Acer Swift 5 Review

Acer Swift 5 adalah second-tier model di dalam barisan laptop baru Acer, yang berada di bawah Swift 7 ultra-slim. Walau bagaimanapun, ini merupakan laptop premium, slim dan ringan.

Bahagian body luar Swift 5 kebanyakannya diperbuat daripada logam, dan menggunakan intel processor 7th generation.  Di tambah pula dengan paparan skrin 14 inci ISP yang berkualiti, MU-MIMO Wi-Fi terkini, backlit keyboard, dan lain-lain lagi.

 

DESIGN

Body laptop diperbuat daripada aluminum yang berwarna hitam membuat ia berlainan dari laptop yang klasik yang masih mengekalkan ciri-ciri yang kelihatan seperti logam. Jadi nampak berlainan dari laptop lain.

Apa lagi yang menarik yang ada pada Acer swift 5, selain daripada design yang slim dan ringan. Ia juga mempunyai dua port USB 3.0, satu di setiap sisi, ditambah dengan slot HDMI, headphone jack, SD card slot dan juga port USB Type-C.

 

KEYBOARD & TOUCHPAD

Keyboard yang digunakan pada Acer Swift 5 adalah sangat baik. Ia luas dan mempunyai susun atur yang hebat, dan responsif. Ia juga mempunyai backlit. Jadi anda boleh menaip dalam keadaan yang gelap.

Untuk touchpad, ia juga berfungsi dengan baik. Ia bagus dan besar dan mempunyai permukaan licin di mana jari meluncur dengan mudah.

Touchpad juga menjadi rumah kepada fingerprinter reader. Ia berfungsi dengan baik dengan Windows Hello, membolehkan anda log in dengan cepat dan tanpa perlu memasukan password.

 

SCREEN

Pada keseluruhannya, paparan Full HD 14 inci laptop ini sangat baik. Dengan kecerahan maksimum , ia cukup  cerah untuk digunakan di luar atau dalam persekitaran yang terang.

Ia juga mengunakan anti-reflective coating bersama dengan backlight yang terang. Jadi laptop ni masih boleh digunakan walaupun dengan keadaan pencerahan yang tidak baik.

 

AUDIO & WEBCAM

Menggunakan teknologi software Dolby Audio yang memberikan kesan audio yang lebih optimum. Ia berfungsi, menjadikan audio yang keluar lebih jelas walaupun pada volume yang maksimum.

Webcam berada di bahagian atas skrin. Imej tidak begitu jelas, kelihatan gelap, tiada masalah sekiranya anda membuat video chat. mikrofon built-in yang digunakan setanding dengan yang lain.

 

PERFORMANCE

Swift 5 mempunyai processor Intel 7th-gen baru. Bergantung kepada konfigurasi yang anda pilih, ia sama ada Core i5-7200U atau Core i7-7500U.

Kedua-duanya adalah produk dual-core dengan Hyper-Threading, mampu menjalankan empat proses sekaligus, dengan i5-7200U 2.5GHz-3.1GHz, dan i7-7500U 2.7GHZ-3.3GHz.

Tugas seperti web browsing, email, word dan image editing semuanya cepat dan pantas.

SSD membantu anda  dalam read and write dengan kelajuan 468MB/sec and 386MB/sec dan ia merupakan meningkatan yang tinggi berbanding hardisk, menjadikan boot up, app loading dan file transfer lebih cepat.

Untuk gaming, grafik yang digunakan adalah integrated ke dalam intel processor, mampu melakukan perkara yang basic tetapi tidak sesuai dengan game yang banyak menggunakan grafik.

 

Ia juga merupakan laptop yang ideal untuk sesiapa sahaja yang melakukan kerja-kerja seperti word, web browsing, multi-tasking dan juga basic photo dan video editing.

 

Cara Mudah Untuk Set Up Bluetooth Windows 10

Bluetooth bukan lagi teknologi khusus untuk mereka yang celik IT mahupun peminat gadget. Zaman sekarang sudah ada banyak gadget yang menggunakan teknologi ini seperti telefon pintar radio kareta anda dan sebagainya.

Enable Bluetooth di windows 10 adalah sangat berguna berbanding sebelumnya. Operating system ini menawarkan ciri-ciri asli yang bergantung pada teknologi masa kini. Selain itu anda dapat menjimatkan masa dengan pairing peranti anda untuk meningkatkan produktiviti.

 

CARA UNTUK ENABLE BLUETOOH

Sebelum kita masuk ke butiran pairing peranti dengan Windows anda, anda perlu tahu bagaimana untuk menghidupkan Bluetooth pada Windows.

Anda mempunyai dua pilihan yang tersedia. Keduanya akan menjadikan komputer anda “discoverable“.

  • Action Center menu, klik pada ikon kotak text di sebelah kanan taskbar, kemudian klik pada butang bluetooth, jika ia bertukar ke warna biru, bluetooth sudah aktif.

Setting Menu, Pergi ke Start > klik Settings > klik Devices > klik Bluetooth and other devices. Di bahagian atas penel sebelah kanan, slide toggle bluetooth ke kedudukan aktif/on.

Kaedah mana yang anda gunakan, anda akan melihat ikon Bluetooth dalam Taskbar sebaik sahaja ia berjaya diaktifkan

 

CARA UNTUK ENABLE PERANTI BLUETOOTH ANDA
  • ANDROID

Jika anda mempunyai peranti Android, biasanya anda akan dapat menghidupkannya dengan menggunakan shortcut dalam notification bar.

Jika anda tidak melihat shortcut tersebut, anda boleh menavigasi ke Settings > Wireless and Network > Bluetooth dan slide toggle tersebut.

  • IOS

Jika anda mempunyai peranti iOS, anda boleh menghidupkan Bluetooth menggunakan Control Center atau Setting app.

Untuk akses Control Center, swipe ke atas dari bahagian bawah skrin pada bila-bila masa. Anda tidak perlu melihat skrin utama anda. Cukup dengan menekan ikon Bluetooth untuk aktifkannya.

Untuk akses Setting Apps, Navigasi ke Settings > Bluetooth dan slide toggle ke dalam kedudukan Aktif.

 

PAIRING PERANTI BLUETOOTH WINDOWS 10

Sebaik sahaja anda berjaya menghidupkan Bluetooth pada Windows anda dan peranti anda, anda perlu pair kedua-dua peranti itu.

Anda hanya perlu menjalankan prosedur pairing pada salah satu daripada kedua-dua peranti tersebut.

Untuk pair dua peranti pada Windows, pergi ke Starts > Settings > Devices > Bluetooth and other devices. Di panel sebelah kanan windows, klik Add Bluetooth and other devices.

 

Klik pada Bluetooth. Pilihan ini membolehkan anda pair mouse, pens, keyboard dan banyak lagi.

 

Sistem ini akan mengimbas mana-mana peranti yang ada di sekitar anda dan menyenaraikan sebarang peranti yang ditemui. Proses ini boleh mengambil masa sehingga satu minit untuk diselesaikan.

 

Untuk connect ke peranti, klik pada namanya. Seperti contoh ini, pair ke MacBook Pro.

 

Bergantung pada peranti yang anda cuba pair, anda mungkin perlu melakukan langkah terakhir. Ini masukan atau verify kod PIN untuk membenarkan akses Bluetooth pada peranti luaran.

Sebaik sahaja anda telah berjaya pair peranti anda, anda akan melihatnya disenaraikan di bawah halaman Bluetooth settings sama ada pada mouse, keyboard, pen atau peranti yang lain.

Lenovo IdeaPad 720S Review

Lenovo IdeaPad 710S adalah salah satu laptop terbaik tahun lepas terima kasih kepada kombinasi reka bentuk yang hebat, ciri-ciri yang baik dan harga yang rendah. Tahun ini dengan versi terkini dipanggil IdeaPad 720S.

Walaupun serupa dari pelbagai aspek. Ia masih merupakan laptop keseluruhannya daripada logam, nipis dan ringan ia juga menerima beberapa tweak. Dengan bingkai yang nipis sepanjang skrin 14 inci, termasuk juga dengan grafik Nvidia dan port Thunderbolt.

 

SPESIFIKASI

 

  • All-metal exterior
  • Intel Core i5-7200U
  • 8GB RAM
  • Nvidia GT 940MX graphics
  • 256GB PCIe SSD
  • 14-inch, 1920 x 1080 screen
  • Backlit keyboard
  • 15.9mm thick

 

 

DESIGN & FEATURE

Ini adalah laptop, nipis dan ringan. Luarannya adalah aluminium dan nampak  mahal dan eksklusif, ia mempunyai kehebatan yang anda harapkan dari produk premium.

Di sebelah kanan terdapat port untuk HDMI, USB 3.0, Thunderbolt, dan SD card dan di sebelah kiri ialah port USB 3.0 kedua dan headphone jack. Terdapat juga fingerprint reader di sebelah kanan bawah keyboard,  sebuah webcam di atas skrin, keyboard backlit dan skrin 1080p.

 

KEYBOARD & TRACKPAD

Keyboard yang digunakan pada IdeaPad 720S adalah sangat baik. Ia luas dan mempunyai susun atur yang hebat, dan responsif. Ia juga mempunyai backlit. Secara keseluruhannya, ia tidak dapat bersaing dengan yang terbaik, tetapi anda dapat merasakan keseronokan ketika menaip.

Permukaan aluminiumnya membuat anda berasa selesa ketika meletakkan tangan anda, ia mengesan dengan tepat, dan cukup luas untuk membolehkan untuk navigasi dan mengunakan gusture untuk fingger scroll.

 

DISPLAY

Meneruskan trend keseluruhan masa kini, skrin 720S adalah gabungan premium dan mid-range feature. Panel LCD IPS menawarkan sudut tontonan yang hebat dan kualiti imej keseluruhan yang sangat baik, sementara resolusi FULL HD yang mencukupi.

 

 

WEBCAM & AUDIO

Lenovo telah memasang 720S dengan 720p standard, 30fps webcam yang duduk di bahagian atas skrin. Kualiti imejnya adalah baik. Secara keseluruhan, menawarkan maklumat yang cukup untuk panggilan video dan streaming secara kasual.

 

PERFORMANCE

IdeaPad 720S boleh didapati dalam dua konfigurasi utama. Satu menggunakan CPU Intel Core i7-7500U dan yang lain menggunakan Intel Core i5-7200U. Ciri yang menonjol dan mengejutkan laptop ini ialah penambahan grafik Nvidia GT 940MX. Ini tidak menjadikan IdeaPad 720S menjadi high-end gaming laptop.

 

 

Ia adalah laptop yang ideal untuk sesiapa sahaja yang mahukan semua ciri premium, laptop nipis dan ringan. Ia mungkin tidak dapat menyamai kelenturan, kualiti dan resolusi skrin model-model premium, tetapi dalam setiap aspek lain ia adalah sama, setara atau lebih baik.

Cara Untuk Menggunakan Parental Control Untuk Mac Anda

Walaupun anda seorang pengguna macOS yang berpengalaman, mungkin terdapat beberapa feature hebat yang anda tidak gunakan. Salah satunya adalah parental control. Anda tidak semestinya perlu memiliki keluaga untuk menggunakan feature ini.

 

CARA UNTUK AKSES PARENTAL CONTROL

 

Tekan apple menu di penjuru kiri sebelah atas skrin anda dan pilih system preferences. Kemudian pilih parental control.

Parental control hanya berfungsi pada non-administrator account. Oleh itu, anda perlu membuat akaun pengguna yang baru dengan parental control.

 

 

Seterusnya anda perlu membuat akaun pada mac anda untuk parental control. Isikan nama user dan password kemudian masukan range umur 4+, 9+, 12+, dan 17+ dalam ruangan umur.

 

 

Klik pada create user untuk masuk ke menu parental control.

 

Apabila anda membuka parental control menu dengan akaun yang sedia ada. Dibahagian ini anda boleh ubah setting pada user tersebut. Klik pada username untuk membuat perubahan.

 

 

Parental control terbahagi kepada 6 tab

  • Apps

Mempunyai kawalan yang menghadkan penggunaan aplikasi yang terdapat pada mac anda dalam akaun tersebut.

 

  • Web

Di bahagian ini membolehkan anda untuk menghadkan atau menyekat website-website daripada di akses oleh akaun tersebut.

 

  • Store

Menyekat akaun ini dari akses apple store daripada membeli atau download apa-apa dari store.

 

  • Time

Tetapkan had masa penggunaan user tersebut menggunakan mac tersebut dan anda boleh menentukan sendiri mengikut masa yang sesuai.

 

  • Privacy

Cegah user tersebut dari mengunakan atau mengakses maklumat sensitif seperti contact, location dan sebagainya.

 

  • Other

Satu koleksi tetapan tambahan. Termasuk melumpuhkan Siri, menyekat perkataan yang tidak sesuai dalam Kamus, menghalang perubahan pada Dock, dan enabling simple finder.

 

Semua pilihan ini berguna untuk menguruskan akaun kanak-kanak, tweak ini sangat berguna dan dapat memantau dan menyekat benda-benda yang negatif.

 

Windows 7 Classic Theme

Walaupun windows 7 datang dengan (aero theme) yang diaktifkan secara default, anda masih boleh lagi menukar kepada (classic theme) di mana merupakan theme untuk windows 2000, dan masa ada pada windows xp dan vista.

Classic theme mempunyai kelebihan terhadap windows 7 aero, terutamanya untuk laptop, desktop atau notebook. Dimana ia menggunakan sumber grafik memory yang sedikit berbanding windows aero.

Dengan classic theme mematikan semua kesan visual untuk menjadikan laptop windows 7 anda lebih cepat.

 

CARA UNTUK PADAMKAN WINDOWS AERO KEPADA CLASSIC THEME
  1. Buka start menu dan taip switch theme pada kotak search box, kemudian anda klik pada change the theme.
  2. Windows 7 akan buka paparan control panel di bawah bahagian change the visuals anda sound on your computer.
  3. Windows 7 akan menyenaraikan semua theme yang ada dalam kotak. Scroll ke bawah hingga anda jumpa basic and high contrast theme.
  4. Akhir sekali, klik pada windows classic untuk load classic theme dan apply serta-merta. Secara tidak langsung ia akan menukar terus theme windows anda kepada classic.

 

Jadi sekarang windows 7 aero anda telah di matikan dan bertuka menjadi classic theme. Sekarang anda boleh cuba lihat perbezaan selepas bertukar. Laptop anda lebih ringan dan cepat sedikit kerana classic theme tidak mengunakan banyak graphic memory.