Tambah RAM Laptop Jadi Laju?

 

RAM atau Random Access Memory ini merupakan sekeping kad pada laptop dan juga desktop. Ia berfungsi untuk membaca dan menyimpan data ketika komputer sedang digunakan. Data yang disimpan akan hilang setelah komputer dimatikan.

Jumlah RAM yang tinggi tidak menambahkan kelajuan komputer ini kerana ia hanya untuk membolehkan anda membuka banyak software pada satu-satu masa.

Sebagai contoh, dengan 1 GB RAM anda boleh buka Chrome dengan Words tanpa sebarang masalah, dan jika anda tambah lagi satu software Powerpoint, laptop akan mula jadi hang. Dan bila anda tambah 1GB RAM lagi, Powerpoint boleh dibuka tanpa laptop menjadi hang.

 

Kelajuan laptop ini berdasarkan:

1. Windows. Background software dan juga virus, boleh menyebabkan laptop menjadi perlahan.

2. Hard Disk. Hard disk perlu berada di dalam kondisi yang baik. Untuk lebih kelajuan, anda boleh menggunakan SSD, kerana SSD adalah 5 hingga 10 kali laju berbanding hard disk.

3. Processor. Processor juga memainkan peranan yang penting untuk kelajuan sesebuah laptop. Jika anda menggunakan processor berjenis Atom ataupun Centrino, mungkin selepas format akan ada rasa sedikit laju.

Acer Aspire E 15

 

Spesifikasi

  • Intel Core i3-7100U
  • Intel HD 620 Integrated Graphic
  • 4GB Memory
  • 1TB 5400RPM Hard Disk Drive
  • 6” screen with 1920 x 1080 resolution
  • 11 a/b/g/n/ac Wi-Fi with Bluetooth

 

Kebiasaannya pada laptop bajet, ia akan sertakan processor yang rendah, resolusi skrin yang rendah, rekabentuk yang kurang menarik dan prestasi yang biasa-biasa sahaja. Acer Aspire E15 ini tidak seperti itu. Ia mempunyai skrin 1080p yang sangat berwarna-warni, binaan yang kukuh dan juga processor yang bagus iaitu Core i3. Dengan 8 jam ketahanan bateri, ia menjadikan laptop ini, sebuah laptop yang terbaik dengan harga bajet.

 

Rekabentuk

Acer E15 ini didatangkan dengan plastik berwarna hitam yang sangat kukuh, ditambah pula dengan penutup berwarna kelabu matte, menjadikan laptop ini kelihatan sangat cantik dan menawan.

 

Skrin dan Bunyi

Jarang sekali manufacturer laptop untuk memberikan skrin full HD p-ada laptop bajet. Skrin Acer E15 ini mempunyai warna yang terang dan tepat. Kekurangannya adalah apabila dilihat melalui sudut yang berbeza, warna akan mulai berkurangan dan anda perlu hanya melihat daripada sudut yang agak limited.

Speaker pada Acer E15 ini agak kuat dan cukup memuaskan. Detail bunyi daripada lagu-lagu boleh didengari. Bunyi gitar, drum, semuanya dapat dirasai dengan cukup sempurna.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada Acer E15 ini memberikan rasa yang memuaskan, kekerasan butang dan juga lantunan butang bukan seperti yang ada pada laptop bajet. Ia juga mempunyai dedicated numpad, menjadikan penggunaan kalkulator dan juga edit Excel lebih mudah.

Touchpadnya pula sangat tepat apabila digunakan. Swipe, click, dan juga multi-finger gestures juga boleh digunakan tanpa sebrang masalah. Kekurangannya hanya pada material untuk touchpad kerana ianya agak licin.

 

Prestasi

Laptop Acer Aspire E15 ini bukan sebuah laptop dengan spesifikasi yang tinggi, tetapi ianya cukup untuk pengguna-pengguna yang hanya menggunakan untuk software office, web browsing, dan juga media. Dengan processor i3, hard disk sebanyak 1TB, dan RAM 4GB, ianya cukup sempurna untuk sebuah laptop bajet.

Cara-cara untuk Mengelakkan Kerosakan Pada Graphic Chipset.

 

Graphic chipset ataupun cipset grafik ini merupakan sebuah komponen elektrik pada laptop dimana ia memberikan laptop display. Tanpa cipset ini, kita tak boleh nak guna laptop sebab laptop tidak dapat mengeluarkan display. Dengan graphic chipset yang moden, ia boleh digunakan untuk bermain game, video editing dan sebagainya.

Tidak seperti graphic card pada desktop, ia tidak mempunyai kipas yang betul-betul berada di atas chipset, menjadikan graphic chipset ini lebih mudah panas, dan berkemungkinan untuk rosak lebih cepat.

Di sini saya akan kongsikan cara untuk elakkan graphic chipset ini rosak.

 

1. Kurangkan bermain game.

Game merupakan salah satu punca kebanyakan graphic chipset ini rosak. Kerana game menyebabkan graphic chipset ini running dengan suhu yang tinggi untuk memaparkan gambar yang terbaik ketika bermain. Suhu yang tinggi merupakan musuh utama graphic chipset

Tidak salah untuk bermain game, tetapi, kurangkan waktu bermain, mungkin dalam sejam bermain, rehatkan dua jam. Kemudian sambung balik, dan rehat balik.

 

2. Kurangkan penggunaan software yang menggunakan chipset.

Photoshop, Autocad, Blender, kebanyakan software ini juga menambahkan stress pada graphic chipset. Sama seperti game, ia juga boleh menaikkan suhu dan juga boleh mengundang kerosakan pada graphic chipset.

Sebaiknya gunalah desktop untuk kerja-kerja yang berat ini.

 

3. Selalu membersihkan habuk dan gantikan Thermal Paste.

Thermal Paste adalah satu bahan yang bertindak sebagai pengalir haba daripada graphic chipset kepada heat sink. Apabila suhu tinggi, thermal paste akan kering, dan akan menyebabkan suhu pada graphic chipset ini mendap dan merosakkan graphic chipset dan juga boleh merosakkan motherboard.

 Acer Predator Helios 300

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7700HQ CPU
  • Nvidia GeForce GTX 1060 6GB GDDR5
  • 16GB Memory
  • 256GB M.2 SATA SSD
  • 1TB HDD
  • 6” with Full HD 1920 x 1080 resolution
  • 11ac WIFI 2×2 MIMO with Bluetooth 4.0

 

Kebanyakan company laptop mengatakan bahwa produk mereka yang paling bagus dengan harga yang bertepatan. Tetapi Acer, meletakkan GTX 1060 pada laptop gamingnya yang terbaru, Acer Predator Helios 300. Harganya pula sama dikalangan laptop gaming yang didatangkan dengan GTX 1050TI. Sudah semestinya GTX 1060 lebih berbaloi dan memuaskan.

 

Rekabentuk

Acer Predator Helios 300 dibina dengan gabungan aluminium dan juga plastik menjadikan ia kelihatan sama dengan laptop gaming bajet daripada Acer sebelum ini. Gabungan warna merah dan juga hitam menjadikan ia nampak sangat bergaya.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin Acer Predator Helios 300 adalah bersaiz 15.6 inci dan didatangkan dengan resolusi 1920 x 1080 menjadikan skrin ini kelihatan kemas dan juga jelas. Tetapi ia mempunyai seidkit masalah pada color reproduction. Warnanya yang sepatutnya merah kelihatan sedikit oren.

Speaker pada Acer Predator Helios 300 ini berada dibawah dan didatangkan dengan TrueHarmony dan juga Dolby menjadikan bunyi yang terhasil kuat dan memuaskan. Hanya bass pada speaker ini yang kurang memuaskan.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard Predator ini sangat selesa digunakan, tetapi ia perlu ditekan sehingga habis untuk register sesebuah button. Butang WASD mempunyai warna merah yang lebih terang, menandakan ianya sebuah laptop gaming. Ia juga mempunyai backlighting memberikan pengguna untuk menaip didalam gelap tanpa sebarang masalah.

Touchpad yang luas menjadikan penggunaannya buka suatu masalah. Swipe, click dan juga multi-touch gestures juga tiada masalah.

 

Prestasi

Acer Predator Helios 300 merupakan sebuah laptop yang berkuasa, dan juga ia boleh digunakan untul VR. Acer mengurangkan kos melalui kekurangan keterangan warna pada skrin. Anda juga boleh mendapatkan akses yang mudah kepada RAM dan juga hard disk.

 

Apakah pendapat anda mengenai Acer Predator Helios 300 ini?

Adakah Cloud Storage Lebih Baik daripada Local Storage?

 

Cloud storage merupakan sesuatu yang tidak asing lagi pada masa sekarang. Terdapat pelbagai jenis aplikasi-aplikasi yang dicipta oleh pelbagai Syarikat. Sebagai contoh, Google Drive, Apple iCloud, Dropbox, dan banyak lagi.

Fail dan data yang penting, perlu dijaga sebaiknya, agar ia tidak hilang, corrupt ataupun sebagainya. Semakin ramai orang sanggup membayar lebih semata-mata untuk datanya tidak hilang dan juga selamat daripada malware.

Jom kita bandingkan antara dua jenis simpanan data ini.

 

 

Local Storage

Untuk local storage, pengguna boleh menyimpan pada hard disk laptop ataupun membeli pendrive atau external hard disk untuk menambahkan ruang simpanan dan juga mempercepatkan proses penyimpanan data dengan adanya USB 3.0 ataupun USB Type-C.

Namun begitu, ia mudah dijangkiti virus hidden, virus shortcut, dan sebagainya. Dan hard disk lebih cenderung untuk rosak jika ia tidak dijaga dengan baik. Jika hard disk anda corrupt anda perlu membayar dengan harga yang tinggi untuk mendapatkan semula semua fail yang ada pada hard disk.

 

Cloud Storage

Jika anda menggunakan cloud storage, data anda akan lebih selamat. Seandainya ada sesuatu yang terjadi pada laptop, ataupun local storage anda, data anda pada cloud masih lagi kekal sama, tanpa pengurangan sedikitpun. Anda hanya memerlukan talian internet untuk mendapatkan semula data anda.

Tetapi, kekurangan pada cloud storage adalah jumlah saiz simpanan yang kecil untuk pengguna percuma dan anda mungkin perlu membayar untuk menambahkan ruang simpanan.

 

Jadi, jenis storage mana yang menjadi pilihan anda?