3 Photo Editor Percuma Yang Terbaik!

Kebiasaannya gambar yang diambil melalui fon ataupun kamera, kualiti gambarnya cukup memuaskan tetapi jika diedit semula menggunakan software photo editor, gambar itu boleh menjadi lebih menakjubkan.

Dan seperti biasa, Adobe Photoshop dikira sebagai software photo editor yang terbaik buat masa kini. Tetapi ia memerlukan latihan dan ia juga agak sukar untuk dikuasai. Dan software-software yang saya akan listkan ini lebih mudah untuk digunakan, dan anda tidak perlu membayar 1 sen untuk mendapatkannya.

 

 

  1. GIMP

    GIMP merupakan sebuah software photo editor yang sudah lama berada di Internet. Ia memberikan pelbagai jenis tools yang boleh digunakan yang perlu dibayar pada software lain. Dan seperti photoshop, anda boleh mendapatkan plugin daripada Internet.

 

  1. Paint.NET

    Seperti GIMP, Paint.NET ini juga sudah lama berada di Internet. Ia langsung tidak sama dengan software Microsoft Paint, dan Paint.NET ini jauh lebih fleksibel berbanding Microsft Paint.

 

  1. Photos Pos Pro

    Interface Photos Pos Pro ini amat sama seperi Adobe Photoshop. Ia mempunyai pilihan novice dan juga expert yang boleh diubah mengikut kesukaan dan yang mana lebih mudah untuk digunakan. Salah satu kekurangan pada Photos Pos Pro ini anda mungkin perlu untuk mendapatkan yang Premium untuk edit gambar melebihi resolusi 1024 x 2014.

Asus VivoBook Flip 14

 

Spesifikasi

  • Intel Core i5-7500U processor
  • Intel HD Graphics 620
  • 8GB memory
  • 1TB 5,400 RPM HDD
  • 14 inch screen with Full HD display
  • Intel Dual Band Wireless-AC 8265 with Bluetooth 4.1

 

Rekabentuk

VivoBook Flip 14 ini mempnuyai rekaan yang cukup cantik, dengan warna biru yang seakan-akan bersinar pada penutup dan ada logo Asus yang berkilap ditengah. Bingkai skrinnya pula berwarna hitam dan bahagian deknya berwarna kelabu yang sedikit gelap. Ia juga boleh dilipat sepenuhnya untuk menjadi sebuah tablet.

 

Skrin dan Bunyi

Touch screen yang ada pada VivoBook Flip ini bersaiz 14 inci dan ia mempunyai resolusi Full HD, dan ia memberikan warna yang cukup sharp dan juga terang.

Speakrnya yang berada pada bawah laptop pula memberikan bunyi yang kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz sederhana. Kualiti audionya juga cukup jelas.

 

Keyboard dan Touchpad

Keyboard VivoBook Flip ini mengecewakan, ketika sedang menaip, ia boleh menyakitkan jari kerana keyboardnya melantun dengan lembut.

Touchpadnya cukup baik untuk digunakan, dan ia memberikan rasa yang solid ketika clicking.

 

Prestasi

Setelah buka pelbagai tab pada Chrome dan juga streaming, tiada masalah delay ataupun lag. Baterinya hanya boleh bertahan selama 5 jam dan charger perlu dibawa setiap masa untuk menambahkan semua bateri. Hard disk juga agak perlkahan, lebih baik menggunakan SSD untuk emndapatkan lebih speed.

Download StarCraft 2 Secara Percuma!

 

Blizzard telah menjajikan untuk memberikan game StarCraft 2 secara percuma kepada umum. Dan Blizzard hanya memberikan Wings of Liberty, dan untuk campaign yang lain, pengguna masih lagi perlu membayar untuk mendapatkannya.

Pengguna juga boleh bermain secara online dengan adanya Ranked Multiplayer yang membolehkan pengguna untuk berlawan ataupun bersaing dengan pemain daripada seluruh dunia.

Untuk download StarCraft 2 secara percuma, sila tekan pada link dibawah.

Download StarCraft 2

 

Sumber: Amanz.my

HP Spectre x360

 

Spesifikasi

  • Intel Core i7-8550U processor
  • Intel HD Graphics 620
  • 16GB memory
  • 512 M.2 PCIe NVMe MLC SSD
  • 13.3 inch screen with Full HD display
  • Intel 802.11b/g/n/ac (2×2) Wi-Fi with Bluetooth 4.2+LE

 

Rekabentuk

Spectre x360 ini diperbuat daripada aluminium sepenuhnya. Ia juga mempunyai hinge yang boleh dilipat 360 darjah yang menjadikan asal usul namanya iaitu x360. Rangkanya cukup halus dan ia ringan.

 

Skrin dan Bunyi

Skrin bersaiz 13.3 inci ini mempunyai resolusi Full HD yang menjadikan warnanya cukup cantik dan terang. Dengan resolusi Full HD ini setiap detail pada trailer Black Panther dapat dilihat dengan jelas.

Kualiti audio pada x360 ini pula menakjubkan. Dengan speaker daripada Bang & Olufsen menjadikan bunyi yang terhasil cukup kuat untuk memenuhi ruang bilik bersaiz besar.

 

Keyboard, Touchpad dan Stylus

Tidak seperti laptop nipis yang lain, yang mempunyai keyboard yang rasa murah dan tak best, Spectre x360 ini memberikan keselesaan dan ia sangat memuaskan.

Touchpadnya juga seperti yang disangkakan cukup smooth dan swipe, click dan juga multi-gestures boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Pada Spectre x360 ini juga, HP turut memberikan sebuah stylus yang lebih baik daripada Apple Pencil kerana ia mempunyai charger port yang membolehkan pengguna untuk hanya cas tanpa perlu menukar bateri.

 

Prestasi

Tiada apa yang boleh dibenci pada Spectre x360 ini. Spesifikasi yang cukup bagus, keyboard dan touchpad yang selesa, skrin yang begitu cantik, kualiti audio menakjubkan menjadikan laptop ini sebuah laptop yang baik untuk masa kini. Pada penggunaan bateri, ia boleh bertahan selama 8 jam selepas dicas penuh atas penggunaan web browsing dan juga wifi connection.

Panduan Untuk Membeli Laptop Gaming

 

Dengan spesifikasi yang tinggi, design yang menarik dan juga harga yang mahal, laptop gaming boleh dikatakan sebagai raksasa dikalangan laptop. Jika anda seorang gamer yang ingin bermain The Witcher 3: Wild Hunt, Grand Theft Auto V, Deus Ex: Mankind Divided ataupun menggunakan VR sama ada menggunakan HTC Vive ataupun Oculus Rift dan ingin menikmatinya dengan gameplay yang smooth dan FPS yang tinggi, anda memerlukan laptop gaming.

 

  1. Size

Kebiasaannya laptop bersaiz 17-18 inci lebih berkuasa daripada laptop yang bersaiz sederhana. Jika anda hanya ingin menggunakannya dirumah, size ini lebih sesuai ataupun, anda boleh terus mendapatkan sebuah dekstop yang jauh lebih murah.

 

  1. Grafik
  • Nvidia GTX 1060. GTX 1050/1050 TI adalah dikira sebagai entry level graphics. Anda mungkin tidak dapat bermain dengan ultra settings, tetapi ia memadai.
  • Nvidia GTX 1070 adalah kad grafik yang lebih berbanding 1060 dan juga 1050 dan ia juga menyokong VR dan memberikan fps yang cukup cantik, tetapi ia tidak sebagus 1080.
  • Nvidia GTX 1080 adalah kad grafik yang paling tinggi untuk sekarang ini, ia juga mampu menampung ultra settings tanpa sebarang masalah.

 

  1. Skrin

Elakkan touch screen kerana touch screen memakan bateri lebih daripada skrin biasa. dan pilih skrin yang boleh menyokong Full HD ataupun resolusi 1920 x 1080 dan ke atas.

 

  1. Audio

Pilih yang mempunyai kualiti audio paling bagus, ataupun anda boleh menggunakan external speaker untuk mendapatkan lebih kepuasan.

 

  1. Keyboard dan Touchpad

Pastikan anda mencuba keyboard dan juga touchpad sebelum membeli. Ia sangat penting untuk mendapatkan keselesaan kerana laptop gaming bukanlah murah.

 

  1. Processor

Sekurang-kurangnya dapatkan i5, tetapi kebiasaannya laptop gaming hadir dengan i7 yang lebih bagus berbanding i5.

 

  1. RAM

Pastikan RAM laptop gaming yang anda mahu adalah 8GB. 8GB sudah memadai, tetapi jika anda mampu untuk menjadikannya 16GB, boleh sahaja.

 

  1. SSD

SSD adalah optional, untuk mendapatkan lebih performance ketika bermain game aataupun untuk membuat kerja, kerana ianya 5 hingga 10 kali ganda lebih laju berbanding HDD biasa.

 

Jika anda bertanya, kenapa AMD tiada di dalam senarai? Ini kerana AMD lebih cepat panas, dan prestasinya juga tidak begitu bagus untuk dijadikan sebagai laptop gaming.