yang lebih baik.

Tapi tahukah anda, bahawa driver yang disediakan oleh manufacturer laptop yang terbaik untuk laptop? Kerana ia telah diubahsuai dan dioptimasikan untuk laptop hasil keluaran mereka.

 

Dan sebenarnya tiada masalah pun untuk cuba update melalui laman web rasmi Nvidia, ataupun menggunakan GeForce Experience. Cuma untuk performance yang lebih baik kekalkan sahaja dengan driver asal.

 

Untuk Desktop pula, memang digalakkan untuk sentiasa update driver daripada Nvidia. Oleh kerana setiap kali ada update, akan ada improvement yang lebih baik dan boleh meningkatkan performance game kita. Jadi, updatelah. Hehe.

 

Jadi apa pendapat anda? Ada topik yang korang nak FR kongsikan? Kongsikan pada bahagian komen dibawah.

Baca dulu artikel ini mudahan dapat membantu anda.