Asus ZenBook Pro UX550VE

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7700HQ
  • Nvidia GeForce GTX 1050ti 4GB
  • 16GB Memory
  • 512GB PCIe SSD
  • 6 inches screen with Full HD resolution
  • Intel Dual Band Wireless-AC 8265 with Bluetooth 4.2

Tak semestinya kita perlukan MacBook Pro untuk dapatkan laptop yang berkuasa untuk penggunaan grafik, sebagai contoh, designing, editing, dan juga gaming. Ia boleh menampung semua keperluan pengguna. Tetapi kekurangannya adalah pada skrinnya yang bersaiz 15.6 inci dengan 1080p resolution.

 

Rekabentuk

Kebanyakan laptop premium daripada Asus hadir dengan warna biru gelap yang mengancam, tetapi ZenBook Pro ini didatangkan dengan bingkai aluminium yang berwarna hitam yang elegan.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin 15.6 inci pada ZenBook Pro ini bukanlah yang paling terang berbanding laptop-laptop lain diluar sana, tetapi ia cukup terang, dan penghasilan warna cukup menarik. Walau bagaimanapun, skrin Full HD ini kurang memuaskan.

Anda mungkin memerlukan headphones ataupun headset kerana bunyi yang terhasil amatlah perlahan, dan anda perlu dekat dengan laptop untuk mendengar audio daripada laptop ini.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard ZenBook Pro ini cukup memuaskan, ini kerana kita perlu menggunakan sedikit force untuk menekan butang-butang yang ada pada keyboard ini. Ia amat selesa untuk digunakan, ia melantun setelah ditekan dengan cepat.

Pada Touchpad terdapat sensor fingerprint untuk fungsi keselamatan pada ZenBook pro. Swipe, click, dan multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Dengan rekaan yang anggun, processor i7 yang padu, dan juga GTX1050Ti, Ia menjadikan laptop ini standing dengan gaming laptop yang berada diluar sana. tetapi jika anda seorang peminat music dan video lagu, anda mungkin perlu mencari laptop lain. Jika anda tidak kisah mengenai skrin Full HD pada laptop ini, anda boleh membeli laptop ini.

Cara Untuk Menukar Lockscreen Background Pada Windows 10

 

Kita selalu tukar wallpaper desktop, tetapi mungkin kita tak sedar yang kita boleh tukar background login screen. Pada Windows 10 juga tidak ada petunjuk untuk menukar background ini dan menyebabkan kita fikir mungkin ia tidak boleh ditukar langsung.

Tukar background ini amatlah mudah.

1. Buka Start menu dan tekan butang berbentuk Gear untuk membuka Settings.

2. Tekan Personalization.

3. Cari Lock Screen pada side bar.

4. Pilih gambar yang sudah ada pada laptop ataupun, gambar sendiri yang ada pada hard disk.

Asus ROG Strix GL503

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7700HQ Processor
  • Nvidia GeForce GTX 1050 4GB GDDR5
  • 16GB Memory
  • 1 TB SATA Hybrid HDD 5,400RPM
  • 6 inches Full HD Screen
  • 11ac WiFi with Bluetooth 4.1

Asus ingin mengeluarkan sebuah laptop gaming dengan harga bajet, dan Asus ROG STrix GL503 adalah hasilnya. Ia merupakan salah satu gaming laptop bajet dengan rupa yang menarik, berasaskan laptop premium keluaran Asus sendiri.

 

Rekabentuk

Laptop ini kelihatan lebih premium kerana Asus meletakkan penutup laptop daripada laptop gaming terulungnya, ROG Zephyrus. Meskipun logo ROG pada laptop ini kurang elegan, tetapi secara keseluruhannya, ia cukup cantik.

 

Skrin dan Bunyi

Dengan skrin Full HD yang bersaiz 15.6 inci ini, ia memberikan gambar yang kemas, dan juga warna yang terang dan tepat. Skrinnya juga lebih terang berbanding Aspire, Legion, dan juga Inspiron.

Kualiti audio agak mengecewakan. Untuk memenuhi ruang bilik yang kecil, ia perlu dipasang kuat, dan menyebabkan ada bunyi echo pada speaker Strix GL503 ini.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada Strix GL503 ini boleh dikatakan biasa-biasa sahaja. Ia agak lembut apabila ditekan dan ia tidak melantun balik ke posisi asal dengan cepat. Namun begitu, ia masih boleh digunakan, dan dengan adanya RGB backlighting, warna pada keyboard boleh diubah suai melalui software ROG Aura Core yang terdapat pada Strix GL503.

Touchpad Strix GL503 sangat kurang memuaskan. Butang pada touchpad ini agak kasar, dan rasa seperti akan pecah. Tetapi, swipe dan multi-gesturs boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Jika hanya skrin dan juga rekabentuk yang anda inginkan, laptop gaming Asus ROG Strix GL503 ini merupakan sebuah laptop yang cukup memuaskan untuk anda. Anda mungkin hanya memerlukan gaming mouse, dan juga SSD, dan sepatutnya itu sudah memadai. Processor i7 dengan GTX 1050 sudah cukup memuaskan untuk game dan juga kerja-kerja harian.

Processor Laptop Apakah yang Bersesuaian Dengan Anda?

 

Processor merupakan otak untuk setiap komputer. Processor yang laju membolehkan anda untuk main game, edit gambar, melayari Internet dan sebagainya. Tetapi, jika processor itu memerlukan wattage yang tinggi, jangka hayat bateri anda akan berkurangan.

Bila kita pergi ke kedai untuk cari laptop, kita kebiasaannya tengok pada jenis processor. Tetapi tidak ada penjelasan diberikan mengenai processor tersebut. Sebagai contoh, adakah Core i7-7Y75 lebih laju daripada Core i5-7200U?

 

Jom kita tengok rajah dibawah untuk lihat jenis processor yang kita perlukan.

 

Jadi sekarang anda tahu processor apa yang anda perlukan?

Acer Swift 1

 

Spesifikasi

  • Intel Pentium N4200
  • Intel HD Graphics 505
  • 4GB Memory
  • 64GB SSD
  • 13.3 inches screen with FHD display
  • 802.11ac WLAN

Kebiasaannya laptop yang ringan dating dengan harga yang tinggi, tetapi Acer ingin mengubah fakta ini dengan produk barunya, iaitu Acer Swift 1. Acer Swift 1 didatangkan dengan harga yang rendah dan mempunyai spesifikasi yang berbaloi. Ditambah pula dengan skrin Full HD dan juga rangka aluiminium yang kukuh dan menawan.

 

Rekabentuk

Acer Swift 1 ini kelihatan simple tetapi kemas. Dengan rangka diperbuat daripada aluminium. Ia didatangkan dengan pilihan warna kelabu, perak dan juga emas.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin Acer Swift 1 ini cukup sharp dan warnanya juga cukup terang dan cantik. Skrin pada Swift 1 ini lebih baik berbanding daripada Acer Swift 3.

Acer Swift 1 ini juga didatangkan dengan speaker yang cukup kuat tanpa sebarang pecah dan sebagainya. Detail bunyi juga dapat didengar dengan baik.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada Acer Swift 1 ini cukup selesa untuk digunakan, tanpa sebarang lengkungan ketika ditekan kuat. Ia menggunakan jenis Chiclet, menjadikan setiap butang mempunyai jarak yang cukup sempurna untuk menaip.

Tocuhpad Acer Swift ini pula terasa sangat lancer. Ia memberikan navigasi yang tepat, menjadikan swipe, click, multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Acer Swift 1 ini merupakan sebuah laptop yang ringan dengan spesifikasi yang cukup baik jika dikira melalui harganya. Processor yang ada pada laptop ini menjadikan penggunaannya sangat lancar tanpa sebarang lag. Tetapi ia mempunyai kekurangan pada battery dimana ia hanya bertahan selama 6 jam untuk penggunaan browsing dan juga connected pada WiFi. Ia sesuai untuk mereka yang mahukan laptop harga rendah tetapi mempunyai skrin yang bagus.