Asus ZenBook UX330UA

 

Spesifikasi

 

  • Intel Core i5-7200U CPU
  • Intel HD Graphics 620
  • 8GB RAM
  • 256GB SSD
  • 3” with 1920 x 1080 resolution
  • 11 a/b/g/n/ac with Bluetooth 4.1
  • 3x USB Ports, 1x USB Type-C, 1x Mic/Headphone combo jack, 1x Micro HDMI, 1x SD Card Reader.

 

Asus ZenBook UX330UA ini merupakan sebuah laptop berjenis Ultrabook pengkhususan untuk mereka yang ingin menggunakan laptop untuk melakukan kerja, assignment biasa, bukan untuk gaming ataupun 4k video editing.  Ia didatangkan dengan SSD berkapasiti 256GB, processor i5 generasi yang ketujuh yang laju, dan juga skrin yang luas.

 

Rekabentuk

Asus ZenBook UX330UA didatangkan dengan rangka yang sangat nipis dan menarik. Penutup laptop ini menggunakan aluminium dan ada pattern seakan-akan ripple menjadikan ia kelihatan premium. Ia didatangkan dua warna, quartz grey dan juga rose gold.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin 13.3 inci yang ada pada Asus ZenBook UX330UA ini memberikan warna yang sangat terang dan jelas. Warna akan mula berkurangan jika dilihat 75 darjah ke kiri dan juga ke kanan.

Asus ZenBook ini hadir dengan speaker daripada Harman Kardon yang menjadikan bunyi yang terhasil sangat memuaskan. Asus juga turut meletakkan software ICE Audio Wizard untuk memberikan pilihan profail dimana pengguna boleh memilih berdasarkan jenis lagu yang didengari.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada ZenBook UX330UA ini memberikan rasa yang selesa untuk menaip, dan mempunyai butang-butang yang tersusun dengan baik.

Asus Zenbook UX330UA didatangkan dengan touchpad tanpa butang menjadikan ia sangat lancer dan tepat. Swipe, click, dan juga multi-touch gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Pada touchpad ini juga terdapat sebuah fingerprint sensor untuk login ke Windows menggunakan Windows Hello.

 

Prestasi

Asus ZenBook UX330UA ini dapat memberikan anda kepuasan pada sebuah laptop yang nipis dan juga ringan. Warna pada skrin yang menarik, speaker daripada Harman kardon, cukup memuaskan. Tidak lupa juga, bateri pada laptop ini dapat bertahan selama 10 jam penggunaan. Ianya cukup untuk melakukan kerja dan assignment tanpa anda perlu menggunakan charger. Laptop ini merupakan sebuah Ultrabok yang terbaik untuk kategori harganya.

Mengapa Windows Boleh Jadi Slow?

 

Bila dah cukup serabut nak buat kerja ataupun assignment, laptop loading lambat, lepastu dah masuk Windows pun lambat lagi, kadang-kadang hang. Nak buka software pula tambah lagi masa dia nak loading tu. Daripada serabut sikit, terus jadi serabut banyak, betul?

Mari saya kongsikan kenapa Windows boleh jadi slow ni.

 

  1. Fail yang terlalu banyak pada Desktop.

Simpan fail dan data pada lokasi lain, sebagai contoh, My Documents ataupun Partition D. Ini kerana apabila laptop boot up, ia akan mengambil masa untuk loading semua yang ada pada Desktop kita. Jadi dikalau ada fail yang besar, makin lama ia akan load.

 

  1. Banyak software run pada background.

Sesetengah software tidak mati sepenuhnya jika tekan butang X ataupun Close. Ia akan pergi ke taskbar, dan terus running. Ia akan menganggu prestasi laptop. Kebiasaannya software antivirus yang bertindak seperti ini. Kalau ada banyak antivirus tu, boleh la buang, dan tinggalkan 1 je untuk keselamatan laptop.

 

  1. Hard Disk yang bermasalah

Jika hard disk tidak dijaga dengan betul, ia akan boleh rosak, dan menyebabkan windows menjadi perlahan, data hilang ataupun corrupt, dan juga windows corrupt.

Mengapa Perlu Clean Dust dan Menukar Thermal Paste

Laptop kita merupakan sebuah peranti elektronik, ia akan menjadi lebih panas setelah makin lama digunakan. Haba merupakan musuh nombor satu untuk laptop dan juga barang-barang elektronik. Dengan haba yang tak terkawal, laptop anda akan berkemungkinan untuk crash ataupun shutdown secara automatic.

Kipas pada laptop berfungsi seperti vacuum, mengambil udara daripada luar dan mengalirkannya keluar. Habuk dan serpihan-serpihan akan dibawa sekali masuk kedalam laptop. Sayang sekali, pada laptop tiada peralatan untuk menapis habuk-habuk ini.

 

Sebab yang pertama

Habuk-habuk yang dibawa masuk ke dalam laptop akan melekat pada kipas laptop, dan mengakibatkan kipas pada laptop anda menjadi berat dan berpusing dengan perlahan. Apabila kipas tidak dapat berfungsi dengan elok untuk mengalirkan haba keluar, suhu akan meningkat, memberi kesan yang buruk pada komponen dalaman laptop anda.

 

Sebab yang kedua

Habuk-habuk ini juga boleh menyumbatkan heatsink laptop anda dan menyebabkan system cooling pada laptop anda mejadi kurang efektif. Beberapa cara untuk anda tahu jika habuk anda tersumbat adalah, anda dengar bunyi kipas yang kuat, suhu yang sangat tinggi dan juga laptop anda kerap mati ataupun kerap restart.

 

Sebab yang ketiga

Thermal Paste ataupun Thermal Compund merupakan sebuah bahan dimana ia menjadi pengalir haba daripada processor dan juga cipset grafik anda kepada heatsink. Barang elektonik lebih cenderung untuk panas dan menjadi lebih panas menjadikan thermal paste itu kering. Jika tiada pengaliran haba ke luar, ia akan menyebabkan processor dan juga cipset grafik anda overheat dan rosak.

 

Untuk penjagaan laptop yang elok, saya sarankan anda untuk membersihkan habuk pada laptop anda dan menggantikan thermal paste yang baru.

Asus ROG Strix

 

Spesifikasi

  • 15.6-inch FHD (1920 x 1080) IPS display
  • Intel Core i7-6700HQ CPU 2.6GHz
  • Nvidia GeForce GTX 1070 (8GB of GDDR5)
  • 16GB DDR4
  • 256GB PCIe SSD
  • 1TB HDD (7200)
  • 802.11ac with Bluetooth 4.2

 

Asus ROG Strix merupakan sebuah laptop gaming 15.6 inci yang menawan dan didatangkan dengan skrin yang cantik. Berbanding laptop gaming yang ada dipasaran, ia lebih nipis dan mempunyai spesifikasi yang cukup memuaskan. Ia juga dikelaskan sebagai Desktop-grade gaming laptop.

 

Rekabentuk

Asus ROG Strix didatangkan dengan plastic berkualiti tinggi yang warna hitam dengan sedikit warna oren yang menjadikan rupanya sangat menarik untuk dilihat. Dari segi rupa sahaja anda boleh menilai bahawa laptop ini merupakan sebuah laptop yang sangat berkuasa. Ia memberikan keselesaan kepada pergelangan tangan anda ketika menaip dan juga bermain game.

 

Skrin dan Bunyi

Salah satu ciri-ciri yang menjadikan Asus ROG Strix sebuah laptop gaming yang berkuasa adalah skrinnya yang bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920 x 1080. Skrinnya pula berjenis IPS matte yang memberikan anda kelebihan untuk melihat skrin daripada pelbagai sudut tanpa menjejaskan warna ataupun kualiti. Ia sangat sesuai untuk menonton video dengan kontras warna yang mengagumkan.

Meskipun skrinnya antara yang terbaik dikalangan laptop gming, tetapi kualti bunyi yang dihasilkan adalah kurang memuaskan. Bunyinya lemah dan anda mungkin tidak dapat mendengar jika bilik anda besar.

 

Keyboard dan Touchpad

Butang-butang pada Asus ROG Strix adalah nipis dan tidak memberikan sebarang tactile feedback menjadikan keyboardnya salah satu kekurangan pada laptop ini. Daripada segi layout, ia boleh digunakan dan tidak menganggu anda ketika menaip. Kebiasaanya para gamers menginginkan keyboard yang boleh kembali ke posisi asal dengan cepat agar boleh ditekan semula tanpa sebarang masalah.

Mujur touchpad pada laptop ini tidak mempunyai sebarang kekurangan, ia didatangkan dengan garisan berwarna oren menjadikan ia sangat menarik dan selesa kerana ia didatangkan dengan soft rubber finish. Swipe, click dan multi-touch tidak mempunyai sebarang masalah langsung.

 

Prestasi

Dengan processor Intel Core i7-6700HQ (2.6GHz) dan juga cipset grafik berkelas Desktop iaitu Nvidia GeForce GTX 1070 (8GB GDDR5) ia memberikan kepuasan ketika bermain game. Ia turut hadir dengan 256GB SSD berjenis PCIe, dan juga storan tambahan sebanyak 1TB pada hard disk. Untuk penggunaan kerja, video editing, photo editing, ia boleh dijalankan tanpa ebarang masalah. Anda juga boleh menggunakan VR (Virtual Reality) dengan laptop ini, tetapi anda mungkin perlu membeli Oculus Rift ataupun HTC Vive dahulu sebelum anda boleh menggunakan VR.

Ianya bukan sempurna tetapi cukup memuaskan dengan semua spesifikasi yang sangat menarik. Sebagai contoh, keyboard dan juga speaker pada laptop ini bukan sesuatu yang anda harapkan daripada sebuah laptop gaming premium.

Samsung Chromebook Plus

Spesifikasi

  • 2GHz Dual ARM Cortex-A72, Quad Cortex-A53 (1MB L2)
  • 12.3” 2400 x 1600 LED Touch Screen (10 point motion control)
  • 4GB DDR3 Memory
  • 32GB eMMC storage
  • 802.11 ax/a/b/g/n Marvell 88W8997 with Bluetooth
  • 1x Mic/Headphone combo, 2 USB Type-C, MicroSD Card reader

 

Samsung Chromebook Plus merupakan sebiah laptop berjenis Chromebook yang mempunyai ciri-ciri premium dan didatangkan dengan rekabentuk yang elegan, touch screen yang berkualiti tinggi dan banyak ciri-ciri yang menarik.

 

Rekabentuk

Dengan bingkai aluminium yang nipis, ia memberikan laptop ini rasa yang premium. Logo Chrome OS turut berada pada bahagian penutup laptop. Rekabentuknya seakan-akan berbentuk segi empat sama menjadikan skrinnya yang bersaiz 12.3 inci mempunyai resolusi pada 3:2 ratio. Namun begitu saiznya amat bersesuaian kerana skrin laptop ini boleh dilipat 360 darjah, dan menjadikan laptop ini sebagai tablet. Ia juga didatangkan dengan pen stylus untuk kegunaan menulis dan juga melukis.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin pada Samsung Chromebook Plus merupakan skrin yang terbaik berbanding chromebook yang lain. LED panel pada skrin memberikan warnanya yang jelas dan kemas. Laptop ini tidak mempunyai sebarang masalah pada viewing angles. Ia boleh dilihat pada mana-mana rajah tanpa sebarang kekurang warna dan sebagainya.

Meskipun skrinnya memuaskan tetapi, penghasilan bunyi daripada laptop ini kurang memuaskan kerana bunyinya agak perlahan. Penggunaan external speaker disarankan untuk menambah kepuasan pada bunyi.

 

Keyboard dan Touchpad

Samsung Chromebook Plus didatangkan dengan butang-butang keyboard berwarna hitam, yang kelihatan premium. Tetapi, kepuasan tidak dirasai kerana apabila ditekan ia terasa terlalu lembut dan tidak memberikan sebarang feedback. Meskipun begitu, keyboard pada laptop ini tidak mempunyai masalah langsung.

Touchpadnya pula bersaiz sederhana dan mempunyai permukaan yang halus. Tiada masalah untuk menggerakkan cursor. Swipe, click dan multi-finger gestures juga berfungsi dengan sempurna tanpa sebarang masalah atau delay.

 

Stylus

Salah satu ciri utama Samsung Chromebook Plus adalah pen stylus yang berbentuk seperti S-pen pada siri smartphone yang popular daripada Samsung iaitu siri Galaxy Note tetapi ia lebih panjang dan dan selesa ketika dipegang. ia juga mempunyai fungsi pada siri Galaxy Note iaitu Quick Command Window dimana pengguna boleh mengakses screenshot, membuat nota pada Google Keep. Dengan stylus ini, pengguna boleh melukis dan menambahkan pressure pada stroke lukisan, menjadikan ia alternatif kepada graphic tablet.

 

Prestasi

Jelas sekali Samsung mengutamakan rekabentuk, kawalan dan juga keselesaan yang dipaparkan melalu Samsung Chromebook Plus. Mungkin sesetengah orang berpendapat prosesor ARM yang ada pada laptop ini agak kurang sesuai, tetapi ia berfungsi dengan cukup baik. Ia juga mampu menampung 2 video Full HD serentak tanpa sebarang masalah dan lag. Laptop ini juga bukanlah untuk penggunaan yang ekstrim seperti edit video 4k atau permainan video.

Di antara kekurangannya yang lain adalah memori dalaman yang ada. Ia didatangkan dengan 32GB storan, menjadikan ia terlalu sedikit untuk simpanan data yang banyak. Tetapi masalah itu secara mudah ditangani dengan adanya Google drive yang sudah tersedia didalam laptop ini.