MSI GT83VR Titan SLI

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7920HQ processor
  • Dual Nvidia GeForce GTX 1080 GPU
  • 64GB Memory
  • Dual 512GB PCIe SSD
  • 1TB 7200 SATA Hard Drive
  • 4 inches screen with Full HD resolution (1920 x 1080)
  • Killer N1535 Combo 2X2ac 802.11ac with Bluetooth 4.1

MSI GT83VR merupakan sebuah laptop untuk para bangsawan, dengan harga RM 26,499.00, ia merupakan laptop pertama yang didatangkan dengan i7 generasi ke-7 dan juga keyboard mekanikal daripada Cherry MX. Pada MSI GT83VR ini juga dimuatkan dua kad grafik berkelas Desktop, GTX 1080 dan dijalankan dengan SLI configuration (teknologi multi-GPU daripada Nvidia untuk menggunakan kedua-dua kad grafik serentak).

 

Rekabentuk

Seperti namanya “Titan” ianya besar dan juga menawan. Dengan rekaan brushed metal, garisan LED berwarna merah menjadikan laptop ini sangat cantik. Pada laluan angin, terdapat juga garisan aluminium yang berwarna merah memberikan rupa yang premium. Pada kawasan keyboard, terdapat sebuah naga yang menjadi trademark MSI.

 

Skrin dan Bunyi

Meskipun ia tidak menggunakan skrin 4K HD dan ia hanya menggunakan skrin Full HD tetapi ia merupakan skrin yang memuaskan. Ia memberikan warna yang jelas dan cukup terang. Tetapi cahaya daripada backlight skrin kurang memuaskan, ia perlu diterangkan lebih sedikit.

Speaker yang ada pada MSI GT83VR ini turut mempunyai subwoofer menjadikan ia mempunyai speaker yang terbaik diantara laptop gaming. Setiap detail bunyi, bunyi gitar, drum, dan juga bass dapat didengar dengan sempurna. Ia juga didatangkan dengan Nahimic Software untuk pengguna mengubah suai preset bunyi untuk pendengaran yang lebih baik.

 

Keyboard dan Touchpad

Pada laptop Titan terbaru daripada MSI ini terdapat butang keyboard daripada Cherry MX. Ia didatangkan dengan Speed Silver switches, menjadikan keyboard ini sangat sedap untuk digunakan. Pihak Cherry mengatakan bahawa dengan keyboard ini, pengguna tidak perlu menekan dengan kuat ketika bermain game. Pengguna juga boleh mengubah suai warna pada keyboard melaui software yang disertakan.

Dengan Synaptic Touchpad, ia tidak mempunyai masalah untuk digunakan. Swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah. Ia juga boleh digunakan sebagai numpad, kerana ia terletak pada sebelah kanan keyboard.

 

Prestasi

MSI GT83VR Titan SLI kembali semula dengan spesifikasi yang sudah diupgrade. Ia merupakan raksasa gaming yang pertama didatangkan dengan Cherry MX Speed Silver switches, membolehkan pengguna untuk spam butang keyboard tanpa sebarang delay. Dengan dual GTX 1080, game, video editing, boleh dibuat tanpa sebarang lag dan juga masalah.

 

Apakah itu Disk Defragmentation?

Kebiasaannya orang akan tanya, apa itu Disk Defragmentation? Adakah ia perlu? Kita mulakan dengan mengenal apa itu Disk Defragmentation. Disk Defragmentation ini adalah sebuah software yang tersedia oleh Microsoft pada laptop kita.

Fragmentation terjadi apabila data yang disimpan pada hard disk tidak berada didalam susunan yang betul. Ia boleh menyebabkan komputer kita ambil masa sedikit untuk mengakses data yang dicari. Jadi, defragmentation ini adalah untuk menyusun semula data, dan memudahkan pencarian data yang berkaitan.

Perbezaan antara hard disk yang belum defragment, dan juga selepas defragment.

 

Cara untuk Disk Defragment pada Windows 7?

  1. Tekan butang Start.
  2. Taip Disk Defragmenter, dan tekan pada Disk Defragmenter.
  3. Tekan Analyze Disk, untuk mengetahui bahawa hard disk anda perlu di-defragment atau tidak. (Jika anda tak pernah melakukan defragmentation, ia akan menyuruh anda untuk melakukan sedemikian.
  4. Kemudian, tekan Defragment Disk dan tunggu sehingga ia selesai.

 

Disk Defragment ini lebih baik dilakukan ketika anda tidak menggunakan laptop anda.

Untuk Windows 8.1 dan juga Windows 10, saya akan sambung di dalam post yang lain.

HP Omen 17

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7700HQ Processor
  • Nvidia GeForce GTX 1070 GPU
  • 32GB Memory
  • 512GB NVMe M.2 PCIe SSD
  • 1TB SATA HDD
  • 3” screen with 4K Resolution (3840 x 2160)
  • Realtek RTL8822BE 802.11ac PCIe Adapter with Bluetooth 4.2

Laptop berspesifikasi gaming yang terbaru dalam siri Omen adalah HP Omen 17. Seperti namanya, ia didatangkan dengan saiz 17 inci. Rkabentuknya juga diubahsuai menjadikan ia kelihatan sangat menarik dan menawan. Ia juga dilengkapi dengan Intel Core i7 generasi ke-7, Nvidia GTX 1070 berkelas Desktop, dan juga SSD yang sangat laju.

 

Rekabentuk

Tidak seperti rekabentuk yang lama, rekaan yang seakan-akan old-school, kini ia didatangkan dengan rangka plastik berwarna hitam dan mempunyai garisan seakan-akan telah diberus menjadikan laptop ini kelihatan kukuh dan premium.

 

 

Skrin dan Bunyi

Bersedialah untuk melihat skrin yang penuh warna-warni pada skrin HP Omen 17 ini. Dengan video 4K, setiap butiran halus video boleh dilihat dengan begitu teliti. Tetapi, skrin HP Omen 17 ini kurang terang berbanding laptop gaming keluaran company lain.

Speaker HP Omen 17 ini terletak pada bahagian bawah laptop, dan ia memberikan bunyi yang cukup enak untuk didengar. Tetapi bass pada speaker ini kurang sedikit, tetapi masih memuaskan.

 

Keyboard dan Touchpad

Rekabentuk pada laptop ini kelihatan baru tetapi, rekaan keyboardnya masih lagi seperti yang lama. Ia tidak didatangkan dengan backlighting yang boleh diubah suai warnanya tetapi didatangkan dengan backlighting yang berwarna merah sahaja. Di dalam keadaan yang gelap, butang-butang ini cukup terang dan boleh dilihat tanpa sebrang masalah.

Touchpad HP Omen 17 ini meskipun kecil tetapi ia dapat digunakan oleh mereka yang berjadi panjang dan besar. Swipe, click dan juga gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

 

Prestasi

Setelah beberapa laptop keluaran siri Omen, kali ini ia mempunyai rekaan yang memuaskan hati. Dengan skrin beresolusi 4K, ia memberikan gambar yang jelas dan juga warna yang konsisten, menjadiakan laptop ini sebuah laptop yang cukup sesuai untuk menonton video. Gabungan processor i7 generasi ke-7 daripada Intel, GTX 1070 dan juga SSD yang laju menjadikan laptop ini sebuah laptop yang cukup berkuasa untuk bermain game dan juga multi-tasking.

 

Adakah Laptop Memerlukan Antivirus?

 

Ya, setiap laptop memerlukan antivirus, ini kerana, masih ada orang di luar sana yang mencipta virus dan menyebarkan virus tersebut, untuk mencuri data mahupun hanya untuk berseronok.

Sesetengah company komputer akan meletakkan antivirus di dalam komputer yang dihasilkan dan kemudian, memaksa pengguna untuk signup pada antivirus tersebut. Kerana ini merupakan salah satu cara company-company ini membuat duit.

 

Jadi adakah laptop kita memerlukan perlindungan daripada antivirus?

 

  1. Bukan hanya virus yang boleh menyerang komputer anda.

Kita sepatutnya bukan hanya risau pada virus sahaja, tetapi malware. Malware adalah jauh lebih licik berbanding virus, ia boleh masuk ke komputer anda tanpa dikesan, menyembunyikan diri dan buat sesuatu yang anda tidak inginkan.

 

  1. Pada Windows 8.1 dan juga Windows 10 terdapat Windows Defender

Tidak seperti antivirus lain yang memakan ruang dan juga bergerak pada background, Windows Defender merupakan antivirus percuma yang cukup baik dan Microsoft akan memberikan update kepada Windows Defender untuk menambah lagi senarai virus yang makin bertambah setiap hari.

 

  1. Lebih baik ada daripada tiada

Sekurang-kurangnya anda sudah mempunyai perlindungan tambahan dengan adanya antivirus. Bukan untuk melawan hanya virus, tetapi juga sebarang program yang boleh mengundang masalah kepada komputer anda.

Alienware 17 R4 (2017)

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-7820HK processor
  • Nvidia GeForce GTX 1080 GPU 8GB
  • 16GB Memory
  • 512GB SSD
  • 1TB SATA HDD
  • 3” screen with 2560 x 1440 resolution
  • Killer 1435 802.11ac 2×2 WiFi and Bluetooth 4.1

Alienware masih lagi mengekalkan rekabentuk klasik, dan seakan-akan kapal angkasa, tetapi banyak yang berubah pada dalaman laptopnya. Alienware 17 R4 didatangkan dengan Proccesor Intel generasi ke-7 iaitu Kaby Lake, dan juga Nvidia GeForce GTX 1080 yang merupakan kad grafik kelas Desktop.

 

Rekabentuk

Sudah jadi kebiasaan untuk Alienware mengeluarkan laptop baru tetapi mengekalkan rekabentuk seperti kapal angkasa yang sudah menjadi trademark Alienware. Warnanya juga tidak begitu berubah. Tetapi ia sudah diubah suai dengan binaan aluminium dan juga plastik yang berkualiti tinggi. Ia juga mempunyai lampu yang boleh diubah suai mengikut pengguna.

 

Skrin dan Bunyi

Alienware 17 ini boleh dibeli dengan beberapa jenis skrin, daripada 1080p sehingga 4k. Sudah semestinya, skrin 4k akan memberikan display yang kemas dan terang, juga disebabkan teknologi Nvidia G-Sync.

Speaker pada Alienware 17 adalah mengecewakan, kerana apabila lagu dimainkan, suara penyanyi boleh didengar jelas tetapi, bunyi gitar dan juga drum kurang jelas, menjadikan kepuasan kurang dirasai. Tetapi untuk game, ianya tidak mempunyai sebarang masalah langsung.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard pada Alienware 17 R4 adalah kemas dan juga selesa untuk digunakan. Tekanan butang juga cukup memuaskan, pengguna tidak perlu untuk menggunakan external keyboard.

Touchpadnya pula agak kecil pada saiz 3.5 x 2.2 inci. Namun begitu, swipe, click dan juga multi-finger gestures berfungsi dengan cukup baik.

 

Prestasi

Alienware 17 R4 menggabungkan spesifikasi yang padu, keyboard yang selesa, dan rekabentuk yang menarik. Dengan bateri pada laptop ini, anda boleh bertahan selama 8 jam dan 32 minit untuk penggunaan Chrome dan juga WiFi. Didatangkan dengan processor Intel generasi ke-7, GTX1080, 16GB RAM dan juga SSD menjadikan ia sebuah laptop yang sempurna untuk bermain Game dan ia juga mampu menggunakan software atau game VR.